Friday, July 15, 2011

Apa Relevannya Lambakan Filem-Filem Seram Ni ??

Assalamualaikum wbt..


Berapa kali dah kan aku buat entry pasal media kat Malaysia ni kan.. Terutamanya pasal kebanjiran filem-filem seram yg diterbitkan oleh pengarah-pengarah muda Melayu neh.Aku tak nak sebut la nama kan, kang berpusu-pusu lak datang saman aku.

Tadi time kelas BTQ (Basic Theme of Al-Quran) , ustaz aku ada sebut pasal isu neh.Dia pun pelik, kenapa pengarah-pengarah muda Melayu ni suka sangat nak buat filem seram.Sudah kehabisan niche atau genre filem kah yg menyebabkan diorang terpaksa berlumba-lumba buat filem seram.Kalau tak filem seram, filem samseng,bohsia, atau gangster.Seolah-olah nak menyampaikan kepada masyarakat dunia, bahawa , orang Melayu, adalah yang jenis macam tu je yg wujud.


Menurut Ustaz aku tu, yg mana aku pun setuju pendapat dia, penerbitan banyak filem seram ni, lebih banyak membawa keburukan dari kebaikan.Untuk apa filem seram ni ?? Menguntungkan ekonomi Melayu ? Mengasah bakat anak Melayu ?? Pedoman ??

Kalau alasannya ialah berkaitan ekonomi dan mengasah bakat anak Melayu, maka aku amat malu jadi Orang Melayu.Sebab apa ? Sebab rupa-rupanya bakat dan kebolehan orang Melayu hanya setakat mampu cerita hantu dan gangster sahaja.Langsung tidak setanding dengan pengarah filem luar negara.Bukan aku nak merendah-rendahkan orang Melayu, tapi kalau itulah alasannya mengapa mereka hanya pandai menerbitkan filem seram saja , maka aku MALU.


Kalau alasannya untuk dijadikan pedoman , aku rasa nak ketawa sinis.Sebab apa ? Sebab dari apa yg aku nampak, dan aku rasa ramai gak yg setuju, penerbitan banyak filem seram ni, hanya membuatkan orang ramai salah faham mengenai banyak perkara.Satu, berkaitan hantu itu sendiri.Hantu hanya jelmaan jin dan syaitan saja.Namun, dalam filem-filem seram ni, hantu ni dimanipulasikan dalam pelbagai bentuk dan terjemahan, sehingga lari dari konsep asal.Penggunaan Al-Quran pulak, hanya digambarkan sebagai 'alat menghalau hantu' dan tidak lebih dari tu.Tiada pun diketengahkan tuntutan supaya umat Islam mengamalkan ajaran dalam Al-Quran tu sendiri.

Penggunaan 'jampi' yg mengarut plak, cuma merosakkan minda anak-anak kecil yg masih tak tahu apa-apa.Menonton filem-filem seram ni cuma menambahkan perasaan takut diorang je kat hantu neh.Bukannya menambah takut kat Allah SWT.Aku rasa kalau hantu and jin tengok pun, diorang pun takut.Yang dalam filem tu lebih seram dari yg betul.hahahah..

So, natijahnya, aku rasa tak perlu la nak penuhkan box office Malaysia ni dengan filem seram je.Aku dah naik bosan tau.Aku rasa ramai gak yg sama bosan dengan aku.Tak de genre lain ke diorang pandai.Yang cintan cintun plak, melebih-lebih.Nak peluk , nak dakap, kononnya macam filem eropah la.Malu aku dengan bangsa sendiri.Malu !!

Kepada sesiapa yg nak kecam aku dengan gelaran 'perosak bangsa' ke, "penjatuh melayu" ke , silakan.Aku tetap dengan pendirian aku.Aku benci tengok filem seram Melayu yg tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan neh.Wasalam.