Showing posts with label bulan ramadhan. Show all posts
Showing posts with label bulan ramadhan. Show all posts

Friday, August 26, 2011

[Edisi Syawal] Layak Ke Kita Sambut Hari Raya ?

Assalamualaikum wbt.. 



Alhamdulillah..Setelah hampir sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan yg mulia ni, akhirnya Hari Raya hampir tiba.Konfem lah masing-masing dah memulakan preparation untuk raya ni.Segala macam la perlu diselesaikan, langsir baru, tv baru, baju baru, kasut baru, tak kurang jugak henfon baru (macam aku) dan laptop baru.Semuanya menggunakan alasan raya.

Tak pe lah, bagi yg mampu tu, biarlah kat diorang kan.Selagi mana tidak menyusahkan diri sendiri , beli la ape pun.Cuma satu je yg kita kadangkala terlepas pandang.Biasalah kan, nama pun manusia, datang dari kata dasar bahasa Arab 'nasiya' yg bermaksud lupa dan lalai.Hari Raya Aidilfitri ni sebenarnya adalah hadiah dari Allah SWT kepada hambaNya yg BERJAYA menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan ni dengan sempurna.

So, tanya diri sendiri, adakah kita dah tunaikan ibadah puasa kita dengan sempurna ? Sudahkah kita tinggalkan segala tabiat buruk dan maksiat yg sering dilakukan ? Adakah kita menjadi semakin baik dan beriman hasil didikan madrasah Ramadhan ni ? Atau sama saja seperti dulu, malah lebih teruk ? 

Rugilah kita jika bulan Ramadhan ni berlalu begitu saja tanpa meninggalkan kesan positif dalam diri kita.Minggu lepas, aku pergi ke CC di Wangsa Maju, namanya TBun.Rasanya sapa yg duduk dekat-dekat situ kenal la kan.CC paling femes kat Malaysia.Tapi yg sedihnya , dalam tu, ada orang MELAYU ISLAM yg selamber badak je mentekadarah Nasi Ayam depan komputer, tanpa langsung merasa segan dan silu terhadap penganut agama lain yg juga berada di situ terutama bangsa Cina.Aku sebagai MELAYU ISLAM, rasa malu yg amat sgt melihat kejadian tu.Yg sedihnya, penjaga CC tu takde sense plak nak tegur, dibiarkan je diorang tak puasa selamber je.

Itulah masalahnya.Bulan Ramadhan ni dirasakan tiada bezanya seperti bulan yg lain bagi manusia jenis macam ni.Hidup hanya untuk berseronok.Yang peliknya, bila sampai hari Raya , golongan macam ni plak yg excited lebih.Main mercun la, beli baju raya sampai berpuluh2 pasang, menjamu selera tidak kira waktu, solat Raya pun kantoi.Kalaulah diorang tahu Hari Raya ni apa tujuannya yg sebenar, sure diorang akan rasa malu.Puasa pun tak, ibadah tunggang langgang, tetiba nak sambut Raya lebih-lebih.

So, soal diri kita sendiri, kita berada di golongan yg mana ? Layakkah kita menyambut Hari Raya ? Tepuk dada, tanya Iman.Aku harap kita termasuk dalam golongan yg mendapat rahmat dan inayah dari Allah SWT di bulan Ramadhan ni.

Akhirul kalam, aku selaku pemilik blog TintaPenaku.com ingin mengucapkan , Selamat Hari Raya Aidilfitri , buat semua ummat Islam, khususnya pembaca setia dan pengikut setia blog aku ni, dan aku juga ingin sangat memohon infinity kemaafan , jika sekiranya ada penulisan aku yg menyinggung perasaan sesiapa.Ketahuilah bahawa kita semua manusia ,tidak lari dari membuat kekhilafan.Halalkan duit CHurp-CHurp dan Says.my yg aku dapat hasil kunjungan korang ke blog ni, dan semoga Ramadhan kali ni membawa seribu satu erti dalam hidup kita sebagai umat Islam.

Kalau ada sesiapa yg tetiba rasa nak beraya kat rumah aku, sila-sila lah ye datang ke :

429, Taman Siswa 2, Lorong Siswa 2/1,
06000 Jitra, 
Kedah Darul Aman.

no tel : sila mesej fb aku kat sini : Farhan Al-Jitrawi

* Aku ada di rumah bermula Raya ke - 2 sampai raya ke 5 je.Kalau nak datang, inform awal-awal.Bawak la kawan-kawan sekali datang rumah.Tu pun kalau sudi la.Aku tiap-tiap tahun raya biasa-biasa je, tak de sape sgt nak datang beraya.hehe..

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D

Thursday, August 4, 2011

[Edisi Ramadhan] Ar-Rayan - Ganjaran Bagi Orang Yang Berpuasa

Assalamualaikum wbt.. 



Kita sebagai manusia yang diciptakan sebagai khalifah di muka Bumi ni, dijadikan dengan pelbagai fitrah.Salah satu fitrah adalah perasaan ingin dihargai dan diiktiraf.Jangan risau sekiranya korang ada perasaan ni.Tu tandanya korang normal.Perasaan ini tak sama dengan bajet femes, bajet hot, dan sikap mazmumah yg lain.Perasaan ingin diiktiraf dan ingin dihargai ni merupakan salah satu dari sumber hidayah manusia.Melalui perasaan ini, manusia terdorong untuk melakukan ibadah dengan lebih tekun kerana ingin diiktiraf oleh Allah SWT.

So, sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ni, aku nak kongsikan satu perkara yg mana kita sebagai orang Islam yg berpuasa akan merasa bangga dan diiktiraf.Mari sama-sama kita hayati dan tadabbur hadis berikut buat seketika :

Rasulullah Saw. bersabda: "Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang dinamakan pintu 'al-Rayan' yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa. Ditanyakan (oleh pintu tersebut): 'Di manakah orang-orang yang berpuasa?' Maka mereka pun masuk dari pintu tersebut. Setelah semua orang yang berpuasa memasukinya, pintu itu pun ditutup dan tak akan ada lagi yang masuk melaluinya." (HR. Muslim, dari Sahl Ibn Sa'd).


See ? Orang yang berpuasa dengan sempurna ni akan diiktiraf oleh Maha Pencipta , dan disediakan pintu KHAS untuk masuk syurga nanti.Ketahuilah korang bahawa syurga ada banyak pintu.Dan ada satu pintu tu KHAS hanya untuk orang berpuasa !!

Korang bayangkan nak pergi stadium nak tengok perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan MU ke, Chelsea ke, kemudian pihak stadium tu mengkhaskan satu pintu masuk tu KHAS untuk korang je.Apa korang rasa ? Rasa bangga kan ? Rasa macam "wah, bangganya aku..pintu ni khas untuk aku sorang je..orang lain semua masuk pintu biasa je" kan ?

Haa..sama la macam pintu Syurga yg dinamakan Al-Rayan ni.Hanya khas untuk orang berpuasa.Allah SWT menyediakan semua ini untuk menunjukkan betapa tingginya darjat orang yg berpuasa ni disisi-Nya.Bukan calang-calang orang la yg akan dapat penghormatan dari Maha Pencipta ni.Tak kan kita tak nak kot penghormatan sedemikian rupa ? 

Apa best sangat penghormatan daripada manusia biasa jika nak dibandingkan dengan Allah SWT , Tuhan sekalian alam ni kan ? Seolah-olah korang terima pujian dari kawan biasa atau korang terima pujian dari ustaz ke, dari guru besar ke.Mesti korang akan rasa lebih happy jika mendapat pujian dari orang yg lebih tinggi pangkat dan darjatnya.

So , kalau korang nak dapat penghormatan yg besar ni, apa lagi tunggu ? Berpuasalah dengan tekun dan kerjakan amal ibadat dengan sebaiknya kerana di bulan Ramadhan ni, pahala ibadah sunat akan dinaiktaraf bersamaan dengan pahala  ibadah wajib, manakala pahala ibadah wajib akan berlipat kaliganda.Tambah pulak kalau korang dapat malam LailatulQadar , masya'Allah, Subhanallah  , tak terhitung ganjarannya.

So, mari kita sama-sama penuhkan bulan yang mulia ini dengan amal ibadah.Jangan liat sangat nak solat tarawikh.Kalau rasa malas sangat , mula slow-slow dengan 8 rakaat.Bila dah dapat istiqamah , up sampai 20 plak.InsyaAllah kita semua boleh kerana Allah SWT tak akan bebankan dengan sesuatu yg kita tak mampu.

Salam Ramadhan wahai pembaca-pembacaku yg diraikan sekalian.Semoga kita dirahmati Allah SWT.

INFO - Syurga juga mempunyai pintu khas untuk manusia yg rajin bersedeqah, yang rajin solat, yang giat berjihad, dan sebagainya

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D