Tuesday, May 17, 2011

Pasaipa Susah Sangat Nak Berbelanja ?

Assalamualaikum wbt..



Masyarakat kita hari ni semakin lama semakin pelik.Benda yg patut buat,dia tak buat,benda yg tak patut buat,dia buat pulak.Korang pening dah kan ? Tunggu..aku nak peningkan lagi..

Kali ni aku nak cakap pasal penggunaan duit.Dan kepada yang mengenali aku,sure la sedar bahawa entry ni jugak ditujukan kepada aku.

Kenapa hari ni,kita sanggup berbelanja besar untuk perkara yg tak berfaedah,sedangkan benda yg kita perlu,kita susah nak buat kerja tanpanya,susah pulak kita nak beli.

Analogi yg aku nak bagi kat sini cukup mudah.

RM10, kalau guna main kat Arked,kat tempat video game,kat cc,terasa macam sikit je nilainya.Tapi dengan RM10,bayangkan berapa bungkus nasi lemak atau nasi ayam dah kita boleh beli ? Hidangan Snack Plate KFC pun boleh aih dengan Rm10 tu.

Satu lagi analogi aku bagi,kita sanggup habis beratus ringgit nak beli CD Game yang ori,Dawn of War la,DOTA lah,dan lain-lain.Tak terasa pun sayang duit tu bila selamber je beli CD game mahal-mahal,ada yg mencecah rm200++ !! Tapi dengan 200 tu,kita dah bleh beli buku rujukan tambahan,boleh beli alat keperluan tulis,dan pelbagai lagi alat yg berfaedah.

So kepada kawan-kawan,berfikir masak-masak sebelum seluk poket nak buka dompet tu.Adakah kita benar-benar pasti ini apa yang kita nak beli ? Bergunakah untuk kita untuk matlamat jangka masa panjang ?

Sekian sahaja.Assalam