Tuesday, May 17, 2011

Sape Ajar Korang Pasal Hukum Karma ??

Assalamualaikum wbt..



Tajuk kali ni mmg hot sikit.Sebab ramai yg guna,and ramai yg bangga bila dapat gunakan benda ni untuk menakutkan kawan-kawan yg lain apabila dia dianiaya.Kononnya hebat bila dapat sebut benda ni.

HUKUM KARMA 

Seperti yang dinyatakan oleh MEREKA yang beramal dengan Hukum Karma ni,

Hukum karma, suatu pengertian tentang pembalasan atas perbuatan baik maupun buruk oleh seseorang, akan dibalas di dunia. Jika seseorang melakukan perbuatan, dan ia tak mendapat balasan selama ia hidup di dunia, maka akan dibalaskan kepada keturunan maupun kerabatnya.

Atau istilah dalam bahasa Inggeris yang popular dikaitkan dengan Hukum Karma ini iaitu "what goes around,comes around"

Sekali lagi,sepertimana entry-entry aku yang sebelum ini,aku nak tanya korang,sape yang ajar korang hukum karma ni ?? Kawan-kawan ? Cikgu ? Mak Bapak ?

Aku rasa korang belajar dari kawan-kawan.Sebab aku cukup yakin bahawa golongan cikgu dan ibubapa dah cukup pengalaman hidup dan agama diorang,tak akan diorang ajar benda ni kepada anak dan anak murid diorang.

Seperti biasa juga,kita hayati dialog di bawah :

Nabil - Takpe..ko buat aku macam ni ye Rosli.Ko tunggu la.Hukum Karma akan balas perbuatan ko kat aku ni ..

Rosli - Hukum Karma ?? Menatang apa tu ??

Ya,seperti biasa juga,Hukum Karma ni hanya digunakan oleh org yg tak belajar,tapi nak buat macam dia belajar.Seperti entry yg lepas,aku memetik hadis Rasulullah SAW yang mengatakan,Sesiapa yang beramal tanpa ilmu,yakni dia buat sesuatu ikut orang je,padahal dia sendiri tak tau betul ke tak,adalah orang yg BODOH.

Kepada sesiapa yg suka guna sangat istilah HUKUM KARMA ni,aku nak minta korang datang bawak Dalil-Dalil dari Al-Quran ke,As-Sunnah ke,Ijmak ke,Qiyas ke,yang menyebut berkenaan hukum karma ni.Boleh tak ? Aku sure sampai kiamat pun korang tak kan jumpa.Sebab dah jelas,HUKUM KARMA tiada dalam Agama Islam.SO yang gedik pi guna tu buat apa ??!!

Dalam Islam,jika perbuatan seorang tu tidak dibalas di DUNIA,maka dia akan dibalas di akhirat.Itu konsep dalam Islam.Tak de pulak Islam menyebut,kalau perbuatan dia tak dibalas di dunia,maka anak cucu cicit dia pulak akan menanggung balasan perbuatan dia.

So Dari Mana Datangnya Hukum Karma ni ??

Sem lepas aku ambil subjek Religions In Malaysia.So aku come across la istilah ni.Hukum Karma hanya ada di dalam Agama bersifat dewa dan Tuhan yg pelbagai,contohnya Hinduism,Buddhism,dan juga dalam Sikhism.Maksudnya,orang yang beragama Hindu,Buddha,dan Sikh saja yang percaya hukum karma ni.

Hukum Karma ni juga dikaitkan sengan prinsip Samsara,iaitu penukaran roh manusia setelah dia mati.So kalau KARMA (perbuatan dia di dunia) baik,mana ketika Samsara,dia akan dilahirkan semula sebagai manusia atau lebih tinggi,bersatu dengan Tuhan,iaitu mencapai Peringkat Nirvana atau Moksya.Tapi kalau KARMA dia tak elok di dunia,maka dia akan dilahirkan sebagai benda yg lebih hina,sama ada tumbuhan,haiwan,hantu pervert,dll.

So itu konsep KARMA ! Dalam agama lain ! Takde langsung dalam Islam ! So kenapa kita umat ISLAM yg dah ada Rukun Islam dan Rukun Iman ni stil nak percaya dan guna hukum karma ni ????

Untuk Mereka yg SANGAT2 BERIMAN DENGAN HUKUM KARMA ni,mungkin nak perjuangkan jugak kepercayaan suci diorang tu dengan mengaitkan karma dengan kifarah dalam Islam.Yes,Mmg konsep KIFARAH dalam Islam ada sikit macam Karma.Tapi bezanya lebih banyak.

Kifarah tu balasan Allah bagi si pelaku salah untuk membuang dosanya di dunia,dan didatangkan dalam pelbagai bentuk,contohnya,kematian ahli keluarga terdekat ke,jatuh ketika tengah jalan ke,rumah dirompak ke,dan lain-lain yang tidak melibatkan kelahiran semula atau ape2 je yg mengarut tu.Tetapi,Karma melibatkan kelahiran semula sesuatu roh itu.Korang nampak kan perbezaan Karma dan Kifarah walaupun kedua-duanya melibatkan "balasan perbuatan" ?? Itulah perbezaan Islam dan agama yang lain.

Tepuk dada,tanya iman.Aku dah sampaikan apa yg aku tau,dan dah nasihatkan.Terpulanglah pada korang nak berubah atau tak.Cuma jangan duk menyesatkan orang lain.Umat Islam sekarang ni dah ramai yg ditindas,semua angkara kebodohan kita sendiri.Saling nak menjatuhkan.

Nak penjelasan lebih lanjut,klik di sini >

Sekian.Assalamualaikum.