Assalamualaikum wbt..
Wah..geram betul guwa hari ni,tatkala menyambar akhbar Kosmo! tarikh hari ni,guwa terbaca berita di halaman utama berkenaan kes buang bayi.Yang unik dan menyedihkan,bayi luar nikah ni bukan ditinggalkan di surau-surau,di dalam mangkuk tandas,atau seperti kes-kes yg terdahulu,tetapi DICAMPAK KELUAR DARI TINGKAT 5 !!!!!!
Ini sedutan berita tersebut :
KUALA LUMPUR: Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, di sini, jam 12 tengah malam kelmarin.
Berita selanjutnya di sini
Masya'Allah... Astaghfirullahal a'zim.. Na'zubillahimin zalik..
Apa lagi harus guwa ucapkan tatkala membaca berita ini.Sampai tahap mana lagi orang Melayu Muslim kita nak tunjuk kebinatangan diorang ni ??
Tak cukup dengan kes buang bayi,kes rogol,kes simbah asid,kes zina,dan macam-macam kes lagi.Kadang-kadang guwa rasa MALU jadi orang Melayu.Hakikatnya mmg la guwa bukan Melayu pure,tapi darah Melayu tu ada.
Apa yang difikirkan oleh mereka yg melakukan maksiat jenayah ini ea time tu ? Sehingga sanggup mencampakkan bayi mereka yg baru lahir,yg tali pusatnya masih ada,terbang keluar dari Tingkat 5 ?
Anggota Polis yg berada di kawasan kejadian tu memaklumkan,beliau rasa sebak sangat melihat keadaan bayi yg masih cukup sifat tu.Kepala bayi tu pecah sama sekali,dan menampakkan otak di dalamnya.Macam ni ke sikap dan sifat sebenar masyarakat Melayu Islam kita ?
Tidak punya hati dan perasaankah diorang ni ??
Aku dah malas nak cakap banyak-banyak perihal syaitan bertopengkan manusia ni.Korang nilai la sendiri.Semoga mereka yg melakukan perbuatan terkutuk berganda-ganda ni mendapat balasan setimpal.
KORANG TAWU TAK KENAPA DIORANG NI BERANI ??
SEBABNYA,setiap kali ada orang melakukan maksiat,ada saja pihak yg mengaku Islam,tapi bercakap seperti bukan Islam,konon nak membela nasib diorang ni..Maka keluarlah ayat-ayat seperti ini..
"Walaupun diorang berzina,buang bayi,tapi diorang stil ada maruah,kesian la diorang"
"Diorang buat zina pun tak kacau hidup orang lain"
"Benda ni hak individu,kenapa pihak lain nak menyibuk"
"Mungkin diorang ni dianiaya"
"Mungkin mereka tak sedar perbuatan tu salah"
Dan pelbagai lagi alasan mereka-mereka yg nak bela golongan syaitan2 manusia nih.Sebab tu mereka berleluasa,sebab sejahat mana pun perbuatan diorang,sure akan ada golongan yg membela diorang jgak,yg bagi simpati kat diorang jugak.
Kalau aku jumpa golongan-golongan yg keluarkan ayat-ayat di atas ni,mau je aku bagi penyepak sekor-sekor.Hangin betul aku.Nak kesian pun ada hadnya jugak.Diorang sendiri tak kesiankan diri sendiri,yg korang nak kesian tu kenapa ??
p/s - aku nak komen berkaitan kes campak bayi je.yang nak tunjuk alim tak payah komen.Ya,entry ni mmg dalam nada marah.So what ??
Sekian Assalam.