Sunday, May 15, 2011

Khas Buat Antum Yang Bergelar 'GURU'

Mohamad Farhan Bin Shamsuri,
Bekas Pelajar SMKAK (05-09)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Assalamualaikum wbt.

Ke hadapan guru-guruku di SMK Agama Kedah yang disayangi sekalian.Ana harap dan berdoa antum semua berada dalam keadaan sihat sejahtera,dan semoga sentiasa dirahmati oleh Allah SWT.Tujuan ana menulis entry blog ini adalah untuk merakamkan ucapan terima kasih ana yang tidak terhingga kepada antum semua kerana mendidik ana menjadi seorang insan yang berguna.


Ana datang dari sekolah rendah yang biasa.Dan ibubapa ana nak ana mendapat pendidikan Islam yang mencukupi sebelum ana melangkah ke dunia remaja yg penuh dugaan.So ana memilih SMK Agama Kedah berbanding tawaran SM Sains Alam Shah yg ana terima.Kerana ana percaya,pilihan ana ini tepat.



Tahun pertama ana di SMKAK,ana rasa happy sangat-sangat.Guru-guru semuanya baik.Dan ana dapat perlbagai ilmu agama yg berguna,di samping persekitaran dan bi'ah Islamiyah yang bagus.Di sini,ana kenal erti ukhwah,ana kenal erti kehidupan Islamik,dan di sini juga ana kenal erti hormat.Kehidupan di asrama jugak mengajar ana untuk berdikari,belajar untuk lebih bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan juga orang lain.


1 Ikram - Ana kenal Ustaz Afandi,guru kelas ana.Beliau seorang yg amat prihatin.Beliau tidak pernah marah tidak tentu hala,malah senyuman beliau mampu membuatkan kami sekelas tenang dan sentiasa gembira.Beliaulah yg bertanggungjawab menanak minat ana dalam bidang hafazan Al-Quran.Sesuai dengan kedudukan beliau sebagai tahfiz Al-Quran,beliau menjaga kelas kami dengan begitu sempurna.Ana ingat lagi time Head count pertama,beliau menyediakan makanan dan minuman untuk ibubapa yang hadir.Beliau amat mengambil berat semua aspek dan perasaan orang lain.Ana juga kenal beberapa guru yg lain seperti Cikgu Tajuddin,Cikgu Shahir,Cikgu Zakinah,Teacher Anis Amiza,dan Cikgu Soid.


2 Ikram - Dalam banyak2 tahun,tahun ni yg ana kurang ingat apa yang berlaku.Ntah kenapa.Tapi kehidupan ana yang paling baik sepanjang 5 tahun di SMKAK,adalah di Tingkatan 2.Prestasi akademik ana yg paling baik,juga di tingkatan 2.Di tahun ni,ana diserap masuk ke Usrah Kepimpinan,di mana ana dilatih untuk memimpin di bawah kendalian Abang Amirul,Presiden BADAR tahun itu.Tapi,hehe,tahun ni,ana banyak tidur.Ana selalu kena marah dgn Ustazah Zainiyah,yang mengajar Bahasa Arab.Tapi disebabkan itulah,minat ana dalam bahasa arab mula tertanam di Tahun ini..


3 Ikram - Tingkatan 3 terkenal dgn penyelianya yang amat prihatin dan bertanggungjawab,iaitu Cikgu Wan Noorhayati Binti Wan Shamsuddin.Wah..beliau anak kepada Tokoh Sejarawan negeri Kedah.Yang ana amat kagum,beliau cukup mengambil berat kebajikan pelajar2 Tingkatan 3,dalam masa yang sama,tidak mengabaikan tugas beliau sebagai guru matapelajaran BM.Beliau terkenal dengan hukum bahasa melayu yang femes di SMKAK,iaitu Hukum Belangkas.hehe..ana ingat lagi.Beliau cukup tegas,mungkin sebab itu pelajar tingkatan 3 sentiasa berdisiplin.Apapun yg berlaku,beliau tidak akan pandang remeh.Guru-guru yg lain yang mengajar tingkatan 3 juga amat bertanggungjawab,mungkin kerana Tingkatan 3 akan mengambil PMR,so mereka kena serius.Dan hasilnya,ana dapat 9A dalam PMR.Syukran cikgu2.


4 Ikram - Hurm..ana rasa cikgu2 semua pun setuju,Tingkatan 4,akhlak dan akademik ana merudum.Ana rasa tak bersemangat tahun ni,kerana ramai kawan2 baik ana yg pindah sekolah.Kawan yg sama2 makan,sama2 main,sama2 usrah,sama2 study,ramai yg berpindah sekolah..Tinggal ana sorang2.Memang la ramai lagi kawan yg ada,tapi ana rasa semua setuju,kawan dan kawan karib ada bezanya.Di tingkatan 4,ana mula melakukan kesalahan disiplin.Bawak handset,ponteng kelas.Di tingkatan 4,ana banyak menghadiri kem dan kursus,yg paling besar ialah Kem Kepimpinan Tokoh Pelajar Asrama Peringkat Kebangsaan di Sabah.Ana rasa ramai guru2 tak tahu yg ana dapat Anugerah Emas Tokoh Pelajar Asrama Negeri Kedah time ana form 4 dulu,tapi tak pe lah.Tak penting pun.Tapi disebabkan terlalu sibuk dengan kem2 inilah,ana jarang masuk kelas,apatah lagi kelas fardhu ain hari jumaat,ana cuma hadir kelas yg pertama di awal tahun dan yg terakhir di bukan 7.Di tahun ini,ramai guru2 mula membandingkan ana dengan abang ana yg juga pelajar di SMKAK dulu,merangkap Pelajar Terbaik SPM Smkak 2007.Ana dgn abg ana amat berbeza,dia pandai,baik,rajin,pendiam.Ana pulak suka bising,akhlak tak baik mana pun.Walaupun ana Exco Ibadah BADAR tahun ni,tapi tu x bermakna akhlak ana baik.Ana cukup2 terhutang budi dengan beberapa guru yg ambil perhatian ttg ana , contohnya Teacher Hendon,Ustazah Majdah,dan beberapa guru yg lain.Ana minta maaf guru2 sekalian.


5 Ikram- tahun terakhir ana di SMKAK.Mungkin ada yang mengatakan sikap dan akhlak ana di tahun ni,sudah 100% berbeza dgn diri ana di Tingkatan 2 dulu.Tidak mengapa,ana mengaku semua tu.Tahun ni la akhlak ana pling teruk.Bawak handset,ponteng kelas,macam2 la.Nama saja Timbalan Ketua Pengawas,dan Naib Presiden BADAR,tapi sikap ana,masyaAllah.Tapi ana tidak merokok.Ana bersumpah ana tidak pernah merokok.Cuma beberapa kesalahan kecil.Dan ana berterima kasih kepada Cikgu Zaharuddin kerana menampar ana disebabkan menipu dulu.Tamparan cikgu membuatkan ana menyesal semahu-mahunya,sebab memang ana salah menipu cikgu2.Ana minta maaf sangat2 cikgu.Ana janji ana xkan menipu lagi.Ana juga berterima kasih kepada Cikgu Hasnah,Ustazah Majdah,Cikgu Rusni,Ustaz Alawi,Teacher Saadiah,Teacher Hendon,dan ramai lagi guru yang lain sebab bagi sokongan kat ana.


Dan macam2 lagi kenangan ana di SMKAK.Ana tak pindah sekolah time F4 sebab ana sayang sekolah sangat-sangat.Ana rasa nak jaga sekolah ni.Tapi ana sedar,ana mungkin tak sebaik Stauban,dan beberapa kawan lain yg alim.Tapi hati ana tetap syg pada sekolah ini.


Ana berjanji yg anak tidak akan melupakan jasa antum di SMKAK.Segala teguran,nasihat,dan dorongan antum semua,akan ana semat kemas dalam hati ana.Ana memohon jasa antum semua untuk mendoakan ana berjaya dalam pelajaran ana,dunia akhirat.

Di sini,saya ,Mohamad Farhan bin Shamsuri,ingin mengucapkan 

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA TENAGA PENDIDIK DI SMK AGAMA KEDAH.SEMOGA ANTUM SEMUA SENTIASA SIHAT SEJAHTERA,DAN DIBERKATI OLEH ALLAH SWT.TERUSKAN USAHA ANTUM SEMUA MENDIDIK GENERASI ISLAMIK SUPAYA AGAMA ISLAM SENTIASA BERADA DI ATAS.INSYAALLAH..

SEKIAN..ASSALAMUALAIKUM :D