assalamualaikum...
baru2 ni,aku ade terbaca satu note kat facebook seorang sahabat,bertajuk "Apa Maksud Open Relationship"....
Aku paste la note tu untuk tatapan korang..n nasihat aku,sebelum baca,luaskan pemikiran korang n lihat isu ni dari sudut dan skop yg luas...
Apa maksud "Open Relationship"?
by Lutfi Hafiy on Saturday, November 27, 2010 at 11:22pm
Menurut pemerhatian saya, ramai antara kita yang meletakkan Open Relationship sebagai status tapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?
Dipetik daripada wikipedia
An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.
yang bermaksud
Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi.
Maka dalam erti kata lain, orang yang meletakkan Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun, maka amat menyedihkan apabila umat Islam sendiri menggunakan status ini.
Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam.
Harap Maklum.
Sesiapa yg ade facebook tu,mesti tau kan...kita leh letak macam2 status kita kat po5 kita...single ada...in a relationhip ada...married ada...divorced ada...separated..dan lain2..tapi ada satu status ni,mmg memusykilkan aku even pertama kali aku terlihat...iaitu in an open relationship...bunyi 'open' tu sendiri dah buat bulu roma aku meremang...setelah baca note saudara ni,yakinlah aku bahawa mmg status tu ada makna tersendiri..
cuba korang tengok komen2 kat bawah tu...sedih n geram aku tengok...walaupun dah didedahkan dgn fakta yg amat penting,malah berkaitan dgn maruah kita sebgai Muslim dan Melayu,tetapi masih ada yg menyempitkan otak dgn memberi macam2 alasan dan protes terhadap isi note tu...
Ya,aku tau yg terpulang kepada individu tu sendiri nak interpret apa pun berkenaan status tu..tapi,kepada sapa2 yg nak bantah note ni..sila fikir balik ye...bukan kita saja org melayu ada dalam fb ni...seluruh dunia....mmg la kita leh kata,pada pandangan saya,maksud open relationship ni ukhwah la,ape la,mmg betul...tapi...fikir balik...adakah kita pencipta fb ni???? x kan??...so jgn expect sume org fikir sama macam otak kita...seluruh dunia akan berpandukan definisi oleh si pencipta web ni...dan seluruh dunia akan menganggap sapa yg letak status macam itu adalah murah...maksud saya murah ni x de maruah..macam definisi dalam note ni..nak buat hubungan seks ngan sape pun xpe...
Kita semurah itukah???? org Barat n bangsa lain xkan berfikiir macam kita....dalam kita duk perasan n bangga meletakkan status macam tu,bangsa lain sedang mentertawakan betapa 'murah'nya org2 melayu ni..sanggup meletakkan status macam tu....atau mentertawakan kita kerana punya bodoh x faham maksud yg diorang dah letakkan...ubah saja lah...bukan rugi apa2...kenapa??takut xdapat pasangan lau x ubah???ingat wahai sahabtku..jodoh d tangan Allah SWT...kita selalu sebut..tapi x ingat pun...saya nak nasihatkan,kepada semua pembaca,tlg lihat masalah ini dalam skop yg luas...bukan setakat dalam kalangan masyarakat melayu ja...mungkin pada mata org melayu,kita ni org yg menjaga ukhawah la,nak bertukar2 pendapat la,tapi pada mata bangsa lain????kitalah makhluk plg MURAH sekali...!!!
So,lau ade sape yg nak tegakkan definisi dia jugak untuk status tu,sila buat laman sosial sendiri..n letakkan definisi anda tu untut status open relationship ni..settle..bila kita ni jadi ahli ja dalam laman web yg dicipta oleh bangsa lain,jgn anggap kita yg kawal web ni...n tolong la jgn ego nak terima nasihat...susah sgt je nak ubah status tu atau nak terima nasihat ni????? kenape,bf n gf korang xsuka korang ubah status ni?? lantak la...
Kalau nak mementingkan diri sendiri dgn mengatakan,"aku x kisah org nak kata apa,asalkan aku tau aku buat benda betul..org nak kata apa,aku peduli apa...",dukacita sgt aku dengar...ada jugak yg memberi komen yg amat sekular,jauh menyimpang dari landasan agama Islam...nak njoy la..ape la...ade otak ke xde tu??
Ade jugak yg protes terus komen aku,dia kata apa nak tau dak ?"ni semua x penting,yg penting hati baik"..
Ish2..mudah sungguh prinsip hidup dia...mmg la hati baik tu penting...tapi x bermakna bila hati baik,kita buat jahat pun jadi x berdosa...habis ape guna hukum2 yg Islam dah tetapkan untuk umat2nya kalau mereka2 ni ada satu prinsip ja dalam hidup,"buat apa pun xpa,janji hati baik"..
Aku bagi contoh,kita nak sedekah,(hati baik la ni)tapi xde duit...so kita p curi duit org lain,then kita g sedekah kat fakir miskin...dosa ke x tu????? sape kate dak,check balik dgn tok guru korang,ada la salah faham kat mana2 tu...kita nak buat baik macam mana pun,perlu dgn cara yg betul...kalau ikut prinsip diorang tu,jadi la macam keadaan di atas...buat jahat pun xpa,asalkan hati baik...tension aku tengok komen2 diorang..macam x pernah belajaq agama lagi pun...
Kenapa perlu memprotes kalau nak buat benda ni senang ja??ubah je la..bukan mati pun...Penulis note ni punya susah cari maklumat ni sbb xnak tengok saudara sebangsa n seagama dipandang hina oleh bangsa lain,korang jgn la protes dia..sebaliknya,sokong dan sebarkan kepada saudara yg lain..kita sama2 naikkan maruah diri kita d mata bangsa lain..
ingat,luaskan pemikiran,lihat dari perspektif n skop yg meluas..ingat,facebook bukan milik org Melayu saja...kita maybe rasa biasa ja guna status macam tu,tapi seluruh dunia sedang menganggap kita xde maruah..
salam muhasabah..
wasalam...