Thursday, June 2, 2011

Had Kebebasan Dalam Blogging dan Tanggungjawab Menegur Sesama Blogger

Assalamualaikum wbt..



Entry bukan SEO ni bukan nak cakap pasal Dinda Milano yg 'bangga' mengaku sudah tidak ada dara,dan bukan juga nak comment kes blogger tak bayar hutang,sebab guwa malas nak hangatkan suasana yg sudah sedia hangat.Biarkanlah dia nak bangga hebohkan satu dunia yg dia tidak ada dara dah,dan juga pasal pergaduhan blogger mengenai hutang.Guwa baca,guwa komen,dan guwa amik iktibar.Guwa tak mau eksploitasi isu tu untuk buat entry dan up trafik hasil kontroversi orang lain.

So kali ni guwa nak cakap pasal hal lain.Guwa nak cakap pasal sesetengah blogger,yang berlagak kononnya,nak bagi pandangan mereka sendiri mengenai entry-entry yg berkaitan dgn aurat wanita lah,bertudung lah.Golongan ini membuat entry dan memberi pendapat mereka.

Kata mereka, walaupun sekarang ni ramai blogger yang suka tayang gambar besar-besar kat header,heboh gosip,bizi duk buat cara-cara pakai shawl,dan lain-lain tu,tapi kita tak payah la kacau diorang.Sebab tu hal masing-masing.Tambahan pulak kalau itu blog peribadi.What the fish ?? Ape kejadah yg diorang cakap ni ??

Contoh dari satu blog ni yg guwa jumpa time tengah BW tadi, iaitu di sini, beliau bagi pandangan beliau pasal isu ni,yg mana bagi guwa,ada setengah guwa terima,setengah lagi guwa rasa nak bagi kaki guwa,

Jika kita bercakap sahaja mengenai personal blog,kita tak boleh nak mempersoalkan blog mereka.Kenapa?sebab blog mereka adalah berjenis personal @ peribadi.Jadi suka hati merekalah nak buat apa pasal blog mereka kan?nak promote diri sendiri ke,nak mencapap ke,nak jual muka ke,nak cari glamour ke or anything lah.Kita tak boleh nak mempersoalkan kerana itu hak mereka.Jika kita tak suka,so apa lagi,close jelah tab tu.Bukan susah pun.Yang ko rajin baca blog personal tu pe sal!!!.

Sekarang guwa nak tanya,kalau dah dia nak buat tu blog personal,YANG DIA OPEN READERS DIA TU PESAL !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! CLOSED JE LA,UNTUK TATAPAN DIA SEORANG JE !!!!.

Bodoh sungguh.Kalau dah kononnya blog tu personal,nak citer hal sendiri je ,yg xnak orang lain baca dan komen,close kan je la blog tu.NI tak,open,tayang habis merata dunia,siap ping entry kat group-group blogger lain,pastu bila ada orang baca dan komen,nak marah pulak,siap kata "ni blog personal la,ko sebok pesal ? " Nampak tak kebengapan diorang ???

Korang nak kata kita ni tak payah la ambil tahu pasal diorang,diorang tak nak pakai tudung ke,nak pakai shawl berona roni ke,nak pakai legging ke,atas alasan itu blog diorang dan tu life diorang,guwa nak tanya,korang ni agama apa ??? bukan Islam kan ??

Betul la bukan Islam,sebab kalau korang Islam,korang akan sedar dan belajar tentang tanggungjawab menegur sesama Islam jika ada kesalahan atau maksiat yg dibuat.Ada satu hadis Rasulullah SAW yang bermaksud,

"Sekiranya kamu melihat sesuatu kemungkaran,maka ubah(cegah)lah dengan tangan(kuasa atau authoriti),jika tidak mampu,ubahlah dengan lidah(nasihat dan teguran),dan jika tidak mampu,ubahlah dengan hati(tidak meredhai perbuatan itu),dan mencegah dengan hati itu adalah selemah-lemah iman"

So kalau dah kita ni diberi mandat sebagai blogger,laksanakanlah sebaiknya.Tidak kiralah blog kita ni genre ape pun,laksanakan tugas menegur tu sebab itu tanggungjawab SEMUA MUSLIM,dan MUSLIMAH.Kita tidak boleh buat dono je kalau dah nampak ada kemungkaran yg berlaku,sebab menjadi tanggungjawab kita untuk mencegah sepertima disebut dalam hadis di atas.

Kalau kita ada kuasa,contohnya guru,dia boleh menegur dan menghukum muridnya yg buat kesalahan,atas niat nak mengajar dan mencegah.Kalau kawan kita buat salah plak,kita boleh menegur beliau dengan menasihati dan mengajak dia berubah.Kalau dah dia tu kita tak kenal pun,dan ada beberapa faktor yg menyebabkan kita tak dapat cegah dengan tangan dan lidah,maka kita cegah lah dengan hati,yakni membenci perbuatan tu dalam hati.TETAPI mencegah dengan hati tu SELEMAH-LEMAH IMAN.

Korang nak jadi lemah IMAN ? Jadilah,tetapi guwa tak nak.Guwa nak ajak kawan-kawan blogger yg lain jadi orang yg mencegah dengan lisan,atau dalam konteks kita sekarang ni,blogger.Guwa tidak mengaibkan diorang sebab guwa tak sebut pun nama diorang.Kalau guwa lebih thrill macam LensaRosak tu,guwa mungkin hanya mengundang ramai haters.Maka tujuan untuk guwa menegur mungkin sedikit terbantut.

So guwa tegur dengan membuat entry,sebab guwa belajar dan guwa tawu,ada sesetengah perbuatan blogger tu salah,menayang muka yang cantik-cantik tu kat header,menayang gambar diri sendiri dan boifren tu salah,buat entry pasal takde dara tu salah,dan macam-macam lagi kesalahan yg "remeh" pada tanggapan masyarakat ISLAM kita masa kini.

SO kesimpulannya,guwa tak setuju langsung dengan kata-kata blogger tu yg menyuruh kita ni step aside dan biarkan apa diorang nak buat atas alasan tu blogger diorang dan tu life diorang.Mereka-mereka ni semuanya yg memegang prinsip "kubur masing-masing" .Tidak menyedari tanggungjawab mencegah maksiat tu ada atas bahu setiap yang mengaku Muslim.Kecuali la korang tu bukan Muslim.

Salam Muhasabah.Wasalam