Thursday, June 23, 2011

Sekuat Manapun Dugaan, Takkan Ku Hentikan Usaha Ini !!

Assalamualaikum wbt..



Biasa la kan,dalam dunia blogging.Kita memberi pendapat dan cadangan, orang pula memberi feedback atau maklum balas.Ada yg positif, ada yang negatif.Bergantung kepada tahap pemikiran dan ideologi masing-masing.

So dalam entry-entry yg telah aku utarakan sepanjang aku berblogging, ada yg suka,ada yg sokong,ada yg tak setuju,ada yang bangkang.Semua tu lumrah la kan.Ya,mungkin cara dan bahasa aku selalunya kasar.Tapi isi dan point yg aku nak sampaikan tu tak lari dari tujuan asal.Mungkin ada yang tidak suka.Biarlah.Adalah sesuatu yg MUSTAHIL nak puaskan hati semua pihak.

Setiap isu itu boleh jadi sesuatu yg subjektif.Aku kata blogging itu best, ada yg setuju, ada yg tak setuju.So biarkan saje lah.Tak kan aku nak paksa mereka setuju jugak.Kerana itu adalah sesuatu yg subjektif.Bergantung kepada pemikiran.

Tapi bila ianya berkaitan dengan hukum agama,BAGI AKU, tidak wujud soal subjektif, maksud aku bukanlah dari sudut mazhab ke ape ke,tapi maksud aku,tahap penerimaan masyarakat kita terhadap sesuatu hukum yg telah ditetapkan.Maka apabila sampai ke peringkat ini, bagi aku, soal subjektif itu tidak harus muncul.

Contohnya, ikut mazhab mana pun, kewajipan solat itu sudah tetap dan tiada yg menafikan.So tak de sebab sesiapa pun nak bangkang atau menggunakan akal fikirannya sendiri untuk memprotes kewajipan solat itu.Sama juga seperti menutup aurat.Islam dah menggariskan dengan jelas berkenaan aurat wanita dan lelaki.So mengapa harus mempertikaikan lagi ??

Atas alasan fesyen, trend semasa, atau maybe atas alasan nak masuk contest, maka kita menidakkan hukum yg telah ditetapkan oleh agama ?? Malah ada yg lebih hina, menuduh bahawa Islam ni agama kolot.Tidak sedarkah kalian, apa yg kalian tuduh itu adalah agama yg syumul, yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada kita HambaNya ??

Apa yg lebih kelakar,bila terasa diri sendiri tu sudah salah, maka untuk menutup kesalahan tu, so dia mencari pula kesalahan dan kelemahan orang yang menegur tu.Nampak dan nyata ketidakikhlasan dalam menerima teguran.Ada kata-kata seorang Sahabat, Saidina Ali r.a kalau tidak salah, berkata,

" Jangan tengok siapa yg menegur,tapi tengok apa yg ditegur olehnya "

Maka, kita tak boleh menolak nasihat seseorang tu,hanya dengan alasan, si penegur tu pun buat dosa dan buat kesalahan.Kalau apa yg dia tegur tu benda yg betul,so apa salahnya terima nasihat itu ? kan ? Perbuatan mencari kesalahan si penegur tu jelas menampakkan bahawa dia tidak ingin menerima nasihat,malah ingin mencari alasan untuk menidakkan nasihat yg baru diterima :D

Berbalik kepada isu awal tadi, walaupun banyak tohmahan yg diberikan terhadap beberapa isu yg aku bangkitkan, namun sedikit pun semangat aku tak luntur untuk teruskan perjuangan ini.Biarlah berapa banyak isu dan hal peribadi yg mereka ingin utarakan, namun tu bukanlah satu alasan untuk aku berhenti.

Malah, di Facebook semalam,aku menerima nasihat dan semangat dari Ustaz yg mengajar aku di sekolah menengah dulu, Ustaz Mohd Afandi bin Kasim Al-Hafiz.Ini adalah sedutan semangat yg dihulur oleh beliau kepada aku :


Syukran kathiran ustaz.Enta dah banyak beri ilmu dan semangat kepada ana.InsyaAllah amanat enta akan ana laksanakan sebaiknya :D

So kepada sesiapa yg tidak senang dengan cara aku, ingin menjatuhkan aku, ketahuilah kalian bahawa aku tidak sekali-kali akan menyerah kalah.Selain keluarga aku, orang yg mengenali cara dan sifat aku adalah Ustaz aku ni lah.Dia lah menjadi sumber inspirasi aku ketika di sekolah menengah.

Mungkin ada cara aku yg salah, dan aku juga mengalu-alukan pendapat yg membina.Namun, yg datang dalam bentuk tohmahan dan kejian,maaf aku cakap, aku cukup mengeji tindakan itu.Dan ini adalah pendirian aku terhadap mereka yg cukup pengecut sehingga terpaksa menjadi anonymous, aku menganggap kalian tiada punya pegangan diri dan takut nak tegakkan kebenaran.Kalau tidak,masakan kalian begitu gentar nak memberi komen dengan profile diri ? Kenapa ? Takut aku trace kalian dan lancarkan serangan balas ? hehe.. tidak perlu takut hingga sebegitu rupa.

Kalian boleh mengejek entry-entry aku, mempertikai penulisan aku, tapi kalian langsung tiada hak untuk menidakkan hukum Allah SWT !! Jika kalian masih berani jugak mengejek-ejek dan mempermainkan nasihat yg aku berikan, maka terpulanglah kepada kalian.Aku dah jalankan tanggungjawab aku sebagai saudara seagama.

Sekian Assalamualaikum. :D