Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Friday, November 4, 2011

TintaPenaku Join Contest 'Gadget Impian' Anjuran DenaiHati.com

Assalamualaikum wbt..

Buat julung kalinya, aku menjoin contest yg dianjurkan oleh blogger lain.Tapi blogger ni bukan calang-calang.Ini blog denaihati.com beb !! Blog yg dikatakan mampu menjana beriban-riban melalui Nuffnang.Huh..Hebat hebat..

Kali ni, encik denaihati.com menganjurkan contest ni bertujuan :

Matlamat contest ini adalah untuk membantu Rakan Blogger memiliki Gadget Impian yang selama ini ingin dimiliki tetapi masih belum tercapai.


Syarat-syarat untuk menyertai :

ARAHAN PENDAFTARAN PESERTA CONTEST GADGET IMPIAN
  1. Blog mesti berdaftar dengan membuat satu entri ringkas menyatakan hasrat untuk menyertai Contest Gadget Impian.
  2. Tinggalkan komen “Saya menyertai contest Gadget Impian” dan letakan link entri tersebut diruangan commentLuv.
  3. Blog MESTI pasang button RETWEET, FB like dan GOOGLE +1 sebelum buat entri pendaftaran.
  4. Letakan ayat berikut diakhir entri “Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.comditaja bersama oleh Eizil.comAnarm.neteQurban.comSilver Asia Sdn Bhd,Kedai Kak Siti dan Serverfreak
  5. Tarikh tutup pendaftaran contest Gadget Impian pada 11.59pm, 9/11/2011.
  6. Pendaftaran terbuka kepada semua pembaca setia blog Denaihati 1Dunia.
  7. Peserta digalakkan memasang plugin/widget “Waktu Solat” dimana-mana lokasi dalam blog. (bukan syarat wajib).

So aku hope sangat aku dipilih oleh encik denaihati.com sebab aku nak sangat-sangat gadget ni :


Xperia Arc !!

Reason kenapa aku still tak dapat handset ni : Duit asyik habis bayar bil wimax.Huhuh...sedihnyer..

“Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.comAnarm.neteQurban.comSilver Asia Sdn Bhd,Kedai Kak Siti dan Serverfreak

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D

Saturday, July 23, 2011

Keputusan Pemenang Contest Teka - Teki Tinta Penaku !!

Assalamualaikum wbt..



Ya,, tepat pukul 10:00 pm tadi (GMT 8+) , maka telah tamatlah Contest Teka-Teki anjuran blog aku iaitu Tinta Penaku.Aku saje la buat contest ni.Aku tengah mood exam.So, malas nak udpate entry.So aku buat la contest ni.

Maka, dengan ini, diumumkan pemenangnya adalah seperti berikut :

Tempat Pertama (Topup Rm10) - Wan Norfazilah

Tempat Kedua (Topup Rm5) - Pejuang Cinta

Tempat Ketiga (Review Blog) - Eza Elhanis

*Pemenang dikira dari penyertaan terawal dan jawapan betul dan tepat paling banyak .

Tahniah diucapkan kepada yang menang dan thanks kepada semua yg join walaupun ada 9 orang je join.Aku sedar,aku tak femes.So syukur la ade gak orang join.hehe..Maybe sebab hadiah ciput kot..hehe..Ni baru test..InsyaAllah lepas ni hadiah lebih gempak.

PERHATIAN KEPADA PEMENANG !!

Kepada Pemenang, Sila Check Shoutbox masing-masing.Aku ada bagi hint.Sila mesej aku di Facebook aku dan nyatakan bahawa anda pemenang.Untuk pemenang topup, sila sertakan no HP anda untuk aku topupkan.Ni facebook aku - Farhan Al-Jitrawi . Kalau belum add, sila add dan inform aku bahwa korang adalah pemenang.Takut aku tak approve plak nanti.

*Hadiah Akan Diberi Selepas 27 Hb Julai ni.Sebab aku tengah exam :D

Di sini, aku sertakan jawapan kepada teka-teki yg aku bagi dalam contest kelmarin :


1) Ikan apa berbadan dua ?

Jawapan : Ikan masin atau ikan kering kerana ianya dibelah dua dan dijemur di bawah matahari.

2) Ikan apa berbadan empat ?

Jawapan : Ikan masin/kering di depan cermin.Hahahaha.. :D

3) Perkataan 'KATAK' diterbalikkan akan jadi 'KATAK' jugak.Tapi kalau KOPIditerbalikkan ??

Jawapan : Tumpah

4) Ada apa di antara 'langit dan bumi' ??

Jawapan : huruf 'dan'

5) Dimanakah gurun  yg mempunyai tanaman yang subur ??

Jawapan : Gurun , Kedah Darul Aman.

6) "Rumah di bawah,tiang di atas" <--- Apakah ini ??

Jawapan : Kubur

7) Pembuatnya tak nak guna, pembelinya tak dapat gunanya, pengunanya pulak tak nampak ia.Apakah ia ??

Jawapan : Keranda

8) Seorang PM di sebuah negara, hanya kelihatan di waktu petang dan malam je, tidak di waktu pagi.Kenapa jadi macam tu ??

Jawapan : Sebab dia PM.Kalau dia AM, baru la ada di waktu pagi :D

9) Ada seekor singa yg amat garang sekali di sebuah zoo.Ada seorang ayah dan anak di depan kandang singa neh.Si ayah cuba mengacah singa tu.Singa tu mengaum dengan begitu garang .Tapi bila si anak mengacah singa tu pula, singa tu kelihatan amat jinak.. Kenapa singa tu jadi macam tu ???

Jawapan : Sebab singa tu 'garang sekali' saja.So bila anak dia acah plak, singa tu dah tak jadi garang. :D

10) (Soalan paling susah :D ) Ada seorang makmum ni, dia masuk dalam satu jemaah yg sedang solat.Setelah dia habis solat, didapati dia telah duduk tahiyyat (awal dan akhir) sebanyak 4 kali.Bagaimanakah keadaan ini terjadi ??

Jawapan : Makmum tu masbuk, dia masuk ketika jemaah sedang duduk tahiyyat awal Solat Maghrib.So, rakaat tu tidak dikira untuknya kerana dia tidak sempat rukuk bersama imam.Tapi dia dah duduk tahiyyat awal bersama jemaah.Kemudian dia duduk tahiyyat akhir pula.Setelah jemaah dah memberi salam, dia perlu bangun dan menyempurnakan 2 rakaat lagi dimana dalam 2 rakaat tu ada tahiyyat awal dan akhir.So, jumlah tahiyyat kesemuanya adalah 4.

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D

Friday, July 22, 2011

Contest Teka-Teki , Jawab dan Menang Hadiah Menarik !!!!

Assalamualaikum wbt..



Memandangkan aku dalam mood exam (25-27) hb Julai ni , so otak aku blank nak update entry ape.So, kali ni, aku nak ajak korang layan aku jap jawab soalan teka-teki ni..Ni bukan giveaway, bukan segmen ben, bukan sesi menternak lemak, atau apa-apa saja yg korang familiar, just suka-suka je.

Apa Hadiahnya ?? 

*Pemenang dikira dari penyertaan terawal dan jawapan betul paling banyak .
*Contest bermula hari ni sehingga pukul 10pm esok (Sabtu) . 
*Kalau penyertaan kurang dari 8 orang, aku batalkan saja.Biasa la,aku bukannya femes.Takut gak xde sape nak join.
*Tak payah buat entry mengarut pasal contest ni, just jawab kat ruangan komen di bawah je.Make sure korang masukkan link blog korang,supaya aku bleh contact.Kalau jadi anonymous,maaflah ye..Penyertaan anda terbatal.
*Make sure aku bleh contact korang.

Tempat Pertama   : Topup Rm10 (Semua Telco)
Tempat Kedua      : Topup Rm5 (Semua Telco)
Tempat Ketiga      : Aku review blog dia .

Jawapan tidaklah berdasarkan fakta semata-mata.Jawapan yg mengarut tapi logik juga diterima.Tapi,jawapan adalah berdasarkan jawapan aku la. :D

1) Ikan apa berbadan dua ?

2) Ikan apa berbadan empat ?

3) Perkataan 'KATAK' diterbalikkan akan jadi 'KATAK' jugak.Tapi kalau KOPI diterbalikkan ??

4) Ada apa di antara 'langit dan bumi' ??

5) Dimanakah gurun  yg mempunyai tanaman yang subur ??

6) "Rumah di bawah,tiang di atas" <--- Apakah ini ??

7) Pembuatnya tak nak guna, pembelinya tak dapat gunanya, pengunanya pulak tak nampak ia.Apakah ia ??

8) Seorang PM di sebuah negara, hanya kelihatan di waktu petang dan malam je, tidak di waktu pagi.Kenapa jadi macam tu ??

9) Ada seekor singa yg amat garang sekali di sebuah zoo.Ada seorang ayah dan anak di depan kandang singa neh.Si ayah cuba mengacah singa tu.Singa tu mengaum dengan begitu garang .Tapi bila si anak mengacah singa tu pula, singa tu kelihatan amat jinak.. Kenapa singa tu jadi macam tu ???

10) (Soalan paling susah :D ) Ada seorang makmum ni, dia masuk dalam satu jemaah yg sedang solat.Setelah dia habis solat, didapati dia telah duduk tahiyyat (awal dan akhir) sebanyak 4 kali.Bagaimanakah keadaan ini terjadi ??

Wednesday, June 22, 2011

WoRdLeSs WeDnEsDaY

Assalamualaikum wbt..

Nak tukar baru ke tak ?? ==''

Thursday, April 28, 2011

Aku Nak Jadi Voters Tetap Korang !!

Iklan - Guwa mau mohon jasa baik korang untuk vote header guwa yg x seberapa kat atas tu..header ni guwa pertaruhkan untuk contest Picture of the Year Anjuran DiGi..So,rajin2 la vote ye..Klik ikon di atas entry ni untuk vote..tiap2 hari vote tau :D Jasamu dikenang selamanya ! 



 Assalamualaikum wbt :D

Disebabkan hari ni guwa nak bertolak awal ke KL bersama family,so guwa post entry awal2 ye..err.awal ke kalau dah nak malam masuk tengahari ni..hahaha..xpelah..awal la tu :D

Kali ni guwa xnak cakap pasal bende2 marah2 lagi,guwa nak citer pasal ape yg akan selalu blogger2 sebut2 skarang,iaitu ttg DiGi WWWoW Awards tu la..hehe..ops,jangan la tekan pangkah lagi..isk2...rileks la.dulu..bagi guwa habis cakap dulu..

Guwa nak buka cadangan kepada sapa2 yg nak guwa jadi voters tetap dia..,boleh la meletak link kat ruangan komen ni..tapi guwa dah jadi voters tetap kepada kategori bawah ni :

Blogger of The Year - Misz Nadea
Pictures of The Year - Haiqan Namhto
Fave Tech Head - Enchik Nine
Must Follow Personality - Jejaka Terhangat
Top LOL (Humor) - Sufferzine 

So,kategori2 selain dari 5 ni,guwa masih x jadi voters tetap..so kalau korang ade masuk kategori selain dari yg di atas,dan nak guwa jadi voters tetap dia,sila letak link dan nyatakan kategori anda di ruang komen di bawah..penyertaan paling awal sahaja akan guwa pilih bagi setiap kategori..

SYARAT PALING PENTING !!!! - Kena jadi voters tetap guwa jugak bagi kategori Pictures of The Year..Korang kene copy link kat bawah ni dan bookmark..n vote setiap hari kerana guwa juga akan vote setiap hari bagi sesiapa yg berjaya letak link paling awal kat sini...guwa akan jadi voters tetap bagi setiap kategori je.....perlulah JUJUR ye kerana guwa jenis JUJUR..korang nak tipu ,korang punye pasal..tapi dunia akhirat guwa x redha..ok ?


OK tu je untuk entry kali ni..guwa nak p KL dah nie..doakan guwa selamat.Assalamualaikum :D


Monday, April 25, 2011

Jana Pendapatan Dengan Mudah dan Segera !!



Assalamualaikum budak2 cute semua !!

Cewah..baru puji cute sket nak pengsan merah muka dah..hehehe..

Kali ni,aku nak ajak korang join satu website jana pendapatan sampingan berasaskan survey..memang la x lumayan macam yg korang dapat dengan masuk MLM atau perniagaan besar-besaran tu..tapi at least nampak agak untung berbanding letak2 iklan kat blog ni *bagi yang trafik rendah macam aku la =.=''*


So macam mana caranya ???

1.First sekali korang klik kat link di bawah untuk mendaftar

http://my.ipanelonline.com/register.html?inviter_id=634360

Masukkan maklumat diri dan ikut arahan seperti yang diberikan..50 mata akan diberikan untuk anda selepas proses pendaftaran..

Bagaimana memperoleh mata ganjaran ??

1.Korang akan dapat 100 mata setiap kali ada orang lain yg mendaftar di bawah anda..

Maklumat : 100 mata = Rm1

2.Jawab soalan survey yang akan dihantar kepada anda dari semasa ke semasa .

p/s = urusan pembayaran hanya dilakukan dalam matawang PayPal , tapi jika anda mempunyai akaun PayPal, anda boleh connect dengan bank anda yg biasa seperti RhB,Bsn,Maybank,dsb..

2.Mendaftar akaun PayPal.

Apa itu PayPal ?

PayPal ni boleh dikatakan satu akaun di alam siber,macam akaun bank jugak la,tapi ianya boleh ditukarkan ke matawang asing dengan mudah..kebanyakkan perniagaan online menggunakan PayPal untuk memudahkan urusan pembayaran dan pembelian..Katakanlah kita menggunakan MYR iaitu Malaysia Ringgit,maka nilai dalam akaun PayPal kita tu akan ditukarkan ke matawang MYR..n kalau kita nak beli barang dari luar negara yg menggunakan matawang asing,PayPal ni boleh menukarkan matawang di sana dgn matawang MYR dengan mudah..

Bagaimana nak daftar akaun PayPal ?

Korang leh klik link di bawah dan ikut arahan seterusnya..

https://www.paypal.com

*Rm10 akan ditolak dari baki akaun bank anda atau kad kredit untuk urusan pembukaan akaun PayPal

So apa tunggu lagi ?? Lagi ramai yang korang ajak kawan2 join/jawab survey,lebih lumayan yang anda dapat !!

Aku share ni saja la nak tolong sesapa yg nak jana side income tapi xtau cara atau saluran yang betul..so jangan ragu2 lagi,daftarlah dengan kami sekarang !!

Sunday, April 24, 2011

60 blogger dicari



Assalamualaikum semua..

Kali ni aku buat entry sebab nak join bloglist blogge Chegu Zubir..

Antara sebab aku nak join adalah :

*bila blog aku ada dalam bloglist,senang dia nak terjah baca entry aku
*nak promote blog
*nak sebarkan penulisan aku :D

Thursday, April 21, 2011

MO NAK BAGI HADIAH.HANYA BUAT ENTRI "AKU INGIN BERUBAH"


Assalamualaikum semua hamba Allah sekalian.. :D kaifahalukum ?? khair au lak ? chewah speaking arab lak aku pagi2 neh..

Ok,aku nak bagitau ampa semua yg aku dah join satu contest yg bagus,dari senior aku dalam Kami Blogger Utagha,iaitu Kak Muslimah Optimis...erk..bukan2.tu bukan nama dia la..nama dalam blogger je la =.=''

Contest tu diberi nama "Aku Ingin Berubah"

Pergh nama mantobbb..Contest macam ni la yg patut ramai blogger buat..bukan contect kami cute ka,kami cun ka, yg duk mengarut x habis2 tu..haha..

Syarat2 Pertandingan Adalah Seperti banner kat bawah nie..malas aku nak taip.so ampa baca je la noh..pastu kalau nak join,klik je banner tu.. :D


OK aku nak mula dah neh..sat2 nak mengimbau kembali kisah lama...hurm..banyak jugak yg aku dah berubah ni..tapi nak kena berubah balik...

ENTRY NI SANGAT PANJANG.JANGAN BACA KALAU X MAMPU BACA SAMPAI HABIS

p/s : aku xdak niat nak riak langsung dalam penulisan selepas ni,cuma nak menggambarkan betapa aku dah jauh berubah dari kehidupan aku dulu..

Aku dulu sekolah rendah biasa ja,sekolah kebangsaan macam ramai bebudak2 yg lain kat Malaysia neh...cuma,aku ni jenis x kawan dengan perempuan..x kawan langsung..ada dua faktor,first aku segan,second sbb aku mmg x biasa bergaul dgn gurl2 ni..kawasan kejiranan aku pun xdak gurl yg hampir sama umur dgn aku,yg ada kecik sgt atau besaq sgt ja..so aku x biasa kawan dgn gurl..

Lepas UPSR,aku dapat tawaran p SM Sains Alam Shah,Putrajaya,tapi mak n ayah aku x bagi p,sbb aku dapat tawaran p SMK Agama Kedah,tempat abg aku duk belajaq..mak n ayah aku nak aku ada asas pendidikan agama yg kuat dulu,baru depa lepas aku p mengaji jauh2..Aku akur sbb aku pun takut lagi nak p belajar jauh2 dalam usia yg muda neh..

Di SMK Agama Kedah,aku belajaq macam2 ttg agama dengan lebih mendalam..aku belajaq cara ikat serban,menghafal surah2 panjang2,sbb mmg aku minat hafal surah2 dari skolah rendah lagi..selalu masuk hafazan..Aku pun mula kenal apa tu usrah,aku leh belajaq bahasa arab,bahasa Quran..

Kehidupan aku dalam tingkatan 1 sehingga tingkatan 3 amat best..aku rasa tenang di skolah ni..aku diserap masuk dalam Usrah Kepimpinan,untuk latih bakal2 naqib untuk manage group2 Usrah nanti..kawan2 lain best2 je main petang2,aku n kawan2 seusrah kepimpinan tu tiap2 petang je ada usrah,dalam seminggu tu maybe ada 2 hari je kot yg kami leh main petang2..aku rapat ngan abang2 Kepimpinan skolah ,abang2 pengawas n abang2 Exco badan dakwah kat skolah aku..

So aku sedikit demi sedikit agak terkawal dari buat kesalahan2 disiplin nih..aku still x kawan dgn gurl kat skolah ni..sangka aku,budak2 perempuan skolah agama ni,mesti suma baik2..tapi rupanya ada gak yg x ok,so aku x berminat nak kawan dgn gurl2 nie..dalam Tingakatan 3,baru aku kawan2 sket dgn budak prempuan ni..tu pun atas urusan2 tertentu je..bila cakap ngan gurl,aku akan tengok tempat lain,telinga jadi merah.aku mmg pemalu yg amat2 dgn gurl..sampai aku n kawan baik aku,hasif,juga pemalu dgn gurl,kami digelar anti-pompuan..adeh..ada juga ke gelaran macam tu ??

Masuk Tingkatan 4,aku berubah sedikit demi sedikit,aku x sure sebab apa..mungkin sbb aku semakin dewasa,so pemikiran aku berubah sket2..atau kerana kawan2 rapat aku,semuanya pindah skolah..bacth aku time tu,yg dapat 9A dalam PMR,lelaki ada 19,18 daripada tu semuanya pindah skolah..aku sorang je x pindah..even aku dapat tawaran,tapi aku rasa syg sgt2 skolah aku ni..so aku stay..dan ramai kawan2 baru masuk..namun mereka x seperti kawan2 aku yg pindah tu..so aku xde sape2 yg nak rapat dan luah masalah macam dulu..

Mmg la still ade yg baik dan alim,cuma,semua dari kelas lain..susah gak aku nak masuk..n start dari Tingkatan 4,aku banyak join program2 kepimpinan..mula dari Kem pemilihan tokoh pelajar peringkat negeri,aku p sana,asalnya xtau program apa,tapi dah 2 hari dalam kem tu,aku leh la tangkap sket2 matlamat kem tu..aku jadi penghulu..so kena la interact dgn peserta perempuan jugak,nak handle kem tu..so sedikit demi sedikit rasa segan aku kat gurl tu dah hilang..

Aku terpilih wakil Kedah g kem tokoh pelajar kebangsaan kat Sabah,..kat situ lagi la sosial..buat tarian poco2 campur laki perempuan..even aku cuba mengelak dari cakap n kawan dgn gurl,aku selalu tewas..sbb ramai sgt gurl dalam kem tu,n ade 2-3 gurl junior yg asyik ikut aku p mana ja..rimas la plak..

Habis ja kem tu,aku balik kedah,x sempat aku nak revise subjek2 aku yg ketinggalan,kaunselor aku panggil suruh handle budak2 skolah aku p satu lagi kem kepimpinan,iaitu Nadwah Kepimpinan Islam Negeri Kedah..adeh..penat x habis lagi,nak kena p kem lain plak..ni mesti kena buat2 baik dalam kem ni,dah nama pun kem kepimpinan islam..ni yg aku malas ni (semasa ni pemikiran aku mmg betul2 dah berubah.. :'( )

Aku sorang je kot yg x pakai songkok dalam kem tu..aku mmg malas pakai songkok,nak jaga rambut,bukan nak menunjuk kat orang,tapi aku lebih selesa bila rambut aku terurus..time kem tu,aku asyik tido je time ceramah..tapi time LDK,latihan dalam kumpulan,aku aktif..n last2 sekali,aku dapat peserta terbaik..hahaha..camne leh dapat neh..biarlah..

Lepas tu pun ada kem lagi kaunselor aku sruh g,tapi aku refuse..malas aku nak p..

So lepas abeh beberapa kem,aku betul2 ketinggalan dalam pelajaran..so nak catch up balik tu bukan satu keja senang la..addmath aku awal tahun time f4 dapat 100,lama2 turun,turun dan akhirnya fail final ujung taun..korang leh kata tima form 4 tu zaman kejatuhan aku la..walaupun aku pegang Exco Ibadah dalam badan dakwah time form 4,tapi sikap dan perangai aku dah banyak berubah..ditambah beban dgn 15 jawatan dalam skolah,5 persatuan aku jadi pengerusi,aku betul2 xdak mood nak study..dan asyik sibuk..menybebabkan akhlak aku semakin teruk..JPN lantik jadi ketua pengawas asrama negeri kedah lak,bertambah la beban aku..mmg xde masa nak masuk kelas langsung..

Time form 5,aku terus rebah..asyik ponteng kelas...solat dalam dorm tu dah jadi biasa,ditambah dgn aku x pandai pilih kawan,asyik buat kesalahan disiplin je..aku 5 kali kantoi bawak nset,amat memalukan..padahal aku timbalan ketua pengawas dan timbalan presiden badan dakwah time form 5....aku pernah kena tampar dengan warden sbb kantoi bawak nset n menipu sbb nak lepas diri ... cuma aku x la buat kesalahan disiplin yg berat2 macam merokok,dating dll..aku x pernah tinggal pakai serban setiap malam dari form 1 sampai form 5..yg tu aku happy bila aku teringat..

Even aku still aktif masuk pertandingan,perangai aku terus2 berubah..aku dapat johan ihtifal bahasa arab bahagian kuiz alquran,sampai g kebangsaan..tapi setakat masuk je la,aku xdapat faedah pun dari pertandingan tu.sbb perangai aku dah teruk sgt2..akhirnya SPM aku 6A je..aku sedih sgt2..ramai cikgu terkejut,x kurang jugak yg x terkejut bila diorang tgok sikap aku berubah..yela,diorang expect aku akan mengulangi kejyaan abang aku dpat 12A dulu,tengok2 aku dpat separuh je..xpelah.dah nasib..

Hujung taun form 5 tu,aku isi borang temuduga Darul Quran..tu pun aku main2 ja isi,dah semua orang isi..aku pun isi la..satgi orang kata pelik plak kalau x isi.Ustaz yg latih aku hafazan dari form 1 dulu pun mai jumpa aku sendiri,suruh aku isi...lagipun aku teringat time usrah form 2 dulu,naqib aku suruh minta masuk situ,dia pun lepas form 5 masuk situ..n dia jadi gah di sana..so aku sedikit sebanyak teringin dari dulu la nak masuk,hafal alquran..tapi bila perangai dah jadi teruk macam ni,minat tu pudar la sikit2..

Yang terkejutnya,aku dapat temuduga tu..terkejut la jugak,..4 laki n 8 gurl skolah aku yg layak g temuduga..adeh,..kena g temuduga la plak..so kami pun g la..kena hafal separuh muka dalam sejam,pastu g tasmi' depan Ustaz dari Darul Quran tu,lepas tu kena interview dengan pegawai dari UIAM,sbb program yg aku minta tu Pensijilan DQ-UIA ..bermakna,jika aku masuk dq,aku akan habiskan 30 juzuk dalam masa setahun setengah,dan aku akan dijamin tempat dalam UIA...

Sekali lagi aku terkejut,aku lulus temuduga..2 laki n 2 gurl ja dari skolah aku yg lulus..adeh..kena masuk la ni kiranya ?? aku malas sgt2 nak masuk ni..tapi hati kecilku yg ingin berubah memujuk aku supaya masuk je Darul Quran JAKIM tu..at least aku leh perbaiki diri aku kat sana..mak aku awal2 x sure aku leh survive kat situ,aku faham perasaan mak aku..maybe dia nak aku masuk U terus..tapi aku minta izin mak aku nak duduk situ dulu..nak perbaiki akhlak aku..

Then aku daftar masuk Darul Quran Jakim kat Kuala Kubu Bharu,Selangor..tempat ni mmg sunyi dan aman...hati tenang2 sgt2... suasana kat sana mmg nyaman,aku rasa macam xnak balik je..tapi minggu orientasi kat sana mmg pedih..senior2 kat sana mmg nak tanam dalam diri kami supaya stay kat situ sampai habis..sbb rekod menunjukkan ramai yg keluar lepas dapat result SPm..yela..habis2 SPM je,2 minggu lepas tu terus masuk DQ..kawan2 yg lain syok2 je lepak kat umah,kami kene datang sini hafal quran...so ramai yg x tahan n kuar..

Hidup kat situ mmg sistematik..kena bangun awal,pastu g solat subuh,g kelas tasmi' selam 4 jam,pastu petang tu ade kelas2 sampingan..tapi agak free la kat sana.xde pressure..yang pressure hanyalah hafazan..untuk bacth kami yg amik Pensijilan,kena hafal at least 4-5 muka surat sehari..pergh..korang bayangkanlah,nak hafal 5 muka sehari..nampak macam mustahil kan ?? tapi sebenarnya boleh,kalau dah biasa..so lama2 aku jadi biasa,hafal 6 muka sehari,cuma yg payah bukan nak hafal tu,tapi nak kekalkan tu yg susah...so ade la yg lupa2..

Tapi,yang menyedihkan,akhlak aku x banyak berubah pun masuk sini,aku jadi tertekan..sbb suma kat sini baik2 sgt..aku ni bukan baik pun..minggu awal lagi aku dah kol mak aku nak balik..tapi mak aku pujuk suruh stay2..aku sampai nangis2 beb,..tapi mak aku pujuk suruh stay at least sampai result SPM kuar..so aku stay...tapi aku lebih banyak memerap dalam bilik..kawan2 yg lain selalu g berdiskusi dgn senior2 kat bilik senior..aku suka duk sorang dalam bilik..kat situ,satu bilik hanya 2 orang...so aku ada sorang je la roommate.

Tapi,dia ngan aku bagai langit dan bumi,aku dapat 5A trial n 6A SPM,dia dapat 15A1 trial,dan 14A+ dan 1A biasa dalam SPM..gile kentang,..kalau dia tu bukan budak skolah swasta,sure dia yg jadi pelajar terbaik SPM Malaysia tahun tu..n dia baik sgt..hafazan dia bagus sgt2..dia ingat semua..berbeza dgn aku..aku cuba nak jadi baik jugak dgn g tido kat masjid DQ tiap2 malam,tapi mmg susah nak berubah bila hati dah hitam..

So,lepas dapat result SPM je,aku melangkah kaki meninggalkan Bumi Darul Quran yg tenang dan nyaman,dan mengumpulkan ramai para Tahfiz Al-Quran..jiwa aku tidak dapat menyesuaikan diri di sini..

SO aku balik kedah,bulan 3,bulan 4 aku keje,n bulan 5 aku masuk UIAM...

Di UIAM,sikap aku menjadi2.. solat SUBUH tu mmg leh kata tiap2 hari miss...even kawan aku Khairuddin,kami panggil dia Ustaz,sbb dia baik n alim..dia kejut aku tiap2 hari..tapi aku selalu x bangun..solat pun selalu di akhir waktu..hidup kat U mmg berlainan dari skolah dulu..kalau kat skolah dulu kita akan didenda sbb solat lewat atau bangun lewat,tapi kat U,semuanya bebas..ikut suke korang la nak jadi apepun..asalkan pointer dalam exam tinggi..

Tapi,at least kat UIA ni,akhlak aku stil terjaga..apa yg aku belajar kat skolah agama dulu ada gak efeknya sikit2..at least aku x bergaul bebas dgn gurl..aku berani sumpah,yg aku mmg x kawan sgt dgn gurl kat U ni..sbb tu aku asyik memerap dalam bilik,ngadap laptop,ini satu faktor yg menyebabkan aku mula sirius dalam penulisan blog..aku x join langsung aktiviti kampus,sbb semuanya campur laki n gurl..bebas lak tu..aku takut sgt aku terjebak,so aku banyak mmerap dalm bilik je.dalam kelas pun aku x cakap ngan gurl,lau xcaya korang leh g siasat sume kawan2 aku..

Tapi sikap aku skarang dngan sikap aku form 2 dulu,bagai langit dan bumi..dulu aku x pernah miss solat,semua awal,pakai serban,n cakap ana anta dgn kawan2..tapi sekarang ??? serban aku bawak,tapi duk dalam beg je la..x pakai2 pun..aku nak pakai pun aku rasa x layak dah orang macam aku nak pakai..baru skarang aku faham bila form 2 dulu,aku ajak kawan2 aku pakai,diorang akan kata,"budak jahat macam aku mana leh pakai..ang baik xpala,ang leh pakai"...dulunya aku x faham maksud diorang,tapi skunk aku dah faham sbb aku pun dah macam diorang..

Aku nak sangat berubah jadi baik..tapi setiap kali aku azam nak berubah,azam tu cuma bertahan x sampai sejam...tengok ?? lemah kan aku ni ?? 9 juzuk yg aku hafal kat Darul Quran tu dulu,skrang tinggal x sampai sejuzuk pun..kalau time khutbah,khatib tu ada baca ayat2 yg aku pernah hafal,akan menitislah air mata aku sbb aku ingat2 lupa ayat tu..padahal dulu dah hafal..sejak aku keluar DQ,aku x pernah mengulang juzuk2 yg aku hafal dulu..aku biarkan macam tu je..jiwa aku lemah.aku malas nak mengulang..dalam UIA pun,aku still x berubah..masih macam tu..

Berkaitan gurl,dalam dunia realiti,mmg aku masih pemalu dan segan..aku hanya kawan dalam alam siber je..sbb tu ramai cakap aku di luar dan aku di alam siber ni amat berbeza..mmg la..kat luar aku segan nak sembang,kat fb ke,kat ym ke,aku x segan langsung,sbb x nampak muka..and aku pun dah ade gf..tapi,aku dah fikir masa depan..aku berani bersumpah,aku mmg x main2 bila ada gf ni.aku dah fkirkan ttg masa depan..aku x suka bila org tu suke2 je bertukar2 gf atau bf,macam x serius..diorang ingat kapel2 ni untuk suka2 ke...aku tau kapel tu haram..aku just amik gf sbb aku mmg nak dia yg jadi teman hidup aku..aku tau ramai yg gelak sinis atau mengejek kenyataan aku ni,tapi aku serius..aku dah inform family aku dah pun pasal ni..bagi aku,kalau perkara tu mmg kita nak lakukan dgn ikhlas,apa salahnya beritahu orang lain..supaya x timbul fitnah..n aku mmg nak jaga dia betul2.aku nasihat dia supaya pakai tudung labuh,jgn pakai seluar jeans,n kuar umah tutup semua,termasuk kaki,aku suruh dia pakai stoking bila keluar..maybe ramai gelak,tapi aku x kesah..aku nak dia yg terbaik..ok cukup pasal si dia..

Apa yg aku nak mention kat sini,aku mmg nak berubah jadi baik...aku xmau dah main2 dalam hal ibadah ni..sampai skarang,aku asyik solat lambat je..aku skunk cuti 3 bulan kat umah,sementara nak masuk sem 3 kat UIA..subuh asyik miss je..x larat nak qada dah..malam2 asyik tido lewat je..AlQuran dah jarang aku baca..ape nak jadi aku ni kan..so aku betul2 nak berubah..korang tlg la doakan aku ye,..aku minta sesangat..aku pun akan berusaha ubah diri aku kembali ke jalan lurus..

Aku tulis entry ni x mengharapkan hadiah yg MO janjikan tu,cukuplah sekadar ada yg sudi baca sampai habis..kalaulah entry ni sehelai kertas,korang leh nampak tompok2 air mata aku yg dah menitis bila mengenang balik kehidupan remaja aku yg penuh dosa..aku ingin bertaubat.tapi nafsu dah mengalahkan iman aku..aku nak bangun kembali..pimpinlah tangan aku..bimbinglah aku..sekian..



DULU


SEKARANG

Assalamualaikum..

MOHAMAD FARHAN BIN SHAMSURI,
19,
CFS IIUM 10/11


Monday, April 11, 2011

SEGMEN DIY [Do It Yourself]



Assalamualaikum semua pembaca2...ok kita rehat jap dari cari gaduh..haha..kita masuk contest lak kali ni..

Actually aku x kenal sape yg anjur contest ni,aku ternampak dalam entry cucu aku iaitu SyedGraphix..nampak macam best so aku saje la join..Moh kita jawab semua Soalan2 dia neh..

10 fakta tentang diri saya

1)Saya kuat makan..tapi badan x naik2 jugak..menyebabkan saya x risau makan tanpa henti :D

2)Saya kuat tido tapi jgn sangka org kuat tido tu malas..sebab tiap2 hari keje2 umah saya yg setelkan..dah macam suri rumah da..

3)Saya x suka makanan yg pedas dan ada sayur..so menu tetap saya walau di planet mana pun saya berada, NASI GORENG KAMPUNG + TELUR MATA XNAK SAYUR XNAK PEDAS..wakakaka..

4)Saya minat gadgets dan benda2 techno ni..So bile nampak laptop,camera,mp3,handphone dan apa saja benda2 seumpama ini,saya kan jadi teruja..

5)Saya x minat game langsung..So laptop saya sentiasa laju..wakaka..

6)Saya pemalu yg amat dgn perempuan..dalam dunia maya maybe nampak peramah,hakikatnya di luar saya adalah pemalu tahap kronik. :D

7)Saya seorang yg amat tinggi ego..So x payah la nak bertegang urat leher ngan saya..xdak guna.. :D

8)Saya benci manusia hipokrit..dan amat pantang jumpa manusia yg berlagak hebat :D

9)Saya minat main Rubik's Cube..dan saya main untuk speedcubing..bukan setakat main solve2 je..

10)Saya minat membela ikan dalam akuarium..yela..xkan ikan dalam reban lak kan..wakaka. :D

10 perkara/perkataan yang selalu saya sebut

1)hoho..

2)yela tu..

3)salam..

4)dia ingat dia bagus sgt kot..

5)x hidup pun xpe..

6)sikit pun aku x kesah..

7)err..saye bukan budak jambu :(

8)ikut suka ko lah :nono

9)Kalau x tawu x payah buat macam tawu..

10)saya minta maaf..

10 perkara “pertama kali” dilakukan dalam hidup saya

1)Pertama kali aku naik moto

2)Pertama kali aku dapat number satu dalam kelas

3)Pertama kali aku beli handphone gune duit sendiri

4)Pertama kali aku dapat laptop sendiri

5)Pertama kali x tido semalaman

6)Pertama kali aku masuk U

7)Pertama kali aku solat sunah tasbih (penat giler...)

8)Pertama kali pakai serban

9)Pertama kali aku berblog

10)Pertama kali k_p_l :D

so that's all...hope dia terima je penyertaan aku ni..x menang pun xpe..after all,life is not about to be winner..but to be a faithful servant for GOD..

akhirul kalam,wasalam,

Tuesday, April 5, 2011

Yuyu Zulaikha - Ferrero Random Giveaway


assalamualaikum semua..ni entry kedua menggunakan DOTCOM ye..hehehe..sengal..

ok kali ni aku join satu contest kecik anjuran CIk YUYU ZULAIKHA yg pemes memes ni..aku dah lama dah jadi pembaca setia blog cik yuyu ni..tapi xkan nak guna alasan tu nak menang kot..ada dua sebab aku xleh guna alasan tu...iaitu..:

Excelli mata aku terkebil2 jugak baca entry dia tadi,aku ingatkan Ferrari Random Giveaway..haha..amoih kaya terlebih lak yuyu siap nak bagi keta Ferrari free je..haha..rupa2nya ferrero...ala.. ferrero rocher la..coklat bentuk macam bola yg amat sedap malah amat cemerlang jugak harganya..dia siap nak bagi Ferrero Collection lagi..haa..mahal tu..so aku pun nak..

1)Selain aku,dia ada beribu2 juta pembaca setia dah..haha..
2)Dia buat ni secara random guna www.random.org ..haha..so pyah nak rasuah2..

Blog cik yuyu ni simple je..yg menarik minat org ramai ke blog dia tu,aku rasa semua orang setuju,iaitu kerana entry bliau yg sangat2 santai..bahasa yg lawak sambil sedap dibaca bersama keropok lekor yg beliau dapat free tadi..hehe..

So sapa yg nak join juga,leh klik sini untuk ke blog beliau dan sila buat macam ape yg beliau suruh..gua mau chow dulu..hehe..

wasalam