Saturday, May 28, 2011

Faktor-Faktor Ramai Membujang,Kahwin Lari,dan Rumahtangga Retak

Assalamualaikum wbt..




SAPA TAK BERNIAT NAK BACA SAMPAI HABIS,BOLEH KLIK X SEKARANG

Wah..dah lame aku tak buat entry offensive nih.Bisa dah hilang la kot.So kali ni meh kita sembang pasal isu yg dianggap remeh oleh majoriti masyarakat kita zaman sekarang TETAPI kesannya teruk dan berpanjangan.Ramai yang dah terkena kesan isu ini.

Sape kat sini dah mendirikan rumah tangga  ??? * aku tak angkat tangan pun =_='' * Okey tahniah dari aku.Yang belum tu korang dengar sini.Kalau korang nak berkahwin,bukan senang-senang je ye.Bukan hari ni korang ngorat anak dara orang,sok leh terus akad nikah.Tak,tak semudah itu.Zaman sekarang ni,korang nak anak orang,macam-macam benda korang kena prepare dulu disebabkan ramai ibu bapa yang demand tinggi zaman sekarang nih.

Ya, faktor yg aku nak cakap hari ni adalah berkaitan isu wang hantaran yang tinggi dalam perkahwinan.Atas dasar inilah ramai yg bujang sampai sekarang,kahwin lari,atau kalau yang dah kawin pun,tak kekal lama,asyik bergaduh je.

Masyarakat zaman sekarang nih, suka sgt letak harga tinggi untuk anak diorang.Yelah,macam-macam alasan diorang leh bagi.Ni anak tunggal kami lah,sayang nak lepaskan dia lah,nak make sure anak kami ni terjaga oleh orang yg layak lah,macam-macam.Tapi sedarkah korang,atas sebab tu la,ramai laki takut nak masuk meminang sekarang ni ? 

Hantaran nak sampai beribu-ribu, jenuh r macam tu kan.Kalau semua anak Dato tak pe la jugak,ni kalau yg keje ala kadar je,yang setakat cukup makan je,mampu ke dia nak bayar ? Tak mampu kan ? Kita nak bagi anak-anak kawin ni,untuk mengelak berlaku maksiat,dan nak dapat pahala mendirikan masjid,dan lain-lain yang bertujuan mendapatkan keredhaan AllahSWT,bukannya dengan niat nak menunjuk-nunjuk kat jiran sebelah yg anak kita ni mahal la,menantu kaya lah.

Untuk mereka yg berfikiran luas,sure diorang sedar majoriti masyarakat zaman sekarang ni suka sangat membazir untuk majlis perkahwinan.Padahal kalau buat ala kadar je pun dah ok.Yela,memang la betul ada orang berfikiran macam ni , "ala kawin sekali je seumur hidup" . ya betul,tapi kalau yg "sekali seumur hidup " tu akan membawa kepada "merana sepanjang hidup" selepas kahwin akibat hutang sana-sini,tak guna juga kan ?

Contohnye,pelamin tu,nak duduk tak sampai sehari,sejam dua je,tapi nak tempah yg beribu-ribu,hiasan suma nak yg cantik berkilau,konon nak tunjuk kat orang ramai.Padahal Rasulullah SAW dah ingatkan, buatlah majlis perkahwinan ni,ala kadar je,walaupun hanya dengan sebiji buah tamar (kurma) , sebab tujuannya hanya nak memberitahu orang ramai bahawa mereka ni dah berkahwin.Tu je.

Pasal hantaran tadi,yang si mak bapak pompuan ni,nak letak tinggi-tinggi pesal ? Kang dibuatnya si laki tu pergi pinjam duit Along ke,pinjaman bank sampai beribu-ribu,tak ke naya anak ko lepas kahwin nanti ? Korang sanggup bagi anak korang bersanding gilang gemilang tapi lepas kahwin,hutang keliling pinggang ? Sanggup ke ? Ok fine,kalau sanggup,sila la letak beribu-ribu anak korang tu.Lepas ni prepare la air teh ke,milo ke ape ke,nak dijamu kepada Along yang datang rumah nak tuntut hutang sbb menantu korang lari tak bayar hutang.

Sebab korang nak semua grand la,banyak rumahtangga yg retak,asyik bergegar je umah,laki bini bergaduh,semua pasal nak bayar hutang time berkahwin dulu.Time tu mula la masing-masing nak salahkan engkau aku,nak bertegang leher sampai timbul urat marikh tu, yg si laki nak salahkan mak si isteri sbb letak hantaran tinggi,yang si isteri nak salahkan suami sbb tak de keje yg gaji tinggi,macam-macam lah.Sume sebab ape ?? Wang hantaran dan majlis yang besar-besaran... ==''

So kesimpulannya,tak payah la korang nak letak harga tinggi sangat anak perempuan korang tu,kalau yg tertib lendit,tudung labuh,belajar tinggi-tinggi,sopan santun,takpe la jugak nak letak tinggi sikit,sebab diorang susah nak dicari dan amat berharga.Tapi kalau si anak tu yang free hair,yang kuar lewat malam balik awal pagi,yang perangai mengalahkan jantan,yang mengaji tak tinggi,sebab dulu asyik ponteng je,yang macam ni korang nak letak mahal - mahal ? Aku bukan nak hina sapa-sapa,tapi ini fakta,kalau dah si anak tu perangai yang so-so je,so atas dasar ape korang nak letak mahal-mahal ?

Dah lah,malas aku nak cakap panjang-panjang,korang fikirlah sendiri.Kahwin ni nak mencegah maksiat,bukan nak menambah maksiat.Kalau sayang sgt anak tu,tak nak lepaskan,sok beli rantai besi,ikat kat tiang rumah.Senang.Kalau korang fikir dengan rasional,kita nak elak berlaku maksiat,kang diorang kawin lari,korang gak nak pengsan la,lemah jantung la,meraung air mata darah pun dah tak berguna.

p/s - tadi aku google,aku terjumpa discussion pasal isu ni,korang bleh klik kat SINI kalau nak baca.

Sekian Assalam.