Thursday, May 12, 2011

Kaza Wakaza - Boleh Terkeluar Islam Dow

Assalamualaikum wbt..




Walaupun sekarang still dikira sebagai pagi *aku jarang update pagi-pagi =.='' * ,aku tetap akan update jugak entry aku kerana idea sedang datang..if aku dah update,boleh la aku sambung tido jap lepas ni..yess.. :D Perancangan yg mantob !

Okeh bebeh..korang nampak tak tajuk kat atas tu ?? Benda apa kaza wakaza tu ea ? Pastu leh terkeluar Islam lak tu..benda apa yg bahaya sangat tu sampai leh bagi kita terkeluar Islam ? Benda ni bukan main-main nih..ngeri dow..Ya...sengaja aku timbulkan persoalan supaya korang baca entry ni sampai habis..hehehe.. 

Pernah tak, korang dah terlepas satu peristiwa , dan korang menyesal kerana tidak melakukan itu dan ini ketika peristiwa itu berlaku,kerana korang baru tersedar, jika korang melakukan itu dan ini tu,maybe hasil daripada peristiwa itu akan menjadi lebih baik..

Dah pening kan ? Ya aku tau..aku pun pening..hahahaha..

Aku bagi contoh la..

Ada seorang nenek ni, dah tua la beb,nama pun nenek kan,sedang dia berehat di anjung rumahnya pada waktu petang ditemani angin yg bertiup sepoi-sepoi bahasa,tiba-tiba dia terkenangkan zaman mudanya..time seksi bergetah dulu..hehe..

Berikut adalah monolog dalaman yg berlaku dalam hati si nenek ketika itu :-

"Eh KALAULAH aku dapat balik ke masa muda dulu,alangkah bagusnya..kalau la aku tak tolak pinangan si Seman tu,mesti aku dah kaya raya sekarang..ni tak,aku terima pinangan si Ramli tu..dulu dia hensem..tapi perangai macam apa lagi..hurm..menyesalnya.."

*nama karakter tidak ada kena mengena dengan yg masih hidup atau yg sudah tidak bernyawa.*

Nampak tak si nenek tu mengeluh tentang zaman muda beliau ??

Ya..entry kali ni ada kaitan dengan perkataan bold dan berwarna hijau di atas..hayati hadis berikut :-


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: 
“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “KALAULAH aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.”
Riwayat Muslim
Okey... makna perkataan bold berwarna hijau dalam hadis di atas adalah terjemahan bahasa melayu kepada istilah bahasa arab  "kaza wakaza" di dalam tajuk entry kali ini.. maksudnya itu dan ini..
Hadis ni korang bleh dapati dalam tajuk "Mukmin yang kuat lebih dikasihi oleh Allah" dalam syllabus Pendidikan Al-Quran Sunnah Tingkatan 5 .. aku teringat hadis ni time tengah bawak moto tadi..so sebab tu dapat idea..
Maksud hadis ni,dia nak cakap bahawa Allah SWT menyintai dan mengasihi mukmin yg kuat berbanding mukmin yg lemah..mukmin yg kuat adalah mereka yang SABAR menerima segala dugaan..dan tidak mengeluh..apabila ditimpa musibah,atau perkara yg tidak menyeronokkan,diorang akan sabar dan redha kerana itu ketentuan Ilahi..diorang akan cakap macam ni 
"Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan"
Dan mereka tidak akan mengeluh,malah mereka akan berusaha supaya tidak mengulangi kesilapan yg sama di kemudian hari
Manakala mukmin yg lemah,dia akan merungut seperti nenek di atas..
Jika kita asyik mengatakan "kalau itu dan ini" tu,lama-lama pegangan akidah kita akan menjadi lemah..kerana setiap kali kita mengeluh macam tu,syaitan laknatullah ni akan membisikkan segala macam penipuan dan menghasut kita agar meninggalkan Allah SWT...kerana ketika itu IMAN kita telah lemah..na'uzubillah..'
So kawan-kawan,lepas ni,kalau jadi apa-apa musibah,jangan kita mengeluh..dan berusahalah untuk perbaiki diri... insyaAllah korang akan berjaya.. Sekian..Assalamualaikum..