Friday, July 29, 2011

Already Taken by Her :D

Assalamualaikum wbt.. 



Apa khabar korang semua ?? Hope sihat sebab aku pun sihat.hehe..alhamdulillah..

Sebenarnya, dah lama aku tak explore ape kawan-kawan aku buat and tulis kat facebook.Setiap kali o9 je, aku just check notification , reply comment, reply message, pastu biar macam tu je..Terus ngadap blog... Tak de masa aku nak check 'News Feed' kat situ.Tapi entah kenapa, semalam ni, pancreas hati aku terdetik nak usha-usha news feed tu.Asalnya aku nak birthday kawan-kawan fb aku neh, nak wish.Tapi ntah la, tetibe jer rasa nak scroll semua news feed tu.

Hahaha.. *ops..sori..tergelak jap* Bila dah scroll tu, korang faham-faham la kan, macam-macam karenah manusia yg aku nampak.Yang banyak menarik pandangan mata aku sure la dari fb gurl kan * aku lelaki ok =='' * .Masalahnya, bukannya sebab tertarik sbb minat diorang atau ape,tapi dari status dan picture-picture diorang yg membuatkan aku nak muntah dan tergelak.Ops..sori..bukan niat nak mengutuk atau ape pun *mmg nak kutuk pun =='' *, tapi serius..

Ada dua fb yg aku tertarik nak usha-usha semalam.Yang satu tu pasal sorang gurl ni upload penuh satu album gambar dia duk wat muka ala-ala cute depan camera.Adeh..please.... *bak baldi dua biji =='' * Pastu kat ruangan komen tu penuh dengan komen yg memuji , x kurang yg memerli seperti yg diceritakan dalam entry bos aku Jejaka Terhangat kat sini >> http://www.jejakaterhangat.com/2011/07/perempuan-seronok-tak-tayang-gambar-kat.html. OK tutup pasal kes tu..

Satu lagi neh.. status yg bagi aku , hanya mereka yg perasan hot atau yg memang tak tau malu, suka tulis.

"Already taken by nama bf/gf ....... Don't call me sayang or baby or else.. I only lurve him/her "

Ok..dah puas muntah ?? Hahahahhaha.. ape korang rasa ??? Nak muntah kan ?? 

Korang dah kahwin ke yg nak gatal sgt tulis 'already taken by bla bla bla..' neh ?? Ha ? Dah sure kawin ? Kalau korang cakap macam tu, bermaksud korang dah setuju dan rela jadi pasangan si dia tu, kalau tak silap aku , korang dah boleh dikira bertunang.Korang tak sedar kan benda ni ? Pastu kalau dah clash, kapel dgn orang lain plak , already taken by bla bla bla lagi, pastu clash, pastu duk ulang benda yg sama.. Korang tau tak apa pendapat aku bagi lelaki/perempuan yg macam ni ??

Whore !!! Diulang.... WHORE !!! MURAH !!!!

Bagi orang lain aku tak nak tahu, tapi bagi aku, mereka yg suka declare benda yg belum pasti ni, tayang habis kat satu dunia, kononnya mereka tu sudah dipunyai atau sudah dimiliki , adalah mereka yg sgt tidak menjaga maruah.Yela..orang declare lepas dah kawin..Buat kenduri kawin untuk declare.. Ni tidak.. baru takat kuar belanja makan, belanja topup, jalan pegang tangan , in a relationship kat facebook, duit pun mak bapak duk sara lagi, kain baju pun hantar balik rumah suruh mak basuh, korang dah dikira 'mempunyai' ??? Please lah.. .. so disgusting.. ==''


Bila ditanya kepada mereka ni , macam-macam la ayat akan diberi sebagai jawapan dan sebagai 'bukti keagungan cinta' diorang ni... *pergh..ayat drama beb*

"Saya percayakan dia..dia dah janji dia hanya akan setia kepada saya"

"Saya dan dia telah bersatu hati..kami dah janji sehidup semati"

"Dia tak akan curang..saya tahu dia sayang saya"

"Biarlah saya nak tulis macam tu..supaya org tahu saya sudah berpunya"

Dan macam-macam lagi ayat geli-geli neh.Hahaha.. yela tu.. Bukan niat nak diskriminasi kaum, tapi benda ni, selalu dan aku rasa mmg majoriti, hanya kaum Hawa yg buat.Korang pernah ke nampak kaum Adam buat status macam tu ?? If so, tell me..Aku nak buat kenduri gelakkan dia..Please lah..

Kepada Kaum Hawa , korang percaya ke kata-kata lelaki ?? Aku pun lelaki.Aku tau apa naluri lelaki.Aku tau macam mana lelaki berfikir.Kat luar dia cakap sehidup semati, actually sehidup je, lepas dia tinggalkan ko, ko tertekan , gantung leher, bunuh diri, ko la mati sorang-sorang.Dia ape kesah.Dia bleh cari lain.

Ko ingat laki nak kesah kalau ko cari laki lain ?? Biarlah..dia pun bleh cari gurl lain.. Ko tak payah la nak letak harapan menggunung sgt kat kaum Adam ni.Sedangkan pasangan yg dah berpuluh-puluh tahun kawin pun bleh bercerai, inikan pulak korang yg setakat declaration murahan tu je.Entah-entah korang tu pasangan yg ke berapa puluh bagi dia dah.Aku pun tak tahu.

So , natijahnya, tak payah la nak buat ayat declare yg meloyakan tu kat fb ke kat mane-mane.Orang bukan suke pun tengok, orang menyampah lagi ader la..Lepas dah korang tu sah dari sudut syarak sebagai suami isteri, korang nak letak banner besar-besar depan rumah tulis "Already taken by him" pun, ikut suke korang lah..Tak de sape nak persoal..Aku pun tak kan persoal..


Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D