Friday, June 10, 2011

" Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga "

Assalamualaikum wbt..



Rasanya korang dah bleh agak kan apa aku yang aku nak cakap kali ni, ya..ianya mengenai NILA...hahaha.. bukan lah.. ape kejadahnya aku nak cakap pasal NILA plak.. sape suka basuh baju tu bleh la cakap pasal NILA la.. Clorox la..tapi aku bukan nak cakap pasal basuh baju ye..hehe

Memang aku nak cakap pasal NILA * tadi kate tak,skang ye plak..adehh =='' * .. hehe.. Sifat nila tu iaitu mudah larut dan berwarna purple atau nila,sesuai dengan namanya iaitu NILA.Adeh ape aku merepek ni..Pening kepala punya pasal la ni.

Seperti pepatah meLAYU kat tajuk entry aku ni, bila kita tuang je nila setitik dalam sebelanga susu,maka rosaklah susu tersebut kerana susu berwarna putih,manakala nila berwarna purple atau ungu,dan ianya mudah larut.Maka jadilah susu nila yg berwarna ungu.So ape kaitan dgn ape yg aku nak cakap kali ni ?

Ya,iaitu manusia yg bersifat seperti NILA.Kerana perbuatan dia SEORANG je,semua orang mendapat tempias.Kalau yg buat baik tu baguslah kalau ramai yg dapat tempias.Tapi kali ni kita nak cakap pasal yg buat jahat ni.

Contohnya korang tengok isu panas sekarang,PEKIDA nak saman producer-producer KL Gangster dan Kongsi sebab ada babak dalam filem tu yg dedahkan maklumat pergerakan persatuan diorang.Dan daripada feedback yg aku dapat,ramai yg perlekehkan PEKIDA atas tindakan diorang saman tu.Ramai cakap PEKIDA ni dah tak memperjuangkan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar,PEKIDA ni dah lebih teruk dari dulu,dan macam-macam lagi kecaman yg aku baca dilemparkan terhadap PEKIDA.

Sebenarnya,yg rosakkan nama PEKIDA tu bukanlah keseluruhan ahli.Cuma ahli di peringkat RENDAH je atau AHLI WANNABE je yg rosakkan nama PEKIDA ni.Kalau korang kenal Ahli-Ahli yang tertinggi,diorang tu stil buat kerja amal ni.Cuma ramai yg sengaja pakai nama PEKIDA ni untuk menampakkan diri dia hebat.Konon Kabel luas.

Korang nampak kan ? Hanya kerana beberapa kerat ahli-ahli bawahan yg tak kenal erti perjuangan persatuan PEKIDA tu,buat jahat,buat maksiat,habis seluruh nama PEKIDA jadi buruk.Diorang inilah NILA yg aku cakap awal-awal tadi.

Seperti dunia blogger jugak,sorang atau beberapa je blogger buat hal,habis buruk semua nama blogger.Diorang inilah blogger NILA.

So hope kita bukanlah dari kalangan NILA-NILA ini.Hope la kan.InsyaAllah.

Sekian,May Peace be Upon You ! :D