Wednesday, May 25, 2011

Lonjakkan Speed Internet Anda Selaju Cahaya !!

Assalamualaikum wbt..



Wah wah wah.. Tak tido aku semalam belajar macam-macam ilmu dari satu website yg kawan aku bagi. Teruja giler aku tengok semua entry website tu.Entry-entry semuanya lebih kepada tips,tutorial,teknik,dan segala-galanya lah.Ada gak sikit-sikit yg aku apply,dan semuanya menjadi.Tu yang best uh,dan yang lagi best,semua software yg dia provide,aku dah check,clean site dow.No malware-malware.

p/s - Kalau korang syak ada file atau URL yang korang dapat tu sama ada mengandungi malware atau tidak,sama ada ianya dibind dengan perisian tersembunyi,atau percubaan untuk hack PC anda dengan licik,anda boleh scan file anda itu atau URL yang anda syak itu di sini >> http://www.virustotal.com/

OK cukup.

Hari ni aku nak kongsi ngan korang tips dan teknik,nak boost speed internet korang,TANPA SOFTWARE,TANPA DOWNLOAD APA-APA,dan tanpa segalanya.All about the system itself.Hanya mengubah sedikit setting.

1. Buka Registry editor.
pergi ke Start -> Run
(kalau yg xde Run tu,taip guna search box yg ade dekat2 dengan kotak Shut Down tu) dan taip regedit.

2. Setelah tetingkap Registry Editor terbuka, pergi ke key:

HKEY_CURRENT_USER > Software > Microsoft > Windows > CurrentVersion > InternetSettings
.

3. Sekarang klik kanan pada tetingkap di sebelah kanan anda dan tambah satu DWORD Value yang baru.



cara : Right click > New > DWORD (32-bit) value

Tukar namanya kepada MaxConnectionsPerServer.

4. Right-click pada MaxConnectionsPerServer dan klik MODIFY.Gunakan decimal, dan masukkan nilai 3000000
5. Buat satu lagi DWORD dan beri nama MaxConnectionsPer1_0Server


Di sini juga, masukkan nilai yang disebutkan di atas,dalam decimal.

*Kalau dalam folder tu dah ada kedua-dua key tersebut,korang kena delete kedua-dua file yg sedia ada tu,pastu ulang langkah 3

6. Restart Internet Explorer/Google Chrome/Firefox/dan lain-lain web browser lagi la..
selepas itu, perhatikan kelajuan internet korang..

TRIK UNTUK DNS:

Korang dapat meningkatkan cache DNS dengan Registry Tweak yang sederhana.

# Buka Notepad dan copy-paste kod berikut dan simpan dengan nama fail
dnscache.reg.

Ini adalah apa yang korang perlu salin:

Windows Registry Editor Version 5.00
[HKEY_LOCAL_MACHINE \ SYSTEM \ CurrentControlSet \ Services \ dnscache \ Parameters]
"CacheHashTableBucketSize" = dword: 00000001
"CacheHashTableSize" = dword: 00000180
"MaxCacheEntryTtlLimit" = dword: 0000fa00
"MaxSOACacheEntryTtlLimit" = dword: 0000012d

Lepas je korang SAVE file yg pada asalnya menggunakan extention (.txt) tadi kepada (.reg), fail notepad itu akan bertukar kepada fail registry..apa yang korang perlu lakukan ialah klik pada fail registry tersebut, dan kemudian akan keluar satu tetingkap yang meminta untuk korang sama ada mahu memasukkan registry tersebut ke dalam windows atau tidak..korang hanya perlu klik 'Yes'..semua masalah dah setel..ok? 

Apa yang penting korang perlu tukar extension fail txt kepada reg..kalau tak nampak extension, pergi dekat My Computer > Tools > Folder Options > View > Hidden files and folders > Klik pada Show hidden files and folders > Un-tick pada Hide extensions for known file types.

! Make sure icon file tu dah bertukar menjadi ikon registry dahulu,selalunya selepas anda membuang extension txt dan save sebagai reg kemudian enter,akan keluar sato balloon yg nak mengesahkan bahawa anda ingin menukar extension tu.Klik YES je.

Selamat Mencuba !! 

p/s - about speed internet browsing tu,anda sendiri lah yang nilai.Sebab aku cuba menjadi dan aku rasa lebih laju.Untuk PC korang,pandai-pandai lah nilai ye.