Thursday, May 12, 2011

Tiada Paksaan Dalam Agama ?? Sape Ajar ??

Assalamualaikum wbt..



UNTUK MANUSIA YG MAMPU BACA ENTRY SAMPAI HABIS SAHAJA !!

Okey..satu lagi entry emo dari aku..biarlah kan aku nak buat entry emo pun kan..asalkan tidak lari dari syariat Islam..

Baru-baru ni aku terbaca satu entry gurl ni,dia free hair,dia marah sebab ada org cakap perempuan free hair ni banyak dosa..Actually aku nak tergelak pulak baca entry dia..Sebab apa ? Dah memang sape free hair,mmg dosa pun..tak kan dia tak belajar..hahaha..

Kemudian,di ruangan komen,ada la sorang tu cakap macam ni :-

"saya setuju dgn awak, tapi, kita kan wajib bertudung. tp takpelah, dalam islam kan xleh dipaksa

p/s: awak jgn marah saya auu. :) "


Aku tertarik dengan kenyataan si pengomen tu..teringin aku nak tanya dia,dia belajar kat mana yg dalam ISLAM ni tiada paksaan ??

Aku tau,ramai yg nak fire aku dah kan ?? Mesti kalau aku stop entry aku sampai sini saja,nanti penuh la ulama2 muda datang bagi ayat al-Quran Surah Al-Baqarah yg ada perkataan "tiada paksaan dalam agama" tu kat aku kan ? Mesti ramai yg cakap aku tak mengaji agama,suka-suka hati je cakap tak ada dalam al-Quran..oke fine..

Sekarang aku nak tanya korang semua,sapa-sapa pun bleh jawab...Yang korang nak guna ayat ni sangat ni,korang belajar bahasa arab sampai tahap mana ?? bahasa arab komunikasi ? bahasa arab tinggi ? bahasa arab a'mmi ? 

Tak tinggi mana pun kan ? sama la macam aku..tak tinggi mana pun..Korang ingat setakat boleh terjemah ayat "la ikrahafiddin" tu , korang terus boleh amal ?? Boleh terus guna untuk fire orang lain,terus boleh guna dalam kehidupan korang ?

Biar aku jelaskan kat sini..KORANG BUKAN ULAMAK PENTAFSIR AL-QURAN...so jangan pandai-pandai je korang nak terjemah ayat alquran pastu nak guna terus..ayat al-Quran tu bukannye teks insyak atau teks cerita kisah dalam bahasa arab yg biasa..dalam tu penuh dengan hukum2 bahasa arab,nahu balaghah semua tu,yg ulama' pentafsir je boleh huraikan..dan bukannya kita..

Okey,sekarang aku nak tanya lagi,kalau dah korang terer sangat nak terjemah ayat ikut suka kan, cuba korang hurai ayat ni lak.

"yadullah maal jamaah" yg bermaksud TANGAN ALLAH BERSAMA MEREKA YG BERJEMAAH..

So,ape korang nak cakap ?? Allah ada tangan ?? macam tu ? yela,kan korang terer nak terjemah2 ni..'yadun' tu kan tangan, so Allah ada tangan la kan ? Mane korang tau Allah ada tangan ? kita tak tau langsung tentang ZAT Allah..jangan suka-suka hati je nak terjemah..'tangan' dalam ayat tu bermaksud 'rahmat' Allah..

Korang nak belajar sesuatu ayat al-Quran tu,semua aspek korang kena tahu...dan salah satunya ialah SABAB NUZUL... sabab nuzul ni bermaksud sebab-sebab penurunan ayat tersebut..Allah SWT bukan turunkan ayat saje suka-suka je untuk Nabi Muhammad SAW..semuanya ada maksud dan kegunaan tersendiri..

Dan berkenaan ayat 'tiada paksaan dalam agama' yg korang suka sangat guna untuk tunjuk alim tu, biar aku bagitau..ayat tu diturunkan untuk mengingatkan kita bahawa TIADA PAKSAAN UNTUK MENGAJAK ORANG KAFIR MASUK ISLAM....maksudnya,kita nak ajak org bukan islam untuk masuk Islam,kita tidak boleh paksa mereka..mestilah dengan kesedaran sendiri..kita hanya boleh  mengajak mereka dan menasihati mereke..

ITULAH MAKSUD SEBENAR TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA !!

Ni tidak,baru belajar bahasa arab setahun jagung,dah pandai-pandai nak terjemah ikut sedap kepala dia je..geram aku dengar orang guna ayat ni untuk bebaskan diri diorang dari arahan dan nasihat..macam si pengomen entry kat atas tu la..

Cuba korang bayangkan apa akan terjadi kalau lebih ramai yang suka guna ayat "tiada paksaan dalam agama" ni secara salah ????

i) Mak nak suruh anak solat,anak cakap tak nak,sebab katanya,tiada paksaan dalam agama..

ii) Cikgu suruh anak murid buat kerja rumah,dia cakap tak nak,sebab dalam agama tiada paksaan..

iii) Ayah suruh anak perempuannya PAKAI TUDUNG,dia cakap tak nak,sebab tiada paksaan dalam agama..

Korang nampak tak ??? Nampak tak bencana yang akan terjadi kalau golongan-golongan penafsir ikut sedap kepala ni terus berleluasa ??

So lepas ni jangan guna dah ayat ni..kalau betul dalam agama tiada paksaan,maka Nabi tak suruh la ibu bapa memukul anak mereka yang tak nak solat kalau umur dah lebih 10 tahun..cuba la fikir sikit..

Sebelum nak beramal dengan apa-apa pun,make sure kita ada ilmu dah..kalau tak sure,rujuk kepada ustaz,..bukan hentam keromo sahaja..sebab Nabi SAW sendiri dah cakap,"orang yg beramal tanpa ilmu ini adalah orang bodoh".

Sekian..Assalamualaikum..