Friday, April 22, 2011

Setiap Orang Punya Versi Sendiri Ma..


Assalamualaikum akhi2 dan ukhti2 sekalian...

petunjuk : akhi=saudara lelaki ukhti=saudara perempuan..

Ya kita dah dapat dua perkataan bahasa arab yg baru hari ni..syukur2 :D

Ok..berbalik kepada tajuk kita di atas,aku ni nak bagitau la kat korang semua,aku tidak akan sekali2 mengubah gaya penulisan aku..kalau yg ubah pun,maybe genre atau skop penulisan je,gaya tu aku tak akan ubah..biarlah orang kata garang ke,kasar ke,that's my way..

Ok ramai yg kata,kalau nak tegur tu,guna la bahasa baik sikit..barulah orang boleh berubah bila baca atau dengar..sekarang aku nak tanya,korang sure ke semua orang/manusia berakal,harus ditegur dengan cara lembut,baru diorang boleh berubah..korang sure ke 100% manusia menyukai teguran bersifat lembut ????

Kalau korang pernah atau selalu menyertai kursus kepemimpinan atau seumpamanya,maybe korang akan belajar,bahawa,manusia harus ditegur mengikut cara yg dia suka..sebab tu ada manusia yg tidak akan berubah bila mak bapak dia marah dia dengan bahasa yg kasar,dan maybe dia akan berubah apabila kaunselor atau guru2 di sekolah menegur dia dengan bahasa lembut..Itu bermakna dia sukakan teguran besifat lembut..

Tapi,jangan terkejut,kerana ada jugak manusia yg susah atau langsung tidak berubah bila ditegur secara lembut,selalunya yang keras kepala,dan memerlukan sedikit kekerasan dalam bahasa,supaya otak dia tersentak dan tersedar sikit..Dan insyaAllah dan tidak mustahil dia boleh berubah apabila hatinya tersentak dengan bahasa yang sedikit kasar..So kedua2 cara kena gayanya apabila kena dengan orangnya..

So katakanlah korang tegur orang dalam entry dengan bahasa yg lembut,korang sure ke semua yg baca tu leh sedar dengan teguran korang ??? Tak sure kan ?? So siapa korang untuk menghukum bahawa semua manusia sukakan teguran yg lembut ?? Aku pernah jumpa seorang junior,yang mana dia ni tak berubah2 jugak perangainya,walaupun dah ditegur dgn berhikmah la kononnya,dengan bahasa lembut,Tapi bila ditegur dgn bahasa yg pedas dan sedikit kasar,dia tersedar lalu berubah.Alhamdulillah..So ape korang nak cakap berkenaan budak tu ?? Dia bukan manusia ke ?????

Rasulullah SAW kata,tegur dengan berhikmah..berhikmah tidak semestinya lembut..kerana hikmah tidak sama maksud dengan lembut..kalau hikmah bermaksud lembut,Rasulullah SAW akan kata tegurlah dengan lembut,lebih mudah difahami..aku bukan nak judge hadis Rasulullah SAW ikut sedap hati atau kepala otak aku,tapi aku belajar macam tu..hikmah tu maksudnya dengan cara yg betul..And by extend,cara yg betul menurut orang yg kita nak tegur tu..

Teguran terbahagi kepada dua,iaitu secara hidayah,iaitu lembut,dan jibayah,iaitu kasar..So mengapa korang nak marah2 aku suruh tegur dgn lembut sedangkan cara teguran ada dua iaitu kasar dan lembut ???

Aku memang tak pandai langsung nak tegur dengan lembut-lembut ni..Serius aku mengaku,aku x pandai tegur secara lembut..Sejak kecik sampai besar,kata2 aku semua pedas dan kasar..so aku memilih medium ini sebagai cara teguran aku..So kalau semua orang menegur ikut cara yg 'korang' canangkan,iaitu lembut,so siapa pula yg nak menegur manusia2 yg memerlukan teguran pedas ??? Orang lain boleh ?? Kalau orang lain boleh,mengapa tidak aku pun boleh ??

Daripada aku berlakon dan tidak jujur dalam menegur dengan bahasa lembut,kerana hanya mahu puaskan hati korang,baik aku ikut cara aku sendiri,supaya lebih jujur dalam teguran..Siapa kita nak nilai kejujuran hati masing2 ?? Hanya Allah SWT yang tahu kejujuran dalam hati kita..

So x payah la korang nak paksa2 aku tegur dengan lembut,kerana...

SETIAP ORANG PUNYA VERSI SENDIRI !!

Assalamualaikum..

16 comments:

Mek Onie said...

yaaaa,onie sangat sokong...cara kita sendiri kan...so,terima jela :)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

Kalo GK nak tegur orang guna cara sinis...

maksudnya perli sket2 kalo terasa amik la...

hahaha...

kalo nak tegur orang memang kena adab, bergantung pada jenis orang tu gak..

kalo GK lebih suka guna pendekatan cara halus dan lembut tapi sinis..

yang ni lagi berkesan rasanya....

Farhan AJ said...

meaw-betul tu..cara sndir lebih baik dari hipokrit sensorang..

cik GK-hehe..cik GK garang,sapa dengaq pun takut..so xpelah..hehe..an suka gak sinis2 ni,tapi sinis garang la :D

Unknown said...

terbaek entri ni..mmg manusia yg taknak terima teguran, dia akan kasi alasan kena tegur lembut2..so, bila kita ckp lembut2 bleh la dia buat pekak. haha..

kindergartenlibrary said...

yang penting , tak hipokrit ~

NurAmal said...

cara sendiri2..
amal pun suka gak cara2 sinis ni..
nampak bahasa x ganas pun..
cara teguran pun lembut..
tapi dalaman bagai tertusuk duri sembilu.. XD
tp, amal x tahu cara nak buat tu..
org2 tertentu je pandai susun ayat sinis..
sekian

adamzico said...

1st.. tima kaceh atas info tu..

2nd.. Be urself..

3rd.. Kasar atau lembut teguran tu mesti dilihat kepada yg penerimanya.. Kaji dulu siapa dia.. Kalau teguran lembut tak membuahkan hasil.. rasanya teguran secara kasar boleh di gunapakai.. xsalah.. bak kata penulis di atas..

4th.. Setiap org tu fitrahnya berbeza.. Jgn judge org tu dgn 1st impression.. Kalau lahiriahnya atau cara pembesarannya di asuh dgn berlembut pd org lain.. maka lembutlah saat dia menegor.. Kalau sebaliknya.. kasarlah cara tegurannya.. That the way he/she is.. Accept the info yg cuba disampaikannya sama ada ianya lembut atau kasar..

panjang lebar pulok.. this is my opinion.. wink!

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

farhan,

GK garang ka??

baik kot ni... keh3...

ni entry GK yg mungkin ada kaitan gak dengan entry ni

KENAPA KITA BUAT BLOG???

Farhan AJ said...

jejaka-hehe..betul tu..aku rimas sbb ramai duk suruh aku tgur cara lembut..mana aku reti lembut2 ni..haha..

nelly-betul tu..jgn hipokrit..be urself

zico-wah..satu entry dah nie..hehe..betul tu,kaji dulu sapa yg kita nak tegur tu,barulah tegur mengikut kaedah yg sesuai//

cik Gk-garang sgt2..takut cheq..haha..ok2..terjah skunk

fyy mokhtar said...

jt selalu tego fyka tapi aku wa dek. pastu dia marah. hehehhehehee. < ati batu

Farhan AJ said...

hahahah..kejam ko fyza

Muslimah Optimis said...

yeahhh terbaik la entry ni.. kamu mengata akak dalam diam ye dik bob.. hhihi..pasal komen akak semalam?? wahahah.. its ok la dik be ur self... mcm kereta mayat ayat dia sempoi2 bahasa kasaq bukan sikit2 tapi kasaq banyak tapi akak suka baca..setiap orang ada medium penyampaian yang tersendiri.. betol akak suka dengan cara kamu.. cuma cara akak xreti nak cakap keras2..huhuhu... xreti nak sindir2.. walau pada hakikatnya akak memang jenis yang kasaq pun.. rockers ayu kan.. hihihi... betul hikmah tu menegur dengan cara yang betul boleh jadi seperti menarik rambut dalam tepung, rammbut tak putus tepung xtumpah atau sebaliknya.. asalkan ada yang mengambil ibrah daripada teguran kita kan..teruskan menulis dik.. akak bersedia ditegur kalau akak ada buat silap yang mana akak memang banyak buat sila pon, banyak dosa lagi.. huhuhu... akhir kata like ur entry banyak-banyak..

tertarik dengan quote "
SETIAP ORANG PUNYA VERSI SENDIRI !!

Muslimah Optimis said...

yeahhh terbaik la entry ni.. kamu mengata akak dalam diam ye dik bob.. hhihi..pasal komen akak semalam?? wahahah.. its ok la dik be ur self... mcm kereta mayat ayat dia sempoi2 bahasa kasaq bukan sikit2 tapi kasaq banyak tapi akak suka baca..setiap orang ada medium penyampaian yang tersendiri.. betol akak suka dengan cara kamu.. cuma cara akak xreti nak cakap keras2..huhuhu... xreti nak sindir2.. walau pada hakikatnya akak memang jenis yang kasaq pun.. rockers ayu kan.. hihihi... betul hikmah tu menegur dengan cara yang betul boleh jadi seperti menarik rambut dalam tepung, rammbut tak putus tepung xtumpah atau sebaliknya.. asalkan ada yang mengambil ibrah daripada teguran kita kan..teruskan menulis dik.. akak bersedia ditegur kalau akak ada buat silap yang mana akak memang banyak buat sila pon, banyak dosa lagi.. huhuhu... akhir kata like ur entry banyak-banyak..

tertarik dengan quote "
SETIAP ORANG PUNYA VERSI SENDIRI !!

Farhan AJ said...

kak MO-haha..x kata kat akak la.nasihat akak saya leh terima..cuma bberapa budak je yg x pandai nak komen tapi nak komen jugak..saya cuma kata,saya ada cara saya..mengapa harus saya puaskan hati semua org sedangkan saya x suka..be my self..tu la prinsip saya..selagi x bercanggah dengan hukum Allah

SyedGraphix Dot Com said...

stujuuu!! aku pn kena tegur dgn kasar baru ak usedar :D

Farhan AJ said...

oh ye ?? siap ko pasnie..wakakakkaa :D

Post a Comment

Komen yang best akan dihantar ke Akhbar Harakah! hahahahha !