Sunday, May 15, 2011

Kita Ni Hebat Kah ?

Assalamualaikum wbt..



Hurm..aku actually mmg tengah takde mood yang amat.Tapi memikirkan bahawa aku perlu asingkan masalah kehidupan peribadi dan juga carier aku sebagai blogger ni,maka aku usahakan juga untuk update entry aku malam ini.Cuma,maybe pendek je kot.Tak tawulah.Aku tak janji.

Malam ni aku nak cakap mengenai mentaliti manusia.Atau aku detailkan lagi,mentaliti manusia yg suka menilai.Atau aku detailkan lagi,mentaliti manusia yg suka menilai manusia yg lain berdasarkan kehendak sendiri.

Mengapa perlu begitu ?

Aku bagi contoh dialog kat korang.Aku memang suka bagi dialog sebagai contoh.

Ahmad : Ko ni kan Mail.Kenapa la susah sangat nak diajak keluar ? Kawan-kawan ko yang lain senang je aku nak ajak keluar.Ko ni anak manje ke.Buat ape ko hidup kalau asyik nak terperap dalam rumah je.Hidup ni kena enjoy beb.Jumud la ko ni Mail.

Mail : Hey Ahmad,aku tak suka keluar rumah pun,tak semestinya aku teruk.Sape cakap org yang keluar rumah tu bagus,dan tak keluar tu tak bagus ?

Dan begitulah juga kita kan ? 

Hanya kerana seseorang tu tak sama dgn kita,minat yg lain dari kita,terus kita nak nilai dia macam-macam yg negatif.Padahal mungkin dia hebat di bidang yg lain.

*Blogger yg hebat,terer coding,Nuffnang sampai beribu-ribu,mungkin merasakan org seperti beliau lah yg hebat,so sape2 yg tak terer coding,bagi dia,manusia yg tak hebat.

*Seorang usahawan yg berjaya,meletakkan nilai "hebat dalam bisnes" sebagai syarat nak jadi manusia hebat.So sape yg tak hebat dalam bisnes,bagi beliau,adalah manusia yang tak hebat.

*Seorang yang bijak memimpin,jadi pemimpin di beberapa persatuan yang besar,merasakan "bijak memimpin" sebagai satu-satunya syarat nak jadi manusia yg hebat.So sape yg tak pegang jawatan tinggi macam dia,adalah manusia yang tak hebat,bagi dia la.

Kenapa kita harus meletakkan status "harus menjadi seperti aku" sebagai syarat nak jadi manusia hebat ? Hebat sangat kah kita ni,untuk menilai manusia lain sebagai tak hebat ?

Tepuk dada,tanya iman.Mungkin orang yg kita nilai sebagai tak hebat tu,lebih hebat di bidang lain.So stop dari judge orang ikut suka hati kita je.Sekian.Assalam