Wednesday, June 1, 2011

Prinsip dan Alasan Typical Melayu Islam Sekarang

Assalamualaikum wbt..



Wah... bunyik cam banyak je kan prinsip-prinsip ni kan.Tu la pasal,hari ni aku nak share sikit tentang beberapa prinsip baru yg digunapakai oleh masyarakat kita untuk "menggantikan" prisip sedia ada di dalam Islam dan Al-Quran.

Prinsip-prinsip ni kebanyakkannya digunakan untuk melawan balik nasihat-nasihat dan teguran-teguran terhadap diri mereka.Prinsip ni jugak digunakan sebagai perisai dan peng"halal" ke atas perbuatan mereka yang terang-terang salah.

Antaranya :

1) "Kami tak pakai tudung pun,tapi kami solat.Baik dari yg pakai tudung tapi tak solat.."

Aku jawab - korang same-same teruk.Sebab kedua-dua tu wajib,tinggal salah satu pun berdosa jugak.

2) "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape,baik tak payah pakai tudung,tapi hati baik,macam kami ni ha..hahahaha.."

Aku jawab - pakai tudung labuh,at least lame-lame hati dia akan berubah.InsyaAllah..tapi kalau dah buat keputusan tak nak pakai tudung,asalkan hati baik je,macam bukan orang Islam dah la ko ni.

3) "Tak payah la nak paksa-paksa kami solat ke,pakai tudung ke,kan dalam Islam tiada paksaan"

Aku jawab - malas nak jawab org belajar tak habis ni.Ko baca je ni ha - SAPE AJAR KORANG TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA ???

4) "Kami dah pakai tudung dah,kira ok la tu.Xkan la tak boleh nak berfesyen sikit kot,pakai shawl pun salah,nak pakai sanggul tinggi sikit pun salah,knape Islam ni mengongkong sangat??"

Aku jawab - pakai tudung tu baguslah.tapi hukum tutup aurat ni bukan setakat tutup,tetapi menutup dengan sempurna yakni tak nampak warna kulit dan bentuk badan.kalau dah pakai yang singkat-singkat tu,mau nye tak nampak khazanah-khazanah korang tu.bila kene kacau,kene rogol ke,mule nak melatah,pakai sanggul tinggi tu plak Nabi SAW dah cakap,tak cium bau syurga.So kalau tak nak cium takpela,pakai la sanggul tu.

5) "Kami pakai ketat-ketat pun,tudung stil atas kepala, apa salahnya "

Aku jawab - nampak sgt mengaji tak lengkap lagi ni.Pakai pakaian yg menampakkan bentuk badan,sama je macam tak pakai.Ertinya dalam Islam,kalau korang pakai ketat-ketat tu,same je macam korang berbogel.Tudung tu dah baguslah.

6) "Aku pakai boxer pun salah,pakai short pun salah,habis ape yg betul ni?? "

Aku jawab - dah sebab dua-dua tu salah,ko nak bising-bising kenape.Pakai je la seluar yg tutup dari pusat ke bawah lutut.

7) "Kami kuar dating pegang-pegang tangan je,mane ade buat ape-ape pun"

Aku jawab - dah sedar korang tu belum kawin,jgn kata pegang tangan ,kuar dating tu pun dah tak boleh.

8) "Legging-legging pun tak pe la,asalkan tutup aurat"

Aku jawab - malas nak jawab manusia macam ni.Jawapan dah ada kat point number  5.

Dan pelbagai lagi prinsip dan alasan yang korang akan jumpa dalam perbualan masyarakat kita zaman sekarang.So cuba korang baca,renung,dan nilai balik,ade ke tak dialog di atas yg korang jadikan pegangan korang.Tepuk dada,tanya iman,jangan tanya Aiman sebab Aiman selalu tak kesah.Peace bro.

Till then,May Peace Be Upon You !!