Wednesday, June 8, 2011

TintaPenaku.com@Aku Setuju Dengan Korang !

Assalamualaikum wbt..



Ya,selepas entry yg latest semalam ni dicopy dengan izin oleh CikEpal di SINI, dan aku jugak dah baca semua feedback di entry beliau yg mana 4x ganda banyak dari komen entry serupa di blog aku,dan juga setelah menikmati trafik yg mencanak naik macam Gunung Everest akibat direfer oleh blog CikEpal,maka,aku sebagai admin TintaPenaku.com

Bersetuju dengan Semua Pendapat Korang ! :D

Yap,maybe sometimes susah orang nak terima pendapat kita,atau nak berfikiran macam kita.Tapi itu tak bermakna kita kena provoke dia sampai terdiam.Itu tak bermakna kemenangan.Langsung tiada ciri-ciri kemenangan jika kita provoke seseorang supaya menerima pendapat atau cara kita berfikir,sehingga dia terdiam.

Kemenangan ialah KEDUA-DUA PIHAK MENDAPAT UNTUNG.

Contoh dari isu menegur orang, jika kita dapat menegur seseorang yang buat salah tu dengan cara yg paling baik,dan dia dapat menerima teguran kita lantas berubah menjadi lebih baik,MAKA,itu barulah namanya KEMENANGAN.

Tidak perlu maki hamun dalam menegur,dan maafkan saya kerana menggunakan istilah MARAH dalam menegur semalam.Sepatutnya istilah yg lebih afdhol dan sesuai adalah TEGAS.Kerana saya sendiri tidak senang jika ditegur dengan kasar dan marah-marah.So kita kena expected the same jugak dgn orang yg kita nak tegur.Mereka juga tak suka ditegur dengan marah-marah.Hanya perlu TEGAS.

Aku sebagai admin TintaPenaku.com pun sedar yg kadang-kadang entry aku ada jugak yg offensive,dan menggunakan perkataan-perkataan yg agak kasar.Ya,ia menggambarkan sikap peribadi aku iaitu seorang yg agak cepat marah.Tapi insyaAllah aku akan ubah sedikit demi sedikit.Korang doakan la aku ye.Dan juga kita doakan kepada beberapa individu yg mencetuskan kontroversi baru-baru ni,supaya diorang sedar dan bertaubat.amin..

So,dengan ini saya Farhan AJ dari TintaPenaku.com meminta maaf kepada seluruh ahli blogogsphere ini,dan juga kepada pembaca-pembaca blog saya ni,dan mengucapkan terima kasih atas sokongan dan komen-komen membina dari anda.Teruskanlah sokongan anda terhadap TintaPenaku.com

Sekian, May Peace Be Upon You !! :D