Friday, May 27, 2011

Mengapa Ramai Yang Sesat Akidah ??

Assalamualaikum wbt..



Okeh,aku tak payah cakap panjang,satu blogosphere dah kecoh soal makcik hajjah tu kan,so malas aku nak rewind balik.Lagipun bukan pasal tu aku nak cakap malam ni.Aku nak ajak korang berfikir,sebab ape ek semakin ramai yg sesat sekarang ni ? Bukan sesat jalan nak g tempat mane-mane, ini sesat akidah.

Setelah direnung-renung kembali,aku membuat hypothesis terdapat beberapa perkara yg menjadi pemangkin ke atas gejala rosak akidah yang semakin berleluasa sekarang ni.

1.Kurang Pendedahan Agama

Point ni aku tujukan kepada keluarga-keluarga yg mungkin tidak membesar dalam suasana bi'ah islamiyah atau suasana keislaman.Maybe ada anak-anak yg lahir-lahir je,dah dibawa ke luar negara,tempat-tempat yg kurang pendedahan agama Islam ni.Mak bapak pulak tak de lak rasa tanggungjawab nak didik anak-anak diorang dengan asas agama Islam ni.

So bila budak tu jadi besar,dia akan rasa pelik dgn agama Islam.Kenapa kena solat,kenapa kena tutup aurat,kenapa lelaki tak boleh sentuh perempuan yg bukah mahram,dan pelbagai lagi.Dan apabila soalan-soalan itu tak dijawab,so mula la dia nak buat definisi sendiri.Ilmu Islam ni mmg tak dapat difahami dengan hanya menggunakan logik akal.Sebab tu sejak kecil,kita kena ajar dah anak-anak ni dgn konsep Tauhid,Rukun Islam,Rukun Iman semua tu.Bila akidah dia dah ada,so dia tak kan rasa janggal dengan hukum Islam ni. "Awal-awal agama ialah mengenali Allah" .. 

2.Salah Faham Konsep Agama

Ya,banyak dari golongan sesat ni,dahulunya datang dari institut-institut agama,seperti sekolah agama,pondok-pondok,dan lain-lain.Tapi kenapa diorang bleh sesat ?? Kalau orang biasa,sure dia akan anggap kalau dah nama pun budak skolah agama,mengaji agama tinggi,mesti la alim,ilmu agama tinggi,dan macam-macam.

TETAPI,harus diingat, sifir dia macam ni, "Bertambah ilmu agama,maka bertambahlah persoalan mengenai agama di dalam kepala,dan bertambahlah juga godaan syaitan" ... Bila dia belajar agama tinggi,so minda dia akan meronta-ronta untuk mengetahui lebih dalam lagi ttg misteri-misteri dan persoalan agama ni,dalam pada itu,syaitan-syaitan yang lebih tinggi pangkat akan dihantar untuk menggoda golongan ni,sebab ilmu agama diorang lebih tinggi berbanding orang biasa.'

So, mereka-mereka yang "tersungkur"  atau terpedaya dalam usaha nak membongkar rahsia yg lebih mendalam ini,akan goyah akidah,dan lama-lama terus jadi sesat.Diorang akan mengeluarkan lebih banyak kenyataan yg songsang dan tak menepati syarak.

_______________________________________________________________

Cukuplah 2 point dulu aku utarakan kali ni.Sapa ada pendapat atau nak tambah,bolehlah komen di bawah.Bersama-sama kita memahami golongan sesat akidah ni.Sekian,Assalam..