Showing posts with label taktik lapuk kapel. Show all posts
Showing posts with label taktik lapuk kapel. Show all posts

Saturday, July 23, 2011

Trick Blogger Minta Simpati : " Aku Nak Stop Blogging "

Assalamualaikum wbt..



Dewasa ini, jumlah blogger di Malaysia semakin bertambah dengan gandaan yg amat memberangsangkan.Tidak kira lah apa genre blog sekalipun, aku yakin dan pasti semua pemiliknya mahu blog mereka dikenali ramai.Walaupun mereka menggunakan ayat seperti "luahan hati sendiri" ke, "ini blog peribadi" ke, "saya cuma nak sampaikan pandangan saya" ke, jauh di sudut hati masing-masing, semua inginkan blog mereka dikenali.

Haha... ingat senang ke nak femes ?? Nak jadi macam TheOtherKhairul , Cik Epal, Fatin Liyana, Red Mummy, BeautifulNara , dan lain-lain tu, ingat senang ke ?? Korang ingat, hari ni buat blog , esok dah bleh femes ? Lain la kalau yg jenis tayang gambar yg kononnya 'cute' atau 'babyface' kat blog tu, maybe la diorang tu bleh jadi femes dgn cepat.Atau korang manipulate blogger lain dgn buat benda-benda yg bleh up trafik blog korang macam buat segmen ke, contest ke, giveaway ke, maybe jugak korang bleh femes dgn cepat.Pendek kata, kalau korang nak jadi femes hanya dengan meluahkan pendapat peribadi kat blog, atau hanya dengan kuasa "penulisan" semata-mata, susah jugak nak jadi femes.Mengambil masa.Aku berblog sejak 2006, sampai sekarang, masih di tahap picisan dan newbie..

Biarlah apa pun cara yg korang guna untuk up blog atau nak bagi orang kenal blog korang, asalkan ianya melalui jalan yg disenangi dan menunjukkan korang ada 'fighting spirit'.Biar wujud persaingan yg sihat untuk mempromosikan blog masing-masing.Cara yg macam ni, aku sokong dan aku tak de masalah langsung untuk sokong diorang.Nak buat giveaway ke, contest ke, biarlah.Asalkan kena dgn gayanya.Aku pun baru je nak berjinak-jinak dengan contest.Haha.. nak join, sila ke sini ->  http://www.tintapenaku.com/2011/07/contest-teka-teki-jawab-dan-menang.html

TETAPI !!  Aku merayu, please..please..please..Jangan la guna cara yg mana, bagi aku, amat 'murahan' untuk menarik perhatian orang ramai, atau lebih tepat lagi , minta simpati orang ramai untuk memberi perhatian kepada blog korang.Contoh yg paling aku selalu jumpa dan menyampah, membuat entry atau status FB atau apa - apa saja media untuk hebahan, menyatakan korang nak stop berblogging la, kecewa dgn dunia blog lah, tak de semangat nak berblogging dah la, dan lain-lain ayat yg sewaktu dengannya.

Tolonglah..ayat ni dan kaedah ni terlalu murahan.Untuk dapatkan publisiti murahan.Dengan harapan , bila orang nampak atau dapat tahu yg korang ni nak tutup blog ke, nak stop blog ke, akan timbul rasa kesian dalam hati diorang, and diorang akan berkunjung ke blog korang untuk mengetahui apa sebab korang nak stop lah, tak kurang yg nak kipas korang la, nak pujuk memujuk, atau kononnya caring la, nak bagi semangat balik lah, ape lah.Please..aku menyampah dengan taktik ni.

Time nak stop tu, penuh kat wall FB dia dengan status sedih la, kecewa la, dah macam tak nak hidup dah pun ader... Bila ada orang yg datang bertanya atau tunjuk simpati, dalam hati tu, berbunga bagai nak rak.Suke sebab ada orang take care..Please la.. Korang percaya ke dengan taktik ni ?? Jika jawapannya adalah YA, maka sila gelakkan diri sendiri.Dah banyak kali aku jumpa blogger guna taktik ni.Lepas 2-3 hari, paling lama pun 2-3 minggu, dah bosan, dia on la blog balik.Hampeh kan orang yg macam ni ??

Korang pun blogger kan, korang tahu kan passion atau kepuasan dalam berblogging ni kan ?? So korang percaya ke mudah-mudah je orang nak stop berblogging ?? Paling busuk pun dia stop update entry je, tapi stil lepak-lepak kat group blogger, stil duk promote iklan kat blog.. Agak mustahil la dia nak stop terus dari dunia blogging.KECUALI dia betul-betul ada masalah peribadi atau masalah lain yg betul-betul serius, di mana menghalang dia dari terus berblogging.Kalau betul ada kes yg macam ni, maka ianya terkeluar dari skop entry aku hari ni.Kes macam ni dimaafkan la.Bukan salah dia.

So, lastly, aku nak nasihatkan kepada korang dan jugak aku sendiri, nak blogging tu, guna la cara yg menunjukkan kita ni professional.Promosi blog, upgrade blog, up trafik blog, kumpul reader, guna la JALAN YANG BERMARUAH.Ini baru dinamakan Blogger Sejati.Setakat nak tarik simpati dan publisiti murahan tu, tak kan ke mana la blog korang tu.Masih di takuk lama.

Hanya sekadar nasihat dan teguran dari seorang blogger yg langsung tak terkenal.Ikhlas terbit dari hati yg inginkan dunia persaingan blogger yg sihat.Peace no war :D Sekian Assalamualaikum..


Wednesday, July 20, 2011

#WW - Khas Buat Yang Sedang Hot Ber'Couple'

Assalamualaikum wbt..


Jangan Yakin sangat korang bleh jaga iman bila dah duduk berdua-duaan berlainan jantina yg bukan mahram..Sesungguhnya ada yg berada antara korang dengan pasangan korang tu, tak lain dan tak bukan adalah


SYAITAN YANG DILAKNAT !!!!!!!

Tuesday, July 19, 2011

(MESTI BACA !!!) 4 Taktik Lapuk Laki/Wanita Nak Minta Perhatian Atau Belas Kasihan

Assalamualaikum wbt..



Aku pernah digelar Doctor Cinta, tapi tu dulu..zaman jahiliyah..haha..sengal ayat.Aku bukanlah seorang yg mahir sangat dalam selok belok cinta ni, tapi , rasanya, ada beberapa perkara yg ingin aku perkatakan ni, berlaku kepada semua orang yg pernah atau sedang bercinta.Dan bukan bermakna aku menggalakkan korang bercinta.Jauh sekali niat aku nak suruh korang buat maksiat.Cuma, biasa la kan, zaman remaja, sape la yg tak pernah alami semua ni kan ? Tak payah kerek-kerek, mengaku je dalam hati.hehe..

Dan semasa dilamun alam percintaan ni, macam-macam perkara boleh berlaku.Ada part merajuk,ada part memujuk, ada part nak break/clash, ada part bincang pasal masa depan, masing-masing menyatakan kesanggupan masing-masing , kononnya nak bertahan ke titisan darah terakhir la..haktuih..Please la..bergegar pancreas aku dengar ayat tu,..nak tergelak..

Cuma kali ni, aku nak sebutkan taktik-taktik yg rasanya , korang pun pernah alami semasa bercinta, di mana , menunjukkan pasangan kapel so-called 'sehidup semati' korang tu , nak tarik perhatian atau minta belas kasihan korang, atau sengaja nak bagi korang take care sgt pasal dia..tak kira la..lelaki atau wanita..sama je taktiknya.. Nak tahu ?? Check this out yaw !!

1) Kononnya Ada Penyakit Kronik

Pergh..yg ni rasanya sejak aku Form 1 dulu pun pernah dengar dah kes ni.Tengah hangat kapel ( sure la bukan aku =='' ) si lelaki atau wanita ni pun , buat-buat la macam nak inform satu benda penting kat pasangan dia ni.Mula-mula tu, tanya la, si dia ni sanggup tak bersama diorang sampai bila-bila..Then bila dah si pasangan tu kata sanggup, diorang pun mulakanlah kisah sedih tu.Kononnya ada penyakit jantung, kanser kulit lah, selsema leukemea  lah, AIDS lah, macam-macam penyakit ada, you name it man..Dengan harapan, lepas ni si dia tu setia dgn diorang, nak jaga diorang lah, kononnya bukti kesetiaan la, ape la.. Please lah..Aku rasa dia selsema je tu..terus jadi leukemia..ape hal bro..hehe

2) Kononnya Ada Orang Asyik Usha Atau Kacau

Hahahha..yg ni maybe berlaku kepada yg mudah perasan atau bajet hot la..Kononnya nak bagitau kat pasangan dia yg dia ni stok popular atau terhangat di pasaran, so dia pun mengadu la kat pasangan dia tu, kononnya ada monyet kawan sekelas ke, kawan satu persatuan ke, yg asyik usha dia selalu, kacau-kacau la, tulis surat cinta la.Kalau yg perempaun tu,maybe tokok tambah cerita konon ada laki tu nak bawak geng dia belasah si bf dia ni la..macam-macam..So si pasangan dia ni pun akan lebih menjaga dia la, takut kena rampas.hahaha... sape tak sayang gf/bf oi !!!

3) Kononnya Dah Serahkan Hati

Yang ni selalu berlaku time mesej atau kol la.Bagi yg dah berani keluar dating tu, mungkin berlaku jugak.Bila sampai part nak sembang jiwang tu,mula la keluar macam-macam ayat jiwang.. "you sanggup hidup bersama I ke, Abang dah tak nak perempuan lain lah, baby nak papa seorang je, i dah serahkan hati i la" ...* ops ..stop jap.. 2 baldi dah aku muntah ni =='' * Please la bro n sis.. Mudah sangat korang percayakan cakap pasangan korang tu.Kalau dah nama pun kapel, sure la diorang mengaku je sanggup itu ini, tak kira la, laki ke,pompuan ke, mulut penipu tu same je..

4) Kononnya Dah Fikir Masa Hadapan

Ni pun maybe berlaku time msej,kol, atau dating yg berdosa tu..Diorang buat-buat macam dah fikir masa hadapan la, nanti si gf ni tanye la bf dia, nanti kalau ade orang datang meminang dia, camne, kalau mak bapak dia suruh kawin jugak,camne,....yg si bf dia lak, cakap , dia dah plan rancangan hidup diorang tu..nak anak berapa la..nak bagi nama apa la...So pasangan diorang ni akan nampak kononnya diorang ni memang dah serius la dengan diorang..Alah..taktik la tu...

Actually, banyak lagi taktik yg aku pernah dengar dan pernah alami sendiri., C'mon la beb.. Jangan la mudah sangat percaya cakap pasangan korang tu.. Duit pun mak bapak tanggung lagi, ntah-ntah tiap-tiap minggu hantar baju kat rumah suruh mak basuh, dah pandai nak cakap pasal kawin dah la, anak berapa la..Guna otak beb..

Aku mengaku aku sendiri pernah guna beberapa taktik di atas..zaman dulu..Betul la apa orang cakap, Cinta Monyet ni mmg macam monyet.. cam bodoh je sume tu.. Yang tak tahan tu..ade orang tu, dah buat collection gf dia.. ni cinta skolah rendah..ni cinta sekolah menengah..ni cinta PLKN..ni cinta time asasi..ni cinta time Degree..last-last kawin orang lain jugak..Mmg silly kan ?? 

So , apa kesimpulannya ?? Jom join guwa..haha.. study dulu beb.. bagi dapat kerja dan jadi 'ORANG' dulu..baru fikir semua tu.. Kalau nama saja orang tapi perangai macam monyet, tak payah la nak fikir lagi sume tu.. Aku pun dah mula nak abaikan sume benda mengarut tu.. Seriously  aku cakap, sekarang ni, hidup rasa lebih aman berbanding 'dulu' .. Kredit sekali topup, bleh tahan seminggu..Dulu, sekali topup, 1-2 hari je tahan..haha.

So guys, jangan la tertipu dengan sume taktik lapuk kat atas tu..After all, manusia ni mmg mudah cair..Tambahan kalau pasangan tu sweet ke,cute ke,baby face ke, nsem ke.. Kuatkan iman tu..Tolak semuanya..aku cakap untuk diri sendiri jugak..hihihi... One is better than Two,,at least..for now..

Till then, may Peace be Upon You !!!