Saturday, June 25, 2011

Pendidikan Di Malaysia Pun Sekular, Patut Ramai Yang Sesat

Assalamualaikum wbt..



Time aku pergi satu kem tokoh pelajar masa Form 4 dulu, ada satu slot iaitu "Mesyuarat Tanpa Agenda" , kami diminta memilih satu tajuk atau isu semasa,dan membincangkan taju itu dengan sebaiknya.So, group kami ni membincangkan satu tajuk di mana aku sendiri tak sedar akan hal itu sebelum ni, iaitu Sistem Pendidikan di negara kita juga telah disekularkan oleh Barat.

Maafkan aku di atas kenaifan ini.Maybe korang dah lame dah sedar.Tapi time tu aku baru sangat sedar.Kita telah dipisahkan oleh agama kita, melalui PENDIDIKAN ??!!

Mengapa aku berkata sedemikian ??

Cuba korang renung dan imbas kembali, sukatan pelajaran dari korang Darjah 1 sampai la sekarang, berapa banyak yang kaitkan tajuk yg korang belajar tu dengan Agama Islam kita ??

Contohnya tajuk dalam Fizik dan Kimia. Setiap fact yg korang belajar,setiap eksperimen yg korang buat,setiap formula yg korang guna, berapa banyak yg dikaitkan dengan agama ?? Tiada bukan ??

Jarang sangat fakta-fakta ini dikaitkan dengan agama.Kecuali la subjek yg mmg agama dah.Macam Pendidikan Syariah dan Al-Quran Sunnah.Subjek ni mmg berkaitan dengan agama.Yang aku cakap ni adalah subjek biasa.

Malah, penemuan, formula, dan hasil kajian yg dilakukan oleh Saintis Islam sendiri, tidak dinyatakan.Mereka membuat seolah-olah ianya ditemui oleh Saintis Barat.Sedangkan, tahukah kalian bahawa Saintis Barat hanya menyambung kajian yg dilakukan oleh Saintis Islam pada suatu masa dahulu ??

Setelah merampas semua hasil kajian Saintis Islam,maka Saintis Barat hanya meniru dan menyambung kajian tu je, padahal ianya berasal dari Saintis Islam.

Tapi dalam sukatan pelajaran kita, kita dimanipulasi supaya percaya bahawa kesemua itu adalah hasil kajian Saintis Eropah atau Barat. Malah tiada satu pun dikaitkan dengan agama,sedangkan agama dan sains adalah seiring.

Contohnya, formula dan penemuan Algebra, adalah hasil penemuan saintis Islam yg bernama Al-Khawarizmi, dan buku beliau telah dinamakan Al-Jabr Wal Muqabalah .Perkataan 'Algebra' tu berasal dari perkataan 'Al-Jabr' itu lah.

So, sedarkah kalian sekarang , bahawa usaha untuk memisahkan umat Islam dengan agama Islam telah lama dilancarkan ?? Mereka ingin membuat kita beranggapan bahawa Sains dan Islam adalah dua cabang yg berbeza.Padahal Sains dan Islam tak pernah dipisahkan.

Sekian sahaja untuk cetusan minda kali ni.Hope korang dapat ambil iktibar dan manfaat dari apa yg aku bincangkan hari ni.Sekian Assalam.