Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Monday, August 22, 2011

Pelakon/Berlakon Bukan Alasan Untuk Menidakkan Hukum Allah SWT !!

Assalamualaikum wbt.. 



Zaman sekarang ni, segala perkara mungkar , bebas dilakukan , dengan menggunakan pelbagai alasan , dan semuanya tidak munasabah.Si pelaku mempunyai seribu satu alasan untuk tetap menghalalkan perbuatannya yg melanggar syariat Allah SWT.

Kita amik contoh, pelakon filem/drama dan yg sama waktu dengannya.

Korang boleh tonton, dalam filem-filem , pelbagai aksi dan adegan yg sepatutnya tidak boleh dilakukan menurut syarak, selamber badak je diorang buat.Adegan peluk, pegang tangan, tidak memakai tudung, bertatu, mewarnakan rambut, antara laki dan perempuan yg bukan mahram,semuanya seolah-olah sudah menjadi asam garam dalam arena perfileman khususnya di negara kita.Apabila ditegur, senang saja jawapan mereka, "Ini lakonan semata-mata"

Semudah itukah hukum Allah SWT dipermainkan ??

Hanya dengan menggunakan alasan "ini lakonan semata-mata" , maka semua hukum Allah SWT dapat dilanggar macam tu je ? Benarkah ?

Kalau macam tu, kalau lepas ni , ada adegan yg melebih-lebih seperti adegan hubungan seks, maka bila ditanya, mereka akan jawab , "ini lakonan semata-mata", maka terlepaslah mereka dari hukuman.Kalau sampai melahirkan anak hasil aksi 'lakonan' tu pun, anak tu dikira 'anak lakonan semata-mata' ke ??

Ya, itulah masalahnya Melayu Muslim zaman sekarang.Bagi mereka, hukum Allah SWT tu ringan saja.Malah ada yg menggunakan hadis "Sesungguhnya setiap perbuatan tu disertai dengan niat" sebagai alasan.Maka kalau diorang buat aksi-aksi yg menyalahi syarak Islam, tapi niat mereka bukanlah sebenarnya hendak melakukan, hanya kerana lakonan, maka perbuatan mereka tidak berdosa ? 

Tepuk dada, tanya iman.Jangan sampai sekali Allah SWT turunkan bala, habis satu Malaysia ni kena.Yang baik ke, yang jahat ke, semua kena.Semuanya kerana , tidak ada pihak yg berani menentang semua ini secara terang-terangan.Hanya mampu berbisik-bisik sesama sendiri sahaja.Di mana pihak berkuasa agama ? Mengapa adegan-adegan maksiat seperti ni dibiarkan sehingga menjadi satu fenomena yg normal dalam arena perfileman negara kita ? Apakah kalian tidak gentar ketikamana disoal di Mahsyar nanti berkenaan tanggungjawab kalian sebagai penguatkuasa agama ?

Malah , ada yg lebih menyedihkan, ada seorang pelakon tu , ketika ditemuramah, mengatakan, dia meminta emaknya yg juga seorang guru agama supaya mengajarkannya membaca Al-Quran dengan baik, kerana ingin menjiwai watak ustazah dalam sebuah filem.Semuanya kerana LAKONAN !!! Dah la tak pakai tudung , pakaian plak macam orang tak cukup kain, tetapi diberikan watak seorang Muslimah yg alim ?? Pastu mendalami ilmu agama hanya kerana komitmen lakonan semata-mata ??? Na'uzubillahi min zalik..

Ntah la, ape nak jadi orang Melayu Islam ni.Semakin lama aku tengok nak jadi lebih teruk dari orang Kafir sendiri dah..Berdoalah supaya suatu hari nanti, ada pihak yg berani bangun menentang semua ini.Sepatutnya kitalah yg menjadi pihak itu ! Pemuda dan Pemudi Islam !

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D

Monday, May 23, 2011

Kalau Dah Nama Artis , Memang Macam Tu !!

Assalamualaikum wbt..

Kali ni aku nak membebel pasal isu condemn mengondemn ni * eja betul-betul tau =.='' * .. Yelah,aku terbaca isu blogger pemes si Solihin Zubir (SZ )yang tegur artis hot Nur Kasih,Tiz Zaqyah, pasal tudung ni.Aku dah baca tweeter diorang sembang tu,mmg si SZ tegur cukup lembut,kalau aku,mmg aku maki lame dah..

SZ cuma bertanyakan kepada si Tiz tu,dia cakap kenapa hanya bertudung hanya dalam filem,kenapa tidak di dunia sebenar ? Cukup lembut pada kiraan aku la,untuk seorang blogger untuk menegur seorang artis.Namun,korang tawu ape yg di pelakon idola korang tu jawab ?? Lebih kurang macam ni la..

"@Solihin Zubir Mak awak start pakai tudung bila ea ?"

KORANG NAMPAK TAK ???????!!!!!

Terus si artis lahanat tu masuk bab mak terus !! Terus dia terjah si SZ ni.Aku kat sini tak nak kipas sesapa,aku just tak puas aty dengan di Tiz yg terus tanya pasal mak si SZ ni.Korang nampak tak bertapa artis-artis kita sekarang ni ego mengalahkan pegawai kerajaan ?? Tegur sikit,terus melenting.Bodoh betul.

Kepada ARTIS-ARTIS di luar sana !! Aku nak cakap sikit ni, Jadi artis bukan bermaksud SEMPURNA ! At least kalau korang tak suka pun orang tegur korang macam tu,jawab la elok-elok.Jangan terus tunjuk sikap korang yang memang dah sedia buruk tu.Hot betul aku ngan manusia macam ni.

Lepas isu tu,muncul la isu-isu susulan pasal tweet diorang tu.Si kaki kipas artis Tiz tu,apa lagi,serang bertubi-tubi la si SZ ni.Ada dalam kalangan blogger yang pro-Tiz ni,terus up entry maki si SZ ni la.Masalahnya,diorang komen yang tak nampak macam org Islam langsung..

Ada yang cakap SZ tak patut tegur Tiz macam tu,sebab tu isu sensitif. OMG ?? Isu sensitif wak lu !! Ha,aku pun nak naik dah la macam ni.. Maksudnya kita sebagai rakyat biasa ni *yela,kaki kipas ni kan dah anggap artis-artis ni macam Tuhan* , tak boleh tegur langsung la si artis-artis kita ni ?? MAKSUMkah diorang ??? 

Satu lagi yg aku cukup pantang,sebab ada kaitan dengan isu yang aku up sebelum ni.Diorang cakap "TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA" .. YES !! Korang nampak tak bertapa jahilnya orang- orang melayu ISLAM zaman sekarang ???!! Nampak tak ?? Kalau aku cakap diorang jahil sebab tak mengaji agama ,mesti diorang cakap "janganlah maki terus,tegurla baik2,kami xtau bahawa istilah tu tak leh guna" .. What the fish !! Kalau korang dah tak tau penggunaan ayat Quran tu, TAK PAYAH la guna kan ??? Ape ke bengapnya diorang tu .. Beramal tanpa ilmu adalah BODOH..diulang !!! BODOH !!

Kalau korang nak kipas si artis tu pun,biarlah berdasarkan fakta dan ilmu yang betul.Ni tak,korang nak backup dia pun dengan kenyataan yg langsung tak nampak macam datang dari orang ISLAM.Patut la artis-artis zaman sekarang semakin bermaharajela,semua kaki kipas diorang tu jahil rupanya.

Dah la,malas aku nak bebel panjang-panjang. Geleng kepala aku bila baca entry SZ yg cakap si kaki kipas TIZ ni serang dia bertubi-tubi.Sincerely aku pun rasa SZ tak patut tegur Tiz di public macam tu,at least tak payah la korang maki macam-macam.Tiz pun terus masuk isu MAK.Sape tak bengang kan ??


Sekian.Assalamualaikum