Monday, July 11, 2011

[Hina Lagu Negaraku] - Bila Takdak Otak, Inilah Jadinya !!!

Assalamualaikum wbt..

Macam-macam perkara berlaku zaman sekarang ni.Sejak kecil, aku diajar satu sifir iaitu "semakin belajar, semakin pandai" .. Tapi realiti dunia yg berlaku sekarang ni, sifir tu dah tak boleh dipakai.Sebab apa ? Sebab ramai yg "semakin belajar, semakin bodoh dan kurang ajar" .Bertambah ilmu di dada, bertambah kebengongan diorang.

Fakta ni tak ditujukan kepada semua, hanya kepada yg berkenaan.Kadang-kadang , aku tengok, budak tak sekolah lagi pandai berbanding budak U.Budak-budak U ni kadang-kadang aku tengok macam otak tu diorang simpan dalam locker je, xde guna pun.

Korang tak percaya ? Aku sure korang dah tau dan dah baca berita ni kan ???



KUALA TERENGGANU – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pelajar UMT mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT Prof Dr Yahaya Ibrahim berkata, laporan itu telah dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak, semalam.Dr Yahaya berkata penuntut terbabit yang menggunakan nama Mohd Farizal dalam statusnya, mengubah lirik lagu kebangsaan dengan mencerca, mempersendakan lagu negara, Raja Melayu dan juga Perdana Menteri.

Nak tengok petikan budak bodoh tu tulis kat Facebook dia ?? Behold...the stupidness of university student ...

gambar ihsan : www.faizalfredley.com

Biarlah ape korang nak kata, bagi dia peluang ke, kesian kat dia ke, dia ada masalah ke, aku tetap dengan pendirian aku - budak ni bodoh !!

Orang hantar pergi belajar untuk jadi pandai, bukan untuk jadi bodoh macam dia ni.Sikap dia ni jelas menunjukkan sikap dia yg kurang ajar, kuat mencarut, tak beretika, dan perosak bangsa.Sori, aku tak pandai nak kesian-kesian kat orang.Korang nak sangka baik kat dia, silakan.Aku tak de masa nak kesian-kesian kat makhluk macam ni.

Dia saja nak tunjuk yg dia tu dah xde keje lain ke, ha ? Sampai nak kena hina lagu Negaraku, Hina Sultan, mencarut macam binatang, macam-macam lagi lah !!! Kesian kat mak bapak dia ni.Hantar anak suruh jadi baik, pandai, tapi jadi sebaliknya.Pastu dah kene dakwa macam-macam lak tu, sure diorang sedih yg amat.Kalau aku jadi mak bapak diorang, aku tak mengaku anak dah mamat neh.Sure punya.

Dah la,malas nak membebel.Kang ade nak jadi malaikat kat sini,belagak baik,susah lak.Sekian Assalamualaikum..