Wednesday, June 22, 2011

Cetusan Minda - Akal Manusia Bukan Penentu Hukum

Assalamualaikum wbt..



Punya la naif fikiran aku ni,baru sekarang aku sedar,ramai dah golongan yg suka menyesatkan kawan-kawan yg lain tanpa sedar.Mentang-mentang la di femes,atau berpengaruh, apa saja kata-kata beliau diambil sebagai fakta atau hukum,tanpa memperdulikan hukum hakam dalam Islam.

Pernah tak korang terdengar dialog di bawah,atau yg ala-ala macam ni la :

Amie - Eh Lens, xpe ke ea aku nak pakai tudung singkat-singat macam ni ? tak salah ke ea ?

Lens - alah.. apa yg nak salah plak.. ko tutup rambut jugak kan.. at least better la berbanding orang tak pakai tudung langsung tu.

Amie - a'a jugak eh.. eh mekasih Lens sebab jelaskan kat aku..baru aku tau hukum tutup aurat ni.. hebat ar ko ni..orang pemes macam ko ni mesti banyak ilmu kan..


Korang ada perasan tak something wrong somewhere ?? Ye, aku pun perasan.Si Lens tu dah menyesatkan si Amie yg punya sincere nak tahu pasal hukum tutup aurat.Hanya sebab di Lens tu dah femes,so si Amie ni pun percaya la bulat-bulat cakap Lens tu even si Lens tu tak kuarkan satu hujah atau dalil pun.Terus dihalalkan je perbuatan Amie yg hanya pakai tudung singkat.

So lepas dialog tu,si Amie pun berbangga la mengenakan tudung singkat tanpa menyedari bahagian dada dan belakang badannya tu terdedah bentuknya apabila angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Tidak dirasakan langsung perasaan bersalah,kerana apa ?? Kerana si Lens tu dah ajar dia benda yg tak betul.Tapi dia percaya jugak cakap Lens tu,sebab dia kan orang berpengaruh,pada perkiraannya,tentu la apa yg Lens cakap tu semuanya benar.

SO gejala ni la yg semakin berleluasa sebenarnya.. Kita sibuk merisaukan orang Kafir yg nak ancam Islam,tanpa menyedari,ramai orang Islam sendiri yg menyesatkan sahabat seagama diorang.Berbekalkan ilmu logik akal,tanpa disandarkan kepada hukum agama,terus mereka ini menyesatkan orang ramai.Dan atas dasar pengaruh,ramai la yg termakan kata-kata diorang ni.

Sebab tu la pentingnya hukum Islam.Dan sebab itulah hukum Islam ni SEMPURNA berbanding hukum manusia.Sebab hukum Islam ni mmg dah sah kalam Allah SWT.Manakala hukum manusia ni tak tentu.Allah SWT sendiri menjadikan akal manusia ni tak sempurna,terbatas.So apa hujah untuk mengatakan hukum manusia adalah sempurna ???

Namun, disebabkan sifat Maha Pengasih Allah SWT, Dia telah menghantar golongan alim ulamak untuk menerangkan kepada kita tentang hukum Islam ni berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.. berpandukan Ijmak dan Qiyas pula,ulamak-ulamak ini menerangkan hukum - hukum mengikut peredaran zaman.Hukum tetap sama,namun ada sedikit penyesuaian sesuai dgn zaman.Tetapi,harus diingat,mereka juga manusia biasa,bisa melakukan kesalahan.Sebab tu pandangan ramai ulama lebih dipercayai,sebab ada ruang untuk menutup kelemahan setiap ulama itu sendiri,supaya hukum yg diputuskan itu lebih tepat.

TETAPI,bila ada manusia yg hanya berpandukan otak dia je nak buat hukum,maka di saat itulah kejatuhan umat Islam.Ingat !!! Islam tak pernah jatuh,Umat Islam yang jatuh,sebab ?? Sebab umat Islam itu sendiri yg jahil agama.Malah tidak segan silu mempermainkan dan mengejek ulama-ulama hanya beberapa faktor seperti politik dan ideologi.

So pandai-pandai la korang interpret apa yg aku nak sampaikan kali ni.Yang pasti,entry ni tak de kaitan dengan sesapa pun.Hanya sedikit peringatan dan cetusan minda untuk semua.Sekian Assalam :D