Tuesday, May 31, 2011

Kenapa Wanita Bengang Apabila Dicondemn ??

Assalamualaikum wbt..



Aku pelik la,sebab ape ramai minah-minah yg bengang bila lelaki condemn pasal wanita ? Contohnya bila ada entry yg sebut pasal aurat wanita, pasal wanita skunk yg suka tunjuk body, yg free hair, yang suka pakai sanggul, kenapa diorang akan bengang pastu condemn lelaki balik ?

Adakah diorang ingat tujuan lelaki condemn2 ni sebab nak timbulkan peperangan kaum ke ? Adakah sebab lelaki ni nak timbulkan sentimen perkauman (lelaki vs wanita) ?? Adakah sebab diorang ingat lelaki ni nak tunjukkan bahawa kaum lelaki ni lebih baik ??

Jawapan aku adalah TIDAK !!

Bagi aku, aku buat entry macam tu sebab aku nak diorang sedar bahawa tanggungjawab wanita nak jaga aurat, jaga akhlak, lebih rumit dari lelaki, SEBAB APA ??????????

Sebab Islam amat memelihara maruah kaum wanita.That's it.

Korang kena jaga aurat lebih rumit dari lelaki,tutup segalanya sampai tinggal muka dengan tapak tangan je,kaki tu pun tak leh dilihat oleh bukan mahram,rambut tu aku tak payah cakap la,semua dah tawu,tudung pun bukan sebarangan tudung je yg korang leh pakai,bukan pakai sedap mata je korang nak pakai tudung.

Tudung tu kena menutupi lebih dari paras dada,dan kain tu tak leh jarang.Sebab buang masa je korang pakai kalau nampak jugak body dan nampak jugak warna rambut tu.Baik korang tak pakai apa-apa langsung.Dosa tetap dosa.

Pakaian korang pulak kena longgar,tak leh menampakkan bentuk tubuh korang,langsung tak boleh,sebab hukumnya kalau nampak bentuk badan,sama ja macam korang tak pakai seurat benang pun.Baik bogel je kan kalau dah macam tu ? Ha tau pun malu.So longgarkanlah pakaian korang tu.Biar labuh,nampak sopan.

Korang nak kuar tu,tak payah la duk bagi nampak menarik perhatian sgt,buat apa kalau orang semua melopong tengok korang,sedangkan dalam masa yang sama,dosa duk masuk berguni-guni ?? Rugi je kan ?? Yang duk melopong tengok tu kejap je pun,bukannya korang nak buat suami pun suma tu kan ? Kan ? So baik pakai biasa ja tetapi sempurna.Wangi-wangian tu tak payah la,tabarruj,haram je kalau ada lelaki yang tertarik.

Kaki tu pun tak leh dilihat oleh bukan mahram.Sape yg suke duk pakai selipar je kuar umah tu,atau kasut tinggi pun,make sure pakai sarung kaki yg legap,yang tak nampak warna kulit.

KENAPA SAMPAI KE TAHAP ITU KORANG KENA JAGA ??

Aku rasa korang sendiri tau jawapannya.Ya,sebab korang adalah perhiasan dunia.Seindah perhiasan dunia adalah wanita yg SOLEHAH,bukan wanita yang SEKSI,bukan wanita yang FREE HAIR,dan bukan juga wanita yang TAK MENUTUP SEMUA AURAT DENGAN SEMPURNA.

Kalau korang tutup aurat dengan sempurna,semuanya korang jaga,so atas dasar ape korang nak bengang kan ? So nampak sangat yang bengang2 tu semuanya yang tak menutup aurat dgn sempurna la tu.

Aku petik dari entry aku yg lepas mengenai hantaran kahwin yang tinggi,ada satu perenggan yg ramai orang cakap diorang suka perenggan tu,iaitu 

"So kesimpulannya,tak payah la korang nak letak harga tinggi sangat anak perempuan korang tu,kalau yg tertib lendit,tudung labuh,belajar tinggi-tinggi,sopan santun,takpe la jugak nak letak tinggi sikit,sebab diorang susah nak dicari dan amat berharga.Tapi kalau si anak tu yang free hair,yang kuar lewat malam balik awal pagi,yang perangai mengalahkan jantan,yang mengaji tak tinggi,sebab dulu asyik ponteng je,yang macam ni korang nak letak mahal - mahal ? Aku bukan nak hina sapa-sapa,tapi ini fakta,kalau dah si anak tu perangai yang so-so je,so atas dasar ape korang nak letak mahal-mahal ? "

Wahai kaum Hawa,sedarlah kalian bahawa kalian amat berharga dan amat dipelihara di sisi Islam.Semua kewajipan dan tuntutan ni bukan bertujuan nak membebankan kalian,ianya bertujuan nak menjaga maruah kalian,so sedarlah,bukan si lelaki ni nak merendah-rendahkan martabat kalian,sebaliknya lelaki ni nak meninggikan lagi martabat kalian di sisi agama.

p/s - ada gurl yg cakap "jangan ingat perempuan tak pakai tudung ni jahat,kadang-kadang diorang ni baik lagi dari yg pakai tudung".. bagi aku pulak,semua yg x tak pakai tudung tu semua tak baik.Senang je.Sebab dah sure2 dosa,takde pengecualian dalam hal ni bagi wanita.. Kalau solat,puasa,dan semua yg lain,tapi bab bertudung fail,takde guna jugak.

Sekian,salam muhasabah :D