Thursday, May 19, 2011

Kalau Dah Minat,Ambil Je La..

Assalamualaikum wbt..



Hurm..dari feedback yg aku terima berkaitan entry aku pasal menyalahgunakan atau membazir duit baru-baru ni,iaitu entry ini , ada satu feedback yg aku suka dan aku setuju jugak.

Bro tu cakap,betul jugak kita tak leh bazir duit kita nak beli samting yang agak tak berfaedah.Tapi kalau dah minat,ape boleh buat kan.Contohnya kita minat game,so kita habiskan duit banyak untuk beli cd game.Kalau pada pandangan orang lain,sure la membazir kan.Tapi bagi pandangan diri sendiri yg dah minat tu,ini satu kepuasan.Puas bila boleh dapat sesuatu yg kita minat,dan ianya yg terbaik.

Aku pun selalu menerima tohmahan,erk,bunyi macam kasar pulak,sori2,aku pun selalu menerima perlian kawan-kawan dan keluarga mengenai minat aku yg mendalam kepada handphone.Ya,aku seorang yang susah nak kekal dengan satu handphone saja.Aku suka bertukar-tukar handphone.

Tapi aku tak de la beli handphone yg mahal-mahal,selalunya aku trade in dan add dalam RM50-Rm100 je untuk handphone yg baru. *erk JE ?? dush! dush !* Haha..dah minat,nak buat macam mane kan.Nak tengok salasilah handset aku ? Klik di sini > Salasilah Keturunan Handphone Aku . Tapi ni pun tak update lagi.Sejak habis tulis entry ni,aku dah tukar ade la dalam 4 handphone lagi lepas tu.Hahahahaha...

Satu lagi aku minat Rubik's Cube,korang boleh lihat betapa passion nya aku dalam dunia Rubik's Cube kategori SpeedCubing nih di sini >> Record Baru ! 29 saat ! So aku berazam nak beli Rubik's Cube Original jenama Rubiks yang berharga Rm50.00 ... Selalunya yg aku guna tu between Rm8-Rm15 je..

So korang nampak kan apa akan jadi kalau dah minat ?

Nasihat aku,tak salah nak berbelanja agak lebih untuk item yg kita minat.Kalau minat camera,nak beli DSLR ke,minat bola,nek beli but ori ke,TETAPI,biarlah memadai.Jangan sampai ikat perut,tak makan,puasa je setiap hari,just nak beli item yg kita minat tu.

Bimbang kalau kita sendiri terjejas,badan tak makan,jadi letih,tak pun tak de duit untuk perkara lain yg lebih penting,nanti kita jugak yang merana.Mula la nak jadi penghutang tegar kan.

So sendiri mau ingat la okeh.Lu pikirlah sendiri.Chow dulu !

Until then,may peace be upon you ! :D