Friday, July 22, 2011

Contest Teka-Teki , Jawab dan Menang Hadiah Menarik !!!!

Assalamualaikum wbt..



Memandangkan aku dalam mood exam (25-27) hb Julai ni , so otak aku blank nak update entry ape.So, kali ni, aku nak ajak korang layan aku jap jawab soalan teka-teki ni..Ni bukan giveaway, bukan segmen ben, bukan sesi menternak lemak, atau apa-apa saja yg korang familiar, just suka-suka je.

Apa Hadiahnya ?? 

*Pemenang dikira dari penyertaan terawal dan jawapan betul paling banyak .
*Contest bermula hari ni sehingga pukul 10pm esok (Sabtu) . 
*Kalau penyertaan kurang dari 8 orang, aku batalkan saja.Biasa la,aku bukannya femes.Takut gak xde sape nak join.
*Tak payah buat entry mengarut pasal contest ni, just jawab kat ruangan komen di bawah je.Make sure korang masukkan link blog korang,supaya aku bleh contact.Kalau jadi anonymous,maaflah ye..Penyertaan anda terbatal.
*Make sure aku bleh contact korang.

Tempat Pertama   : Topup Rm10 (Semua Telco)
Tempat Kedua      : Topup Rm5 (Semua Telco)
Tempat Ketiga      : Aku review blog dia .

Jawapan tidaklah berdasarkan fakta semata-mata.Jawapan yg mengarut tapi logik juga diterima.Tapi,jawapan adalah berdasarkan jawapan aku la. :D

1) Ikan apa berbadan dua ?

2) Ikan apa berbadan empat ?

3) Perkataan 'KATAK' diterbalikkan akan jadi 'KATAK' jugak.Tapi kalau KOPI diterbalikkan ??

4) Ada apa di antara 'langit dan bumi' ??

5) Dimanakah gurun  yg mempunyai tanaman yang subur ??

6) "Rumah di bawah,tiang di atas" <--- Apakah ini ??

7) Pembuatnya tak nak guna, pembelinya tak dapat gunanya, pengunanya pulak tak nampak ia.Apakah ia ??

8) Seorang PM di sebuah negara, hanya kelihatan di waktu petang dan malam je, tidak di waktu pagi.Kenapa jadi macam tu ??

9) Ada seekor singa yg amat garang sekali di sebuah zoo.Ada seorang ayah dan anak di depan kandang singa neh.Si ayah cuba mengacah singa tu.Singa tu mengaum dengan begitu garang .Tapi bila si anak mengacah singa tu pula, singa tu kelihatan amat jinak.. Kenapa singa tu jadi macam tu ???

10) (Soalan paling susah :D ) Ada seorang makmum ni, dia masuk dalam satu jemaah yg sedang solat.Setelah dia habis solat, didapati dia telah duduk tahiyyat (awal dan akhir) sebanyak 4 kali.Bagaimanakah keadaan ini terjadi ??