Wednesday, July 13, 2011

Jangan Jadi Blogger Yang Tambah Dosa Orang Lain dan Diri Sendiri

Assalamualaikum wbt..



Sepertimana boss aku , Jejaka Terhangat, aku jugak percaya bulat-bulat apa yg berita dan radio sampaikan time kecik-kecik dulu.Diorang kata A, A lah bagi aku.Diorang kata B, B lah bagi aku.Pada perkiraan aku, tak kanlah berita nak menipu kan.

Tapi semakin besar , otak semakin matang berfikir, aku dah mula goyah dengan pegangan terhadap media zaman sekarang, sehingga hampir ke tahap tiada kepercayaan langsung dah terhadap media.Kerana apa ? Kerana banyak berita yg disampaikan tu, menipu, songsang, pincang, fitnah, dan segala bagai la maklumat palsu yg 'dikawal' oleh orang lain.Kalau sesuatu fakta tu sudah di'kawal' , tidak wujud istilah 'berita' , tetapi ia menjadi 'fitnah' .

So, sedar tak sedar, kita sebagai blogger , juga berperanan lebih kurang seperti berita dan radio tu lah.Ada antara blogger yg berfungsi menyebarkan isu-isu semasa dan berita yg bertujuan untuk memaklumkan semua pembaca.Sama ada niat diorang tu untuk naikkan trafik , main SEO , tu diorang punye pasal lah.Yang pasti, diorang menyebarkan berita dan isu semasa.

So, nasihat aku kepada blogger-blogger yg macam tu , kadang-kadang aku pun menyampaikan berita dan isu semasa jugak, JANGAN TAMBAH DOSA DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN, dengan menyebarkan perkara yg tidak benar dan fitnah.Jangan kerana korang taksub dengan sesebuah organisasi atau pemimpin, sehingga, walaupun dah sah-sah perkara tu A, tapi sebab korang taksub dengan pemimpin korang yg kata B, so korang pun kata B.Allah SWT bagi otak,bagi akal, guna dengan baik.Nilai sesuatu isu tu dengan baik.

Cuba korang fikir, bukan sorang dua yg baca blog korang, paling lekeh pun beratus-ratus kalau melibatkan isu semasa tu.Cuba korang bayangkan kalau sekali korang sebarkan berita fitnah atau yg dah diubahsuai, seratus orang baca dan percaya bulat-bulat dgn fitnah yg korang sampaikan tu, dah berapa dosa korang dapat ???? Aku bukan cuba nak jadi Tuhan nak tentukan korang dosa ke tak, tapi rasanya semua orang dah belajar agama dengan baik, menipu, memfitnah , tu semua dosa.Orang tak mengaji agama ja yg akan cakap tak dosa.

So, fikir-fikirkanlah..Bila dapat sesuatu berita dan isu semasa tu, nilainya kembali, rujuk balik sumber-sumber yg lain, adakah benar faktanya seperti yg kita dapat.Kalau kita tau benda tu tak betul, jangan la sebarkan.Malah, korang boleh buat entry untuk perbetulkan kembali fakta yg tidak betul.Bukan menambah lagi dosa korang dan orang lain dengan turut menyebarkan fitnah tu.

Merujuk kepada perkara yg di awal entry aku, sekarang ni, AKU LANGSUNG TIDAK PERCAYA KEPADA MEDIA MASSA DAN ELEKTRONIK YG MANA FAKTANYA TELAH DI'KAWAL' OLEH SESEORANG !! AKU TIDAK MAHU TAMBAH DOSA AKU DAN ORANG LAIN .Cukup-cukuplah menipu rakyat wahai media.Jangan biarkan rezeki yg korang dapat sebagai pembaca berita tu, jadi haram sebab sebarkan berita fitnah.Ingat, matlamat tak menghalalkan cara, matlamat korang nak rezeki halal, tapi cara korang menyebarkan berita fitnah, walaupun arahan orang atasan, boleh menjadikan rezeki korang tu HARAM.

Sekian, Assalamualaikum..