Thursday, June 9, 2011

"Ini Blog Peribadi Saya, Awak Takde Hak Nak Komen Apa-Apa"

Assalamualaikum wbt..


* Maybe tak semua blog peribadi buat macam ni,tapi kebanyakkannya memang macam ni.

Semakin hari semakin banyak blog 'personal' yg muncul, dan semakin banyak cerita-cerita peribadi yg kita dapat baca,dan semakin banyak gambar-gambar peribadi yg kita dapat lihat.Yang menarik, si empunya blog tidak mahu orang memberi komen atau memberi pendapat bahkan memarahi sesiapa yang nak mencaci blog dia dengan alasan, 'ini blog peribadi saya' .. Hehehe. kelakar la blogger-blogger macam ni.

Setahu aku,benda yang bersifat peribadi ni,ialah benda atau perkara yang "tak patut didedahkan" atau "si empunya diri,tak nak orang lain tahu mengenainya".. TETAPI, dalam kes 'blog peribadi' kita ni,blogger tu nak dedahkan semuanya di blog beliau,beliau ceritakan semua hal peribadi,letak gambar beliau dengan gf n bf,tapi si empunya blog tak nak orang komen atau ambil tahu mengenai perkara dalam blog dia.Pelik kan ?

Aku berfikir jugak kadang-kadang,"kalau dah nama blog peribadi,dia plak xnak orang lain tahu atau komen,so kenapa tak PRIVATE kan saja blog dia tu.".Betul tak ape yg aku fikir ni ? Kalau dah xnak orang lain komen atau protes blog peribadi dia tu,kenapa mendedahkan blog tu kepada umum ? Kenapa ada blogger 'peribadi' yang PING entry-entry beliau di group-group blogger sedangkan dia tidak mahu ada feedback kepada blog beliau ?

SATU perkara yang lawak mengenai blogger 'peribadi' ni, kalau ada yg puji blog dia,dia happy dan ucap terima kasih,tapi kalau ada feedback negatif contohnya ada orang kate susunan blog dia tak kemas,header tak cantik, entry tak menarik,terus dia nak melenting dan keluarkan ayat hikmat bagi golongan peribadi ni iaitu "ni blog peribadi saya,jangan nak menyibuk".. Kenapa reaksi berbeza diberikan oleh blog peribadi ni ? Kalau dah nak peribadi,orang puji ke,orang kutuk ke,sepatutnya dia cakap benda yg sama,iaitu jangan menyibuk.

Akhirnya aku dapat satu kesimpulan,blogger jenis ni cuma nakkan pujian ke atas blog dia.Bukan 'peribadi' sangat pun.Dia cuma suka tayang gambar hodoh dia kat blog,bila ada org puji,dia happy,tapi bila org komen atau bagi feedback negatif,dia nak marah.Nampak sangat dia ni jenis mengharapkan pujian je kan.

Sebab apa aku cakap macam ni ? Sebab...

'BLOG YANG BENAR-BENAR PERIBADI SEPATUTNYA DIPRIVATEKAN SAJA'

Tak payah nak menayang gambar-gambar chubby korang sambil berpeluk-peluk dengan bf tu,tak payah nak cerita korang datang bulan dalam kelas ke, tak payah la nak tayang gambar "lelaki idaman" ke, "lelaki masa depan ke", "dia saya punya ke" , dan pelbagai lagi kata-kata yang membuatkan tekak aku loya.

p/s - kalau semua dah korang dedahkan,maka tidak layak korang letak status "peribadi" kat blog korang tu.

Sekian sahaja.Assalamualaikum.