Wednesday, June 20, 2012

Tugas Wartawan Adalah MenCARI Berita, Bukan MemBUAT Berita

Assalamualaikum wbt..


Firstly dengan ucapan Alhamdulillah, akhirnya blog aku kembali bernafas.. Hari tue ubah nama blog jap, tapi akhirnya aku kembali ke nama lama iaitu Tinta Penaku dengan URL kembali ke www.tintadaripenaku.blogspot.com , buat sementara waktu sebelum aku renew domain www.tintapenaku.com aku..So hope korang boleh tunggu ye.. :D

Ok so, hari ni aku nak ulas sikit pasal kerjaya wartawan ni.Setahu aku la kan, wartawan ni, sejak diwujudkan kerjaya ni, tugasnya untuk menghebahkan berita kan ?? Tak pernah la pulak aku dengar tugas wartawan adalah untuk mem'buat' berita.

TETAPI, zaman sekarang ni, maybe skop tugasan diorang dah berubah dek dibawa arus zaman.Daripada menCARI berita, diorang berubah kepada memBUAT atau meREKA berita.Sepatutnya  kalau semua wartawan berpegang teguh kepada prinsip kewartawanan diorang, yang mana salah satunya adalah untuk memberi berita yg sahih, kita tidak perlu rasa was-was lagi apabila mendengar atau membaca berita yg disampaikan.

Tapi, hari ini, apabila mendengar atau membaca sesuatu berita, kita perlu buat kerja lebih pulak, iaitu memastikan sama ada berita itu sahih atau tidak, sebab tak semua wartawan zaman sekarang jujur dalam menjalankan tugas.Ada je yg berani mereka berita atau isu sendiri, semuanya dek kerana ingin menjaga periuk nasi sendiri, atau maybe diberi arahan oleh pihak atasan diorang.

Akhirnya, kerjaya yg pada asalnya murni, menjadi kotor.Ya, KOTOR !! Lihatlah, berapa ramai insan-insan yg tidak bersalah difitnah oleh media massa atau media elektronik, hanya kerana kepentingan politik dan sebagainya.Aku di sini bukan nak berceramah politik, jauh sekali nak ajak korang masuk mana-mana parti, tapi aku tekankan kat sini, kalau berita tu tak sahih, tak betul, tak payah la korang tanggung jugak dosa kering nak hebahkan.Korang lebih takut bos korang berbanding dengan Allah SWT ?? Nanti kat akhirat, bos korang tu ke yg akan bagi syafaat ?? Ha, jawab lah sendiri..

Satu lagi, kalau ye pun kekurangan isu panas, jangan la cari sampai ke lubang cacing jugak.Tengok la isu baru-baru ni, pasal pemain bolasepak muda negara kita, Nazmi Faiz tu, tak pasal-pasal je kene kad merah time lawan Qatar baru-baru ni.Bila disiasat, rupa-rupanya dia tertekan akibat berita pada pagi itu, iaitu mengenai isu kekasih lama beliau.Cuba la fikir, dia tu pemain bola sepak, dan satu lagi, dia juga manusia.Manusia mana yg tak ade sejarah hitam ?? Dia sendiri dah cakap, yg dah lepas biarlah lepas, dia nak tumpu kerjaya dia sekarang.Yang korang gatal sangat search jugak Google, nak cari gambar-gambar panas mengenai beliau.Ape masalah korang hah ????

So, sedarlah wahai pengamal media, jangan jadi nila yg merosakkan dan menghinakan nama pengamal media yg lain.Sampaikanlah berita yg benar, dan tidak membuka aib orang lain.Maybe kat dunia ni korang dapat untung berganda-ganda hasil kerja kotor korang tu, tapi kat akhirat nanti, selamatkah korang ?? 

Tinta AJ - Kat dunia cari isu panas, kat akhirat be prepare untuk api yg panas pulak..

 Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D