Wednesday, June 15, 2011

Korang Pandai Sangat Block,Sekarang Korang Terima Pulak Hackers-Hackers Ni !!



Assalamualaikum wbt..

Ya..kali ni aku dah malas nak hipokrit.. Secara jujurnya,aku sendiri benci dengan tindakan kerajaan yang meng'block' 10 web file sharing baru-baru ni.Salah satu alasan yang diorang pakai untuk buat tindakan tu adalah,nak menyelamatkan industri filem negara.Kononnya nak elak cetak rompak.

Berikut adalah 10 laman web file sharing yang telah diblock oleh KERAjaan :

1. Http://www.warez-bb.org
2. Http://www.thepiratedbay.org
3. Http://www.movie2k.to
4. Http://www.megavideo.com
5. Http://www.putlocker.com
6. Http://www.depositfiles.com
7. Http://www.duckload.com
8. Http://www.fileserve.com
9. Http://www.filestube.com
10. Http://www.megaupload.com

Tapi yg peliknya,diorang tak guna otak ke bila nak buat tindakan tu ?? Ada antara website yg diblock tu,yg langsung takde directori filem Melayu.Diorang ingat filem Melayu ni hebat dan popular sangat kah ? Diorang ingat setakat cerita Karak,Kongsi, Penunggu Istana dan pelbagai lagi filem yg aku klasifikasikan sebagai 'sampah' tu , ada ke orang nak upload masuk dalam directory website-website international seperti di atas ??

Biarlah korang nak kata aku ni sebagai pembelot bangsa ke,apa ke,yang pasti, aku bukan jenis hipokrit.Aku dah ulang banyak kali,aku tak pandai berlakon.Bila aku benci,aku cakap aku benci.Bila aku menyampah,aku cakap aku menyampah.

Setelah movie-movie sampah di pawagam ni tak dapat sambutan, duit tak masuk poket,maka diorang guna taktik lain pulak,iaitu dengan menyekat kebebasan rakyat yang membayar bil internet beratus-ratus sebulan ni untuk download movie dari internet.Kononnya nak menyelamatkan industri filem negara.haktuih ! Setakat duk tayang artis-artis yg pakai macam orang tak dak agama tu, tiada guna korang nak bela filem-filem macam tu.Inikah yg korang gelar 'rezeki halal' ?? Check balik agama korang tu.

Bila dah kena gertak dengan kumpulan hackers bertaraf antarabangsa yg digelar Anonymous ni,baru nak kecut perut.Korang dah ceroboh hak asasi rakyat untuk akses internet, pastu korang nak buat macam orang tak bersalah plak.

Group hackers ni dah mengamuk sebab berang dengan tindakan 'pentingkan diri' yg ditunjukkan oleh kerajaan ni.Diorang cukup berang sebab dikatakan KERAjaan Malaysia ni dah sekat kebebasan internet rakyat negara ni.So pukul 3.30 petang esok,dikatakan bahawa mereka akan menyerang laman web kerajaan iaitu www.malaysia.gov.my . 

So pandai-pandai la korang hadapi serangan tu.Rakyat tak akan menolong hatta menyokong korang,sebab kami sendiri ditindas.Lepas ni rasanya mula la Dato' sana sini duk tawarkan hadiah kepada sapa yg berjaya halang serangan hackers tu.hahaha.. nampak tak betapa lemahnya kita ni ?? Mungkin ada yg dijanjikan pangkat Dato jika dapat halang hackers tu.

Dan nampaknya kumpulan-kumpulan hackers dari Malaysia sendiri pun dah mula mengorak langkah dengan menyokong tindakan hackers anonymous tu.Diorang sendiri dah mula hack laman-laman web kerajaan seperti Kementerian Pelancongan dan beberapa laman web IPTA dan IPTS.

Ya,mungkin ada yang menganggap tindakan ini seperti kurang ajar atau biadap dan satu jenayah.Tapi tidak terfikirkah korang,KERAjaan juga dah kurang ajar dengan menghalang akses rakyat terhadap internet ? Kita bayar bukan sedikit untu bil internet, sekurang-kurangnya rm38 ke atas.Kalau yang pakai P1 4G tu,Yes 4G ke,Unifi ke,dah cecah ratus-ratus,takkan la nak ngadap laman web www.1malaysia.com.my je kot.

Korang bebas membuat pendapat sendiri , tapi aku tetap dengan pendirian aku,KERAjaan patut diajar bagaimana menghormati hak rakyat.Sekian Assalam.

p/s - sepatutnya diorang block laman web lucah,bukannya laman web file sharing.biasa la tu,kalau diorang block,camne diorang nak download kan video klip 18sx tu kan ?