Thursday, July 28, 2011

Review Perlawanan Ke-2 Bola Sepak Malaysia - Singapura Sesi Kelayakan World Cup 2014


Assalamualaikum wbt.. 


Ok..aku tau sekarang ni semua tengah kecewa.Sebab apa pun aku tak perlu nyatakan, kerana semua peminat bola sepak tanah air tahu apa sebabnya kita kecewa sekarang.Ya, Malaysia telah kalah buat kali kedua kepada Singapura dengan agregat 6-4 sebentar tadi untuk kelayakan World Cup 2014.Punah la harapan untuk kita saksikan sekali lagi Malaysia bermain di dalam kancah bola sepak peringkat dunia.

Aku bukanlah seorang yg pandai sgt dalam arena sukan bola sepak ni.Tapi aku yakin semua arif kenapa kita kalah sebentar tadi - Pertahanan.Barisan pertahanan sebentar tadi aku tengok, amat rapuh.Bukan niat nak merendahkan pemain Malaysia, tetapi ini kenyataan.Barisan pertahanan Malaysia amat mudah dibolosi.Walaupun Aidil Zafuan dimasukkan seawal permainan bagi menggantikan Mohd Muslim sebagai pertahanan, namun malang sekali beliau hanya bertahan selama 23 minit akibat kecederaan kaki.Mohd Muslim masih dibayangi kekalahan Malaysia sebelum-sebelum ini yg mostly berpunca dari kegagalan beliau menjaga kubu pertahanan Malaysia.So terpaksa digantikan dengan Mohd Muslim kembali.

Mohd Muslim still lagi tidak mendapat sentuhan apabila banyak cubaan Singapura yg hampir membolosi gawang Malaysia akibat kecuaian beliau dan pemain pertahanan lain.Cubaan dari pemain Singapura yg agak gempal tu banyak kali hampir berjaya menewaskan Keeper sensasi Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.Walaupun berbadan agak gempal , tapi beliau kelihatan amat bertenaga menggelecek apabila dapat melepasi beberapa pemain pertahanan Malaysia sekaligus.

Akhirnya setelah berhempas pulas mencuba, Malaysia berjaya jugak membolosi gawang gol Singapura di minit ke - 57.Namun, pada pengamatan aku, gol tu lebih kepada nasib.Kerana ketika itu semua pemain seolah-olah tengah blur.Mungkin kerana menyangkakan ada foul yg berlaku.Maka ketika bola tu sampai ke kaki Safee Sali, beliau berjaya menyudahkan gol tu tanpa diawasi.

Namun setelah beberapa ketika, Singapura akhirnya berjaya melepasi pertahanan Khairul Fahmi.Nampak macam offside, tapi gol tu sah.Maka semakin sukar la peluang Malaysia nak rapatkan jurang perbezaan mata.Tapi aku mmg puji la Khairul Fahmi.Banyak kali dia save gawang.Memang terbaik la.

Gandingan Safee Sali dan Amirulhadi dilihat berjaya melakukan beberapa cubaan yg berbisa ke gawang gol lawan.Namun mungkin kerana baru baik dari demam (Safee dan Amirulhadi) , mereka kelihatan tidak sebisa seperti yg selalu dilihat.Kubu pertahanan Singapura begitu ampuh untuk dirempuh oleh pasukan Malaysia.Ditambah pula dengan bantuan seramai 5 orang pemain import, Malaysia kalah dari sudut fizikal.Cuma yg aku pelik (mungkin kerana kecetekan ilmu berkaitan bola sepak) , Malaysia gemar melakukan hantaran jauh dan tinggi.Kalau tepat tak pe jugak, ni selalu dapat ke pemain Singapura.Aku rasa kalau diorang main short pass macam Barca dengan Arsenal, insyaAllah ada peluang nak score.Tapi tak mengapalah, mungkin ada sebab kenapa K. Rajagopal ingin pemain beliau bermain begitu.

Satu lagi pemain yg menarik minat aku adalah Mohd Ismail Faruqi.Beliau diturunkan malam ni menggantikan posisi Kapten pasukan Malaysia , iaitu Safiq Rahim yg dilayangkan kad merah di perlawanan pertama tempoh hari.Corak permainan beliau malam ni agak baik dan menonjol.Banyak hantaran dan gelecek dari beliau hampir berjaya membuahkan hasil.Beliau juga kelihatan bersemangat dan rajin mengejar bola.Pemain seperti inilah yg kita mahukan.Bukan jenis yg suka tunggu bola sampai kat dia je.

Satu lagi, pemain gantian si Fakhri Shaarani tu, pehal la main ganas-ganas sgt.Aku tau malam ni Malaysia banyak main kasar dan Singapura banyak lembik sgt.Asyik jatuh je.Tapi tak payah la ko nak main ganas sgt.Kan dah kena kad merah.Dari perlawanan pertama lagi aku tension tengok dia ni main.Dah la bola selalu terlepas , main ganas lak tu.Tackle plak selalu dari belakang.Mau tak kena kad.Fuh... marah betul aku.

Overall , aku tengok, Malaysia banyak kekurangan.Tapi mungkin kekurangan tu sebab Singapura banyak harap pemain import.Pemain yg asal Singapura , selalu jatuh je aku tengok.Pemain import jugak yg nak cover semua.TU berdasar pengamatan aku la.Kalau ada yg terselisih dengan korang punyer pendapat, simpan sudah.Tak payah la nak marah-marah aku plak ye.Sebab aku pantang ada orang marah aku, aku akan marah balik 2x ganda.hahahha.. ok bhai..jom study lak.

Apepun, aku tetap Sokong Pasukan Harimau Malaya.Keep it up.Teruskan usaha dan perbaiki kelemahan anda.

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D