Wednesday, June 15, 2011

Analysis dan Tingkatkan Blog dengan Kaedah SWOT !!

Assalamualaikum wbt..



Selama ni, apa yg kita tahu pasal blog, cumalah taip entry,ping, pasang iklan, berbalas komen, dan sebagainya.Itu saje.Tapi pernah tak kita analysis blog kita tu.Maksud aku bukan tengok berapa visitor atau berapa pageview blog,tapi maksud aku,pencapaian dan status blog kita.Di mana kelemahan blog kita ? Di mana kekuatan blog kita ? Apa perlu kita buat untuk meningkatkan kualiti blog kita ? 

Kalau korang pernah pergi kursus kepimpinan,atau kem mengendalikan program seperti kem atau perkhemahan ke,ape ke, sure korang akan didedahkan dengan teknik ni.Selalunya jika sesuatu kem atau program tu dijalankan selama beberapa hari,so setiap malam,apabila semua aktiviti harian sudah habis,maka semua jawatankuasa program akan duduk berbincang,dan akan membincangkan tahap pelaksanaan aktiviti diorang berlandaskan teknik ini.Maka untuk keesokan hari,diorang sudah tahu apa perlu dibuat untuk melancarkan lagi aktiviti diorang.

Tetapi,tahukah korang,teknik ni juga boleh diaplikasikan terhadap blog ?? Ya, aku dah cuba.Hasilnya, komen-komen negatif semakin berkurang dan bertambah komen positif,follower meningkat,dan ramai yg puji blog aku.Ini bukan entry bangga diri,just for the record.

SO apakah teknik yg aku war-warkan dari tadi ??

Ya,ianya dinamakan Kaedah SWOT.Wah..bunyi macam askar US tu je..Tapi teknik ni bukan askar.Ianya sejenis kaedah untuk menilai sesuatu perkara,subjek,dari keseluruhan aspek.

OK sape yg dah pernah dengar pasal SWOT,dan dia tak nak tahu dah,boleh close blog aku sekarang.Aku just nak terangkan kepada yg tak pernah belajar dan ingin tahu sahaja.

SWOT adalah :

Strength                     - Kekuatan
Weakness                 - Kelemahan
Opportunity               - Peluang
Threat                        - Ancaman

So korang perlu menilai pencapaian blog korang berdasarkan keempat-empat aspek berikut.

Kekuatan adalah kelebihan blog korang atau mungkin kelebihan korang.Mungkin korang adalah seorang yg pandai dengan coding html atau Java.Dan blog korang mungkin mempunyai hiasan yg cantik yg dapat menarik minat ramai pembaca.

Kelemahan pulak adalah kekurangan blog korang atau mungkin kelemahan korang sendiri.Mungkin korang agak tidak mahir dalam menyusun widget-widget dalam blog korang,mungkin blog korang tidak cantik.Atau mungkin korang tidak ramai kenalan blog.

Peluang plak adalah sesuatu yg mungkin dapat memberikan kelebihan kepada korang.Mungkin korang rapat dengan ramai otai blogger.Mungkin blog korang ada PR(PageRank) yg tinggi,yg mana boleh mempengaruhi SEO blog korang.

Ancaman plak adalah benda atau perkara yg boleh mengancam blog korang.Contohnya blog korang banyak entry-entry offensive atau yg boleh menyakitkan hati readers.Mungkin blog korang akan jadi sasaran hackers yg geram membaca entry korang.Atau mungkin juga blog korang terlalu berat.Ini satu ancaman kerana blog yg berat amat tidak disukai oleh pembaca.

So setelah korang dah analyze semua aspek blog korang ni,maka korang boleh memanipulasi kesemua aspek tersebut untuk boost blog korang.Untuk menaikkan prestasi blog korang.Jika kekuatan korang adalah mahir coding atau mahir grafik,maka maksimakan ilmu korang tu ke atas blog korang.Buat templates cantik-cantik,coding widget kasik gempak.

Kelemahan pulak,korang try kurangkan,ubah ianya menjadi kekuatan.Contohnya korang lemah coding.Maka belajar la cara coding mudah atau asas.Lama-lama kelemahan itu akan jadi kekuatan.

Peluang plak,korang boleh gunakan untuk up blog korang.Contohnya korang rapat dengan otai-otai blogger.Selalu la berkunjung ke blog diorang,belajar tips-tips blogging,malah korang bleh belajar camne diorang menulis entry.Ini peluang kerana tidak semua blogger newbie,rapat dengan otai.Cuma jangan la tunjuk hebat sebab rapat dengan blogger otai,tu mengundang perasaan menyampah orang lain je.

Untuk ancaman plak,korang bleh cuba elakkan.Jangan biarkan ancaman tu menjadi semakin besar.Contohnya blog korang berat,so jangan la tambah lagi widget-widget yang tak penting.Cuba kurangkan.

So inilah cara untuk kita up kan blog kita.Supaya sentiasa menjadi lebih baik.InsyaAllah korang akan berjaya.Selamat mencuba.Sekian Assalam.