Showing posts with label tips hasilkan entry yg baik. Show all posts
Showing posts with label tips hasilkan entry yg baik. Show all posts

Saturday, July 23, 2011

Trick Blogger Minta Simpati : " Aku Nak Stop Blogging "

Assalamualaikum wbt..



Dewasa ini, jumlah blogger di Malaysia semakin bertambah dengan gandaan yg amat memberangsangkan.Tidak kira lah apa genre blog sekalipun, aku yakin dan pasti semua pemiliknya mahu blog mereka dikenali ramai.Walaupun mereka menggunakan ayat seperti "luahan hati sendiri" ke, "ini blog peribadi" ke, "saya cuma nak sampaikan pandangan saya" ke, jauh di sudut hati masing-masing, semua inginkan blog mereka dikenali.

Haha... ingat senang ke nak femes ?? Nak jadi macam TheOtherKhairul , Cik Epal, Fatin Liyana, Red Mummy, BeautifulNara , dan lain-lain tu, ingat senang ke ?? Korang ingat, hari ni buat blog , esok dah bleh femes ? Lain la kalau yg jenis tayang gambar yg kononnya 'cute' atau 'babyface' kat blog tu, maybe la diorang tu bleh jadi femes dgn cepat.Atau korang manipulate blogger lain dgn buat benda-benda yg bleh up trafik blog korang macam buat segmen ke, contest ke, giveaway ke, maybe jugak korang bleh femes dgn cepat.Pendek kata, kalau korang nak jadi femes hanya dengan meluahkan pendapat peribadi kat blog, atau hanya dengan kuasa "penulisan" semata-mata, susah jugak nak jadi femes.Mengambil masa.Aku berblog sejak 2006, sampai sekarang, masih di tahap picisan dan newbie..

Biarlah apa pun cara yg korang guna untuk up blog atau nak bagi orang kenal blog korang, asalkan ianya melalui jalan yg disenangi dan menunjukkan korang ada 'fighting spirit'.Biar wujud persaingan yg sihat untuk mempromosikan blog masing-masing.Cara yg macam ni, aku sokong dan aku tak de masalah langsung untuk sokong diorang.Nak buat giveaway ke, contest ke, biarlah.Asalkan kena dgn gayanya.Aku pun baru je nak berjinak-jinak dengan contest.Haha.. nak join, sila ke sini ->  http://www.tintapenaku.com/2011/07/contest-teka-teki-jawab-dan-menang.html

TETAPI !!  Aku merayu, please..please..please..Jangan la guna cara yg mana, bagi aku, amat 'murahan' untuk menarik perhatian orang ramai, atau lebih tepat lagi , minta simpati orang ramai untuk memberi perhatian kepada blog korang.Contoh yg paling aku selalu jumpa dan menyampah, membuat entry atau status FB atau apa - apa saja media untuk hebahan, menyatakan korang nak stop berblogging la, kecewa dgn dunia blog lah, tak de semangat nak berblogging dah la, dan lain-lain ayat yg sewaktu dengannya.

Tolonglah..ayat ni dan kaedah ni terlalu murahan.Untuk dapatkan publisiti murahan.Dengan harapan , bila orang nampak atau dapat tahu yg korang ni nak tutup blog ke, nak stop blog ke, akan timbul rasa kesian dalam hati diorang, and diorang akan berkunjung ke blog korang untuk mengetahui apa sebab korang nak stop lah, tak kurang yg nak kipas korang la, nak pujuk memujuk, atau kononnya caring la, nak bagi semangat balik lah, ape lah.Please..aku menyampah dengan taktik ni.

Time nak stop tu, penuh kat wall FB dia dengan status sedih la, kecewa la, dah macam tak nak hidup dah pun ader... Bila ada orang yg datang bertanya atau tunjuk simpati, dalam hati tu, berbunga bagai nak rak.Suke sebab ada orang take care..Please la.. Korang percaya ke dengan taktik ni ?? Jika jawapannya adalah YA, maka sila gelakkan diri sendiri.Dah banyak kali aku jumpa blogger guna taktik ni.Lepas 2-3 hari, paling lama pun 2-3 minggu, dah bosan, dia on la blog balik.Hampeh kan orang yg macam ni ??

Korang pun blogger kan, korang tahu kan passion atau kepuasan dalam berblogging ni kan ?? So korang percaya ke mudah-mudah je orang nak stop berblogging ?? Paling busuk pun dia stop update entry je, tapi stil lepak-lepak kat group blogger, stil duk promote iklan kat blog.. Agak mustahil la dia nak stop terus dari dunia blogging.KECUALI dia betul-betul ada masalah peribadi atau masalah lain yg betul-betul serius, di mana menghalang dia dari terus berblogging.Kalau betul ada kes yg macam ni, maka ianya terkeluar dari skop entry aku hari ni.Kes macam ni dimaafkan la.Bukan salah dia.

So, lastly, aku nak nasihatkan kepada korang dan jugak aku sendiri, nak blogging tu, guna la cara yg menunjukkan kita ni professional.Promosi blog, upgrade blog, up trafik blog, kumpul reader, guna la JALAN YANG BERMARUAH.Ini baru dinamakan Blogger Sejati.Setakat nak tarik simpati dan publisiti murahan tu, tak kan ke mana la blog korang tu.Masih di takuk lama.

Hanya sekadar nasihat dan teguran dari seorang blogger yg langsung tak terkenal.Ikhlas terbit dari hati yg inginkan dunia persaingan blogger yg sihat.Peace no war :D Sekian Assalamualaikum..


Wednesday, July 20, 2011

Buat Satu Entry Je, Pastu Tak Payah Update Seminggu !!

Assalamualaikum wbt..

Waa..macam pelik je tajuk entry kat atas tu kan..Sebenarnya..dulu.. bila aku masuk blog-blog otai, aku cam jeles jugak la..Entry last diorang tu, ntah dah berapa minggu yg lepas dah..Tapi tengok online visitor stil maintain, malah lebih banyak dari aku.So aku tertanya-tanya la camne leh jadi macam tu kan ? Jarang update tapi visitor maintain ??

Salah satu kemungkinan adalah maybe diorang guna iFrame.. Tapi aku tak nak la tuduh sesaper..Masing-masing ada otak kan..Guna la sebaiknya..Apa guna online visitor beriban-riban tapi semuanya tu palsu semata-mata kan ?? Korang menipu diri sendiri dan orang lain.

Tapi, ada satu lagi kemungkinan yg positif, di mana dapat membuatkan online visitor blog kita sentiasa maintain..Iaitu dengan memperbanyakkan entry-entry yg berkualiti.

Apakah entry yg berkualiti itu ??

1) Entry yg still informatif sepanjang masa.Contohnya entry genre 'How To' macam entry cara-cara meningkatkan follower ke, tutorial nak buat banner ke, dan sebagainya..Entry yg macam ni, sentiasa ada orang yang inginkan dan diorang akan search.Ianya tak terhad kepada masa-masa tertentu berbanding entry berbentuk berita dan informasi semasa.

2) Entry yang menggunakan bahasa dan format yg betul dan piawai.Maksudnya entry tu seolah-olah satu karangan atau panduan yg sistematik.Tidak dipengaruhi dengan bahasa-bahasa pasar atau bahasa - bahasa bualan harian.Dan tidak dipengaruhi dengan kaler-kaler font yg berwarna-warni sehingga menyakitkan mata yg membaca.

3) Entry yang mempunyai 'aura' .Apabila orang baca entry ni, diorang akan rasa something like 'power' dari entry tu.Olahan bahasa yg menarik ditambah dengan penyusunan ayat yg sekata, dan mempunyai satu nada dalam entry tu, mampu membuatkan pembaca berasa kagum dan teruja untuk baca  berulang kali dan menyebarkan kepada rakan mereka yg lain.Contohnya entry berbentuk nasihat dan teguran yg tegas dan mempunyai nada sinis.

Pendek kata, entry yg berkualiti ni, relevan sepanjang masa dan menarik minat.Dengan memperbanyakkan entry berkualiti, korang tak perlu memerah otak untuk update setiap hari blog tu.Memadai dengan sekadar mempromotekan entry-entry yg latest sahaja.Kerana entry-entry yg berkualiti ini akan 'menampung' trafik korang untuk satu jangkamasa yg agak lama.

So kepada yg agak terhad masa dan komitmen terhadap blog tu, korang perlukan entry sebegini.Satu entry yg berkualiti dan mampu menyamai beberapa entry lain yg kurang berkualiti.Sepanjang aku berblog, ada satu je entry yg mana aku publish dah 3 bulan, tapi sampai sekarang, tiap-tiap hari ada saja orang yg baca entry tu...korang tengok kat bawah ni..



Entry tu tak de la berkualiti sangat pun, aku marah-marah je..Tapi ntah kenapa...Tiap2 hari ada je orang masuk baca...Sampai mengalahkan entry yg latest plak..So , hope korang dapat memperbaiki mutu penulisan entry, supaya tak payah nak perah otak cari idea nak update tiap2 hari...Sekian Assalam..



Tuesday, June 21, 2011

Petua Menghasilkan Entry Baik,Kemas, dan Tersusun (for newbie)

Assalamualaikum wbt..



Kali ni aku nak kongsikan beberapa tips nak mengorat hasilkan entry yg kemas dan digilai ramai tersusun serta menarik.Ye,aku bukanlah otai pun,blogger picisan je.Tapi ade la jugak beberapa tips yg aku amalkan dalam setiap penulisan entry blog,

Nak tulis entry,bukan sekadar perlu ada idea dan olahan yg menarik je,faktor sekeliling pun korang kene ambil berat.Korang rasa yang mana dapat hasilkan entry yg lebih baik ? Taip entry dalam keadaaan selesa,badan sentiasa bersih, perut dah kenyang, atau taip entry dalam keadaan bising-bising, suasana sekeliling berselerak, dan segala bagai lagi ? Aku rasa korang sendiri tau jawapan nye.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ni beberapa perkara yg akan aku buat sebelum hasilkan entry :

1) Mandi.Aku taip entry time aku baru lepas mandi.Badan segar, secara auto otak juga tengah segar.So idea datang mencurah-curah.

2) Kemaskan meja dan bilik.Petua ni aku amalkan juga sebelum study.Aku takleh hidup kalau duk selerak-selerak ni.Kena tengok semua kemas dulu,baru bleh taip entry.

3) Makan.Biasa la beb, perut lapar,idea tak masuk :D

4) Bersihkan keyboard laptop.Ok ni maybe agak pelik,tapi memang aku buat ==''

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


 Ok..Ini pulak beberapa tips nak hasilkan entry yg baik, tersusun dan kemas.

1) Jangan gunakan bahasa pasar.Ini mempengaruhi SEO blog korang.Kalau korang amalkan bahasa pasar dalam entry,susah untuk blog korang dijumpai apabila orang search keyword kat Google ke,Yahoo ke.

2) Make sure perenggan-perenggan adalah lebih kurang sama panjang.Macam esei jugak la.Kalau ada perenggan yg kejap panjang kejap pendek,esei tu akan jadi tidak kemas.First impression pun maybe dah failed.

3) Gunakan justify untuk seragamkan margin entry korang.Jangan biarkan entry korang tu senget sana sini.

4) Jangan gunakan banyak warna dalam entry.Korang nak ramai readers korang pakai spek ke lepas ngadap blog korang ?? hahah.. aku selalu warnakan beberapa keyword penting je dalam entry aku.

5) Tajuk entry mestilah mantap,tak pendek,dan tak panjang,dan mestilah menggambarkan apa yg korang nak sampaikan dalam entry.Jangan pulak tajuk pasal hang out dgn kawan-kawan,tibe-tibe isi entry korang citer pasal LRT lambat la,kawan lambat sampai la,ape la,sampai penuh 3-4 perenggan.

6) Selitkan sekeping gambar yg menarik,alah Google je, dan sekali lagi,make sure ada kaitan dengan isi entry korang.Jangan letak banyak sgt gambar,nanti berat entry tu,blog korang pun akan jadi berat, susah orang nak loading blog korang.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok so tu la beberapa tips dan petua untuk hasilkan entry menarik untuk aku.Hope dapat korang aplikasikan dalam penulisan entry korang jugak.Assalamualaikum :D