Tuesday, June 14, 2011

Mengapa Ramai Blogger "Tewas" di Tengah Jalan ??

Assalamualaikum wbt..



Hari demi hari, kita dapat lihat gerombolan-gerombolan * tatabahasa guwa failed ye =='' * blogger - blogger newbie yg lahir dan memulakan karier sebagai blogger.Masing-masing mempunyai alasan masing-masing apabila membuka blog baru.Tidak kiralah yg mengikut kawan,atas urusan perniagaan,atau lain-lain.

Namun, seiring dengan kenaikan jumlah blogger khususnya di Malaysia ni, bilangan blogger yang 'gulung tikar' juga semakin ramai.Kenapa ? Mengapa ? Atas sebab apa diorang gulung tikar ? Sedangkan kita yg sudah lama bersama berblogging ini,masih bersemangat dan berminat untuk menjadi blogger ?

Mari kita kaji selidik faktor-faktor blogger baru yang menggulung tikar blognye :

1 ) Niat 

Hurm..susah nak elaborate pasal keikhlasan berblogging ni.Pokok pangkalnya,beliau tidak membuka blog untuk sesuatu yg ikhlas atau 'murni' . Maybe untuk jadi femes, mungkin beliau tidak cukup nsem/kiut untuk membuat vlogger,maka beliau menceburkan diri dalam bidang blogging untuk jadi femes.Namun setelah merasakan pahit getir untuk bersaing menaikkan blog, maka beliau menyerah kalah terlalu awal kerana melihatkan persaingan yg AMAT sengit dalam dunia blog sekarang ini.

2) Segan Bertanya/Timba Ilmu Blogging

Ya.ini mungkin juga salah satu faktor.Dewasa ini,blogging bukan hanya sekadar menulis catatan atau cerita peribadi.Kita kena ambil tahu banyak perkara.Aku sendiri tak sangka bahawa dunia blogging sebegini luas.Dari hanya menulis beberapa tazkirah atau isu semasa dalam blog,aku mula mengenal ads (iklan) dalam blogging,aku mula mengenal html code/JavaScript, aku mula mengenal SEO,aku mula mengenal apa itu Domain,apa itu Hosting,apa itu PING,dan macam-macam lagi ilmu blogging..

Maka,blogger yg berat mulut atau segan bertanya,atau malas mencari maklumat berkaitan blog ini,mempunyai peluang cerah untuk kandas dalam dunia blogging ini.Kerana persaingan semakin sengit,dengan ramai blogger yg sudah berpangkat Otai seperti Faizal Fredley,Darqnix,IR,Jejaka Terhangat,Adamxis, dan lain-lain.

3) Tidak Menggunakan Kaedah SWOT Dalam Berblogging

Ini akan diterangkan dalam entry yg akan datang :D Sila nantikan ye :D

4) Kurang Idea

Yang ni maybe jadi punca utama.Mungkin ketika blogger tu baru menjadi blogger,idea penuh bersarang kat kepala dia.Tapi lama kelamaan,idea tu semakin sedikit dan akhirnya,kering.So dia membuat keputusan untuk menutup blog kerana tiada idea.

5) Tiada Masa

Yang ni selalunya menjadi masalah kepada blogger yg masih bergelar pelajar atau pekerja,atau pelajar yg tinggal di asrama.Kekurangan masa menjadi satu faktor seseorang blogger tu menutup blog beliau.Seperti mana yg kita tahu,blog kita harus diupdate sekerap mungkin supaya reader tahu bahawa blog kita 'hidup' . Jika kita amalkan update satu entry blog dalam sebulan,kemungkinan besar amat sedikit pengunjung yg akan mengunjung blog kita.Tapi tidak pula bermaksud korang perlu update sampai 6-7 entry dalam sehari seperti cadangan seorang blogger otai tu. =='' Tu nak bagi otak bocor dan jari putus je =='' .

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku rasa biarlah 5 faktor ni dahulu yg menjadi topik perbincangan kita pada kali ini.InsyaAllah kita akan membincangkan lagi hal ni di lain masa.Apapun,secara peribadi,aku happy dan teruja apabila semakin ramai blogger baru yg menceburi bidang ni,tapi dalam masa yg sama,aku sedih sebab tak ramai yg boleh survive dalam blogging ni.Kalau yg survive pun,kebanyakannya hanya update entry-entry mengarut.Sekadar cukup syarat update entry je.

Bak kata kumpulan Jambu dalam Maharaja Lawak , kemon la blogger-blogger baru ! Korang kena kuat semangat,nak jadi blogger yg berjaya,bukanlah hanya dengan sekadar bukak blog,tempek gambar kiut korang,pastu update merapu je.Banyak lagi korang kena belajar,hatta manusia yg sedang taip entry ni pun masih banyak yg perlu belajar.Aku sendiri masih memperbaiki segenap aspek blog aku.

So aku doakan kita semua berjaya menjadi blogger yg hebat.. prinsip aku satu je,dah jadi femes,jangan lupa sejarah lama kita.kerana.............

Without Newbie, There Is No OTAI !!!

Hahaha..sekian,assalam.. :D