Wednesday, March 23, 2011

Kenapa Doa Tidak Dimakbulkan ??


Assalamualaikum dan salam muhasabah buat semua pembaca..

Daripada kita membuang masa dengan berbual perkara2 yang lagha,alangkah molek kalau kite berfikir sejenak mengenai perkara ini..Setiap dari kita menunaikan solat 5 kali sehari kan ?? insyaAllah ya,,dan setiap kali kita solat,kita berdoa bukan ?? Tetapi tidakkah kita berfikir mengapa dan kenapa doa kita lambat dimakbulkan atau langsung tidak dimakbulkan ?? bukan salah Allah SWT...Dia yang mempunyai hak untuk melakukan apa pun..Ini satu perkara yang harus kita kaji dan ambil iktibar..

Antara faktor2 yang menyebabkan doa kita lambat atau tidak dimakbulkan ialah :-

1. Kamu mengetahui Allah S.W.T tetapi tidak mahu menunaikan hak-Nya.
-Semua orang tahu,Allah SWT merupakan penguasa dan pencipta segala apa pun di dunia ini..melalui Tauhid Rububiyyah,kita diajar untuk mengaku dan beriman bahawa Allah SWT berkuasa terhadap semua penciptaan alam ini..Dia lah yg mengusai langit,bumi,bulan,bintang dan lain2..dan Dia wajib disembah oleh hamba2Nya iaitu kita..tetapi mengapa kita x menyembah Dia ?? kita lalai dalam solat..kita x menunaikan hak Allah SWT sebagai Tuhan kita.

2. Kamu berkata bahawa kamu cinta kepada Rasulullah S.A.W, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
-Bila orang kafif menghina Rasulullah SAW,kita melenting..kononnya kita sygkan Baginda..tapi di mana sunnah2 Baginda ?? adakah kita amalkan ?? makan x bismillah,tidur x ikut sunnah,dan macam2 perkara lagi yg sepatutnya dilakukan mengikut sunnah,tapi kita x lakukan..x malukah kita mengaku sebagai pengikut Rasulullah SAW ??!!

3. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
-Kita baca AlQuran tiap2 hari,,kalau x baca dengan naskhah pun,at least kita baca dalam solat..tapi kita x amalkan pun ajaran di dalamnya,.padahal Kalam Allah yang syumul ni,merangkumi cara hidup yang tersangat detail,sesuai sepanjang zaman dan untuk semua lapisan masyarakat..mengapa kita x ambil iktibar dan beramal dengan ajarannya ???

4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
-Kita makan tiap2 hari..memanglah itu semua hasil titik peluh kita bekerja..tapi kita tidak akan dapat semua itu kalau Dia x mengurniakan rezeki kepada kita..semacam nikmat yg kita dapat dariNya..itu belum masuk dengan nikmat bernafas,dan macam2 lagi keperluan asas yang Dia sediakan untuk kita..tapi kita x pernah bersyukur.Dia bagi tubuh badan yang sihat,kita nak rosakkan..hisap rokok,dadah,dll...merempit la,macam2..padahal badan sihat..tapi kita nak sakitkan..

5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
-Setiap kali baca surah Yaasin,kita selalu baca ayat tu,"Wahai Manusia,janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan,sesunnguhnya ia musuh yang NYATA bagi kamu"...tiap2 kali malam jumaat kita baca ayat ni,tapi x pernah kita buktikan..kita tetap ikut bisikan halus syaitan..time bulan Ramadhan,kita boleh merokok senyap2,even syaitan sedang dirantai dalam NERAKA !!

6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
-Time sekolah rendah,ustaz tanya sape nak masuk syurga,semua sure akan angkat tangan..sapa x angkat sah otak dia biol..tapi bila dah besar,xnak beramal supaya layak masuk syurga..kalau kita pergi tanya kepada mat2 rempit pun,diorang stil jawab nak masuk syurga,tapi nak merempit jugak..

7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
-Ni pulak jawapan sebaliknya daripada jawapan di atas..sapa la yg ade otak nak jawab nak masuk neraka ?? sure x betol kan ?? tapi apa yg kita buat selama ni,membawa kita ke Neraka la..sume maksiat2 yg kita buat tu,bonus point untuk kita masuk Neraka la tu.tunggu la masa nak 'redeem' sume point tu..

8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya.
-Semua tau yg kita akan mati..kebanyakkan agama lain pun percaya manusia akan mati..tapi berapa kerat sgt amalan yg kita dah kumpul untuk bawak ke Akhirat ???

9. Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
-Fuh..yang ni cukup banyak..holier than thou..pada mata dia,orang lain semua salah,dia lupa kesalahan dia sendiri..dia pergi canang aib orang lain kat sana sini,lupa dengan aib sendiri..

10. Kamu kebumikan mayat-mayat sahabat kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada mereka.
-Yang ni sepatutnya kita amik iktibar..kalau ada peluang kebumikan mayat,joinlah..supaya kita merasa takut dengan azab siksaanNya,..

semoga kita ambil iktibar dari semua ini..laksanakan segala perintahNya dan insyaAllah,doa kita akan dimakbulkan..wasalam

6 comments:

Nur Qaseh said...

best2.. buat renungan untuk diri masing2..
Org cakap kalau apa yg kita mntak tu terus di kabulkan,bermkna Allah mmg sygkn kita..kalau apa yg kita mntak tu lmbat di mkbulkna,Dia nk uji kita terlebih dahulu n nak kita sabar..
n kalau apa yg kita mntak tu x d makbulkan, Dia akn menggantikan kita sesuatu yg lebih baik untuk kita..
Betol x apa yg sy ckp..? Kalau xbtol, tolong betolkan..
Nur Qaseh | Zulma Izati

Mohamad Farhan Bin Shamsuri said...

@qaseh,betul tu..Allahuyubariku fih..

Nur Qaseh said...

:)

miejigsaw said...

info yang sangat berguna. Kadang2 aku tertanya juga kenapa doa aku lambat dimakbulkan tapi aku beranggapan bahawa Allah sentiasa menguji hambanya. Thanks for the share

Siti Safiyyah said...

muhasabah diri sebentar...
terasa kerdilnya diri ini...
kadang tu ada yg kata, kenapalah allah tak penah makbulkan doa aku?
sedangkan siapalah kita ni utk menyuruh allah makbulkan doa kita.. T___T

Nur Qaseh said...

betol3...

Post a Comment

Komen yang best akan dihantar ke Akhbar Harakah! hahahahha !