Wednesday, May 18, 2011

Khidmat Pasang Banner Churp-Churp Serta Code Boost Earning

Assalamualaikum wbt..



Wah..tak habis-habis pasal churp-churp.Sejak bila la tiba-tiba sumer kalut pasal churp-churp ni.Rasanya sejak aku heboh pasal coding yg cepat naik earning churp-churp tu * oke perasan sendiri =.='' * . hahahahaha..

So disebabkan aku tengah tak de idea dah nak update disebabkan sebelum-sebelum ni aku dah kuarkan sumer benda dalam kepala otak aku dan dikongsikan bersama korang,so idea semakin lama semakin kering.

So malam ni,aku nak tolong sesape yg nak pasang banner churp-churp kat blog diorang,beserta aku akan masukkan code yang boleh boost pendapatan churp-churp korang serta merta.

Aku dah tolong kawan-kawan aku yg lain,dalam 2-3 hari je,earning diorang dah naik sampai 7-8 ringgit.Okey untuk anak-anak datuk dan datin,memang la nampak sikit kan ? Cube korang try tengok nuffnang atau iklan-iklan lain,mane nak dapat banyak tu dalam 2-3 hari je.Kecuali korang ni blogger femes la..

Tapi, aku nak minta kepada sapa yang belum daftar churp-churp tu,sila la daftarkan dulu ye.And buat apa yang patut untuk pendaftaran tu.Maklumat diri,akaun fb,twitter,dll.Yang tiada akaun twitter tu boleh la buat.Tak ada pun xpa.

Daftar churp-churp anda di sini >> Daftar Churp-Churp 

Okey,sape nak aku tolong buat,cuma perlu mesej aku kat akaun fb aku je >> Farhan AJ,sertakan nama,email dan password untuk log in blog, email dan password untuk log in akaun churp-churp korang.

KEJAP !! AKU BUKAN NAK HACK !! DEMI ALLAH SWT AKU TAK AKAN HACK BLOG KORANG KE,AKAUN KORANG KE,APE-APE JE,DAN AKU TAK KAN SENTUH LANGSUNG BENDA LAIN DALAM BLOG KORANG !! 

Aku cuma nak tolong.Sumpah aku cuma nak tolong.Tanya la kawan-kawan blogger aku yang lain,aku langsung tak minta upah.Semuanya FREE.Saja nak buat amal jariah kepada kawan-kawan blogger.Apa guna ada ilmu kalau tak boleh tolong kawan-kawan.Aku hanya minta satu je dari korang untuk aku tolong korang ni - KEPERCAYAAN.Dan kalau korang sudi dan baik hati,letaklah blog aku ni kat bloglist korang.Tu pun tak wajib.Ikut suka korang.

So sape yang nak aku tolong,maybe malam ni dalam 3 blog je kot aku bleh buat,sebab internet tak berapa ok,bolehlah mesej aku kat fb aku iaitu >> Farhan AJ dan sertakan maklumat yg aku minta tadi,sebab aku nak buat sendiri.Malas aku nak cakap satu-satu suruh korang buat.Biar aku buat semua.

Sape belum add aku kat fb,boleh add dan sertakan mesej mengatakan korang ni nak minta tolong buat churp-churp sebab aku tak approve fren request buat masa sekarang.TQ.

Sekian Assalam.