Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Saturday, August 11, 2012

[Edisi Iftar] Apabila 4 Androidians Bersua Muka !!

Assalamualaikum wbt.. 





Fuh, cukup la tu kan rehat sikit-sikit , nak kena update blog pulak, orang semua nak tawu ni amende aku buat hari ni yg sampai penat sangat tu *okey ini tersangatlah perasan tahap 7 petala langit ==''.

Belum sampai 30 minit aku tiba di UIA, lebih kurang pukul 3.30 pagi tadi la kiranya.Penat bhai, lepak ngan member.Nak tau tak ape yg terjadi ?? Aku memang nak cerita, tp sebab banyak yg berlaku, so maybe entry kali ni panjang sikit la *entry ko selalu je panjang, bukan kali ni je =='' 

Semalam lusa (eh ade ke istilah ni) iaitu 9hb , aku and member-member Android aku ni berbincang la konon nak iftar(berbuka puasa) sekali, memandangkan kitorang pun tak pernah lagi berjumpa ramai-ramai.Edi tu pernah la jumpa aku.Adieka dengan Symbian mana pernah lagi.So setelah beberapa kali cadangan nak jumpa gagal, semalam kami nekad nak bagi jadi jugak iftar hari ini.

Cuma yang menjadi masalah apabila Symbian Santibanez(sekali nama Arab da...) atau dikenali dgn nama Nazrin, tidak dapat pergi jauh atas desakan kerjaya professional beliau, iye kot.Ape tah alasan dia bagi, kiranya tak boleh pergi jauh la.Die nye area kat Sungai Besar, kat mane tu aku pun tak tau.Cer korang try Google tengok.Dan yg menjadi masalah kedua, aku pun tak boleh keluar jauh jugak, aku ni dah la dari Kedah, dah tu sejak azali lagi aku ni bukan jenis suka meronda naik moto gi jelajah.

So, setelah beberapa rundingan meja paralellogram(because round is too mainsteam) dibuat, maka kami sebulat suara untuk berkumpul di Tesco Kuala Selangor.Aiseh, kenapalah nafsu gerak hati aku mengatakan bahawa tempat itu amatlah jauh ?? Sekali bukak Google Maps, memang jauh pun,  67KM bhai bersamaan 1 jam perjalanan.FYI, aku dan binatang peliharaan aku si GT-128 ni tak pernah lagi pergi sejauh itu.Tapi oleh kerana nak meraikan jugak member-member, aku setuju jugak lah dengan syarat diorang datang UIA dulu pastu gerak sama-sama.

Maka. selepas menunaikan Solat Jumaat tadi di UIA, aku pun menanti dengan penuh setia ketibaan sang Edi Pudi bersama si sifu Android Putera Adieka, datang mengambilku di UIA.Menanti punya menanti, hujan tak turun-turun , mata pun dah terkelip-kelip bak Miss Universe sedang menggoda *ape punye persamaan daa..Ngantuk weh, mana die bro-bro ni.Akhirnya dalam pukul 4 pm tu, Edi sampai ke UIA.Lepak jap dalam bilik aku, pastu kitorang gi tunggu si Adieka di bus stop UIA, senang sikit, sampai je Adieka neh, terus kitorang gerak.

Dalam kul 4.45 tu, Adieka pun sampai ke UIA.Pergh !! lain bebenor muke die berbanding dalam FB *plastic surgery mungkin..hahaha.. Lepas bagi die rehat jap, kitorang bertolak menuju ke Kuala Selangor.Adeh, bebudak dua orang ni mastar la menyelit-nyelit ni, sorang bawak LC fully modified, sorang bawak RxZ, aku bawak gt je, mmg jenuh mengejar jugak la.Tapi diorang sporting, sentiasa make sure aku ade kat dalam side mirror tu.Haha.. aku paling muda what, kena la jaga elok-elok. Haktuih !!

Nak sampai ke Kuala Selangor tu, kitorang kena lintas Sungai Buloh dulu.Apa yang bermain di fikiran aku menjadi kenyataan.Sekali lalu depan rumah makcik aku da... ikut hati nak je singgah jap minum air, tapi teringatkan puasa, aku buat dono je la.Hahaha..

Dalam sejam lebih jugak la, selepas mengharungi onak dan duri, selekoh-selekoh tajam, akhirnya tibalah jua skuad trio kitorang ke Tesco Kuala Selangor.Bila nampak je Tesco tu kat bahagian kanan jalan, fuh, rasa macam mati hidup semula.Penat bhai bawak moto jauh=jauh, tak rehat plak tu.Kaki rasa nak tercabot semacam je.Nasib baik tadi aku dah ketatkan skru die ==''

Dah sampai tu, kitorang roger tuan rumah la, si Symbian tu.Rupanya dah bermaustautin kat dalam Tesco tu.Kalau tak jenuh pulak kitorang nak cari.Dah la number tak de, aku plak la sibuk kene bukak fb kat nset, nak PM die.Nasib baik Adieka ade number die.Lepas dah sesi suai kenal yg serba ringkas(kitorang tak pernah jumpa..lol), kitorang gi solat Asar dulu dalam Tesco.Pastu kuar jalan-jalan di sekitar kawasan tu.

Edi Pudi (22)

Asalnya Symbian nak ajak iftar kat McD, tapi Edi cakap, kalau nak makan McD, kat KL pun boleh..haha..Ada betulnya jugak, so kitorang cari kedai makan berhampiran, pastu masing-masing mula la konon nak order hidangan paling special kat restoran tu.Siap troll kakak waiter tu lagi, sekali dia jawab hidangan paling special kat restoran tu adalah Nasi Ayam.. Lol, special mendenya, restoran orang Asli pun ade nasi ayam =='' .Kan dah kene troll balik.

Bila 4 Androidians berkumpul sekali, tak kan sembang pasal saham negara pulak ye dak ? Sure la sembang pasal Android.Sambil-sambil tu kitorang belek-belek la Samsung Galaxy SIII milik si Adieka neh.Untung la mampu beli SIII, aku mampu Xperia S je.Edi punye Xperia Neo,dia bagi kat adik  dia.Abang mithali katakan.Yang si Symbian ni maintain lagi dengan Xperia Arc dia.Hehe..

Putera Adieka (21)

Dalam 4 orang tu, aku la paling ter amat muda, aku baru 20, Adieka dengan Symbian 21, dan Edi pulak yg  paling tua, 22.So tak jauh sangat la bezanya kitorang ni.Kebetulan ada sorang member Symbian ada berdekatan kawasan tu, so dia ajak la iftar sekali.Ape tah nama dia, aku dengar si Symbian panggil die Paan je.Farhan la kot nama die.Oit!! Pesal tiru nama gua hah ?? hehe..main-main je :D

Dah habis iftar,kitorang jalan-jalan jap nak menghadamkan makanan yg dilahap serakus-rakusnya sebentar tadi.Masya Allah , ayat tak leh blah.hahah..Pastu gi ke Plaza 1, berhampiran kawasan tu.Asalnya plan nak main bowling je, pastu camne tah boleh keluar cadangan nak tengok wayang, aku ikut je la.Bukan selalu boleh jumpa macam ni.So kitorang pun beli la 5 tiket wayang citer The Bourne Legacy. 

Symbian Santibanez@Nazrin (21)
Lepas dah yakin semua makanan tadi sedang diproses sebaiknya, maka kitorang pun gi la tengok movie dalam kul 9.30 tu.Adeh, tarawikh sorang-sorang lagi la aku balik nanti.Tu pun kalau larat la.Aiseh, apa nak jadi ni.Boleh tahan gak la citer tu even aku tak berapa nak faham sangat.Kalau nak faham betul-betul, kena tengok citer die yg sebelum tu, Bourne Ultimatum.So kitorang berlima buat-buat faham je la tadi.hahahah.. 

Dah habis movie dalam kul 11.30, kitorang bergerak balik la.Kunci moto si Symbian ni boleh pulak terjatuh kat mane tah.Kalut la dia masuk balik dalam cinema carik.Tak jumpa jugak.Dia suruh kitorang balik dulu, sbb perjalanan kitorang jauh lagi, mekasih la Nazrin@Symbian ye, kalau ikut, nak tlg cari sekali, tp apakan daya, energy yg tinggal cukup-cukup je untuk balik KL.

Lepas dah isi minyak moto penuh-penuh, maka kitorang pun bergerak la balik.Pergh.. perjalanan pergi dan balik hampir 100% berbeza bhai.Tadi kitorang guna jalan kampung, so bengkang bengkok sana sini.Ni time balik kitorang balik guna highway, memang la straight,,tp gelap gulita giler.Aku bawak moto tu berpandukan lampu belakang moto si Edi dgn Adieka tu je.Sampai la ke kawasan pekan sikit, baru la ade lampu jalan.Tak henti-henti aku zikir sambil bawak moto tu, takut sangat-sangat.Oh time ni baru ko ingat Tuhan ye ??

Sampai je kat Wangsa Maju, Adieka ambil haluan dia, manakala aku dan Edi ingat nak lepak dulu.Edi cakap nak bawak aku jalan-jalan dulu bagi kenal kawasan sekitar tu, dah aku ni pasal sense of direction memang failed yg teramat.haha..So kitorang gi lepak Danau Kota dulu.Time tu pukul 1.30 pagi lebih la.Tapi orang kat situ, macam siang pulak.Ramai giler.Dah macam Wakaf Che Yeh kat Kelantan dah aku tengok.

Kitorang pun jalan-jalan la dulu, aku beli 2-3 casing Xperia S, sebab murah giler bhai,satu Rm5 je, dah tu cantik-cantik pulak tu, tambah plak ader kaleh hijau.Rabun warna terus aku dibuatnya.hahaha..Dah puas jalan-jalan hampir sejam,kitorang rehat minum and makan sekali dengan sahur la kejap kat warung situ.Pastu Edi hantar aku ke jalan yg aku kenal.Serius aku kesian giler kat Edi, aku nyusahkan die sampai nak kene tunjuk jalan balik, time tu dah pukul 3.30 lebih dah,tapi dia sporting, muke die mmg muke penat yg amat dah, tp dia tlg jugak tunjukkan jalan untuk aku.

Sampai ke simpang LRT Gombak, aku cakap kat dia aku cam jalan dah.Ni jalan aku selalu lalu, so mmg aku kenal la.Kesian dia, tu nak balik mane pulak dah pagi2 buta macam ni tak tawu lah.Bila ditanya, jawabnya , "alah..ni kawasan aku.tawu la aku nak lepak mana" . Pergh..abam kawasan tuh..hehe

Aku pun pecutla balik UIA dan sampai dalam kul 4 tadi.Rehat jap, bagi makan kucing, pastu terus update blog.Nak diikutkan mmg penat giler dah, tp tanggungjawab sebagai blogger tetap dilaksanakan jua.Amboih...

Nak kene tido jgak, esok(hari ni) ada Iftar dengan geng Blogger pulak kat Time Square.Amboi die, buzy mengalahkan Pok Jib.Hahhaa.. Apapun, kepada Edi Pudi, Adieka, dengan Symbian@Nazrin, thanks sbb sudi luangkan masa berkumpul ramai-ramai.InsyaAllah ada masa kita jumpa lagi dalam occasion lain pulak.Dan kepada Edi, thanks sgt-sgt sbb temankan aku balik.Kalau ko takde, ntah aku sampai Kedah dah kot..hahaha..

NI hah, aku taruk sikit gambar-gambar tadi : 

Symbian sedang test Samsung SII si Adieka
Gosok ape tu Edi :p
Jam baru kul 6.45, makanan dah terhidang ==''
Sape la amik gambar aku muke noob semacam je :'(
Berbuka tepi jalan la best, kata Edi
Dah kenyang perut, capab la kejap :D
Time ni Edi tetiber ketawa x berhenti.Punca masih belum dikenalpasti
Dah habis tengok movie, rehat jap sebelum bertolak pulang


Friday, August 26, 2011

[Edisi Syawal] Layak Ke Kita Sambut Hari Raya ?

Assalamualaikum wbt.. 



Alhamdulillah..Setelah hampir sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan yg mulia ni, akhirnya Hari Raya hampir tiba.Konfem lah masing-masing dah memulakan preparation untuk raya ni.Segala macam la perlu diselesaikan, langsir baru, tv baru, baju baru, kasut baru, tak kurang jugak henfon baru (macam aku) dan laptop baru.Semuanya menggunakan alasan raya.

Tak pe lah, bagi yg mampu tu, biarlah kat diorang kan.Selagi mana tidak menyusahkan diri sendiri , beli la ape pun.Cuma satu je yg kita kadangkala terlepas pandang.Biasalah kan, nama pun manusia, datang dari kata dasar bahasa Arab 'nasiya' yg bermaksud lupa dan lalai.Hari Raya Aidilfitri ni sebenarnya adalah hadiah dari Allah SWT kepada hambaNya yg BERJAYA menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan ni dengan sempurna.

So, tanya diri sendiri, adakah kita dah tunaikan ibadah puasa kita dengan sempurna ? Sudahkah kita tinggalkan segala tabiat buruk dan maksiat yg sering dilakukan ? Adakah kita menjadi semakin baik dan beriman hasil didikan madrasah Ramadhan ni ? Atau sama saja seperti dulu, malah lebih teruk ? 

Rugilah kita jika bulan Ramadhan ni berlalu begitu saja tanpa meninggalkan kesan positif dalam diri kita.Minggu lepas, aku pergi ke CC di Wangsa Maju, namanya TBun.Rasanya sapa yg duduk dekat-dekat situ kenal la kan.CC paling femes kat Malaysia.Tapi yg sedihnya , dalam tu, ada orang MELAYU ISLAM yg selamber badak je mentekadarah Nasi Ayam depan komputer, tanpa langsung merasa segan dan silu terhadap penganut agama lain yg juga berada di situ terutama bangsa Cina.Aku sebagai MELAYU ISLAM, rasa malu yg amat sgt melihat kejadian tu.Yg sedihnya, penjaga CC tu takde sense plak nak tegur, dibiarkan je diorang tak puasa selamber je.

Itulah masalahnya.Bulan Ramadhan ni dirasakan tiada bezanya seperti bulan yg lain bagi manusia jenis macam ni.Hidup hanya untuk berseronok.Yang peliknya, bila sampai hari Raya , golongan macam ni plak yg excited lebih.Main mercun la, beli baju raya sampai berpuluh2 pasang, menjamu selera tidak kira waktu, solat Raya pun kantoi.Kalaulah diorang tahu Hari Raya ni apa tujuannya yg sebenar, sure diorang akan rasa malu.Puasa pun tak, ibadah tunggang langgang, tetiba nak sambut Raya lebih-lebih.

So, soal diri kita sendiri, kita berada di golongan yg mana ? Layakkah kita menyambut Hari Raya ? Tepuk dada, tanya Iman.Aku harap kita termasuk dalam golongan yg mendapat rahmat dan inayah dari Allah SWT di bulan Ramadhan ni.

Akhirul kalam, aku selaku pemilik blog TintaPenaku.com ingin mengucapkan , Selamat Hari Raya Aidilfitri , buat semua ummat Islam, khususnya pembaca setia dan pengikut setia blog aku ni, dan aku juga ingin sangat memohon infinity kemaafan , jika sekiranya ada penulisan aku yg menyinggung perasaan sesiapa.Ketahuilah bahawa kita semua manusia ,tidak lari dari membuat kekhilafan.Halalkan duit CHurp-CHurp dan Says.my yg aku dapat hasil kunjungan korang ke blog ni, dan semoga Ramadhan kali ni membawa seribu satu erti dalam hidup kita sebagai umat Islam.

Kalau ada sesiapa yg tetiba rasa nak beraya kat rumah aku, sila-sila lah ye datang ke :

429, Taman Siswa 2, Lorong Siswa 2/1,
06000 Jitra, 
Kedah Darul Aman.

no tel : sila mesej fb aku kat sini : Farhan Al-Jitrawi

* Aku ada di rumah bermula Raya ke - 2 sampai raya ke 5 je.Kalau nak datang, inform awal-awal.Bawak la kawan-kawan sekali datang rumah.Tu pun kalau sudi la.Aku tiap-tiap tahun raya biasa-biasa je, tak de sape sgt nak datang beraya.hehe..

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D

Thursday, August 4, 2011

[Edisi Ramadhan] Ar-Rayan - Ganjaran Bagi Orang Yang Berpuasa

Assalamualaikum wbt.. 



Kita sebagai manusia yang diciptakan sebagai khalifah di muka Bumi ni, dijadikan dengan pelbagai fitrah.Salah satu fitrah adalah perasaan ingin dihargai dan diiktiraf.Jangan risau sekiranya korang ada perasaan ni.Tu tandanya korang normal.Perasaan ini tak sama dengan bajet femes, bajet hot, dan sikap mazmumah yg lain.Perasaan ingin diiktiraf dan ingin dihargai ni merupakan salah satu dari sumber hidayah manusia.Melalui perasaan ini, manusia terdorong untuk melakukan ibadah dengan lebih tekun kerana ingin diiktiraf oleh Allah SWT.

So, sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ni, aku nak kongsikan satu perkara yg mana kita sebagai orang Islam yg berpuasa akan merasa bangga dan diiktiraf.Mari sama-sama kita hayati dan tadabbur hadis berikut buat seketika :

Rasulullah Saw. bersabda: "Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang dinamakan pintu 'al-Rayan' yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa. Ditanyakan (oleh pintu tersebut): 'Di manakah orang-orang yang berpuasa?' Maka mereka pun masuk dari pintu tersebut. Setelah semua orang yang berpuasa memasukinya, pintu itu pun ditutup dan tak akan ada lagi yang masuk melaluinya." (HR. Muslim, dari Sahl Ibn Sa'd).


See ? Orang yang berpuasa dengan sempurna ni akan diiktiraf oleh Maha Pencipta , dan disediakan pintu KHAS untuk masuk syurga nanti.Ketahuilah korang bahawa syurga ada banyak pintu.Dan ada satu pintu tu KHAS hanya untuk orang berpuasa !!

Korang bayangkan nak pergi stadium nak tengok perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan MU ke, Chelsea ke, kemudian pihak stadium tu mengkhaskan satu pintu masuk tu KHAS untuk korang je.Apa korang rasa ? Rasa bangga kan ? Rasa macam "wah, bangganya aku..pintu ni khas untuk aku sorang je..orang lain semua masuk pintu biasa je" kan ?

Haa..sama la macam pintu Syurga yg dinamakan Al-Rayan ni.Hanya khas untuk orang berpuasa.Allah SWT menyediakan semua ini untuk menunjukkan betapa tingginya darjat orang yg berpuasa ni disisi-Nya.Bukan calang-calang orang la yg akan dapat penghormatan dari Maha Pencipta ni.Tak kan kita tak nak kot penghormatan sedemikian rupa ? 

Apa best sangat penghormatan daripada manusia biasa jika nak dibandingkan dengan Allah SWT , Tuhan sekalian alam ni kan ? Seolah-olah korang terima pujian dari kawan biasa atau korang terima pujian dari ustaz ke, dari guru besar ke.Mesti korang akan rasa lebih happy jika mendapat pujian dari orang yg lebih tinggi pangkat dan darjatnya.

So , kalau korang nak dapat penghormatan yg besar ni, apa lagi tunggu ? Berpuasalah dengan tekun dan kerjakan amal ibadat dengan sebaiknya kerana di bulan Ramadhan ni, pahala ibadah sunat akan dinaiktaraf bersamaan dengan pahala  ibadah wajib, manakala pahala ibadah wajib akan berlipat kaliganda.Tambah pulak kalau korang dapat malam LailatulQadar , masya'Allah, Subhanallah  , tak terhitung ganjarannya.

So, mari kita sama-sama penuhkan bulan yang mulia ini dengan amal ibadah.Jangan liat sangat nak solat tarawikh.Kalau rasa malas sangat , mula slow-slow dengan 8 rakaat.Bila dah dapat istiqamah , up sampai 20 plak.InsyaAllah kita semua boleh kerana Allah SWT tak akan bebankan dengan sesuatu yg kita tak mampu.

Salam Ramadhan wahai pembaca-pembacaku yg diraikan sekalian.Semoga kita dirahmati Allah SWT.

INFO - Syurga juga mempunyai pintu khas untuk manusia yg rajin bersedeqah, yang rajin solat, yang giat berjihad, dan sebagainya

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D