Wednesday, January 4, 2012

Alahai Adik Abang Dah Masuk Darjah 1 !!

Assalamualaikum wbt.. 

Kelmarin, adik aku yang bongsu mula melangkah ke alam persekolahan setelah graduate dari tadika tahun lepas.Gembira rasanya melihat adik lelaki aku, Mohamad Faris Akmal bin Shamsuri, sudah melangkah setapak lagi dalam pengembaraan hidupnya, dalam usaha menjadi modal insan berketerampilan *sekali macam ucapan guru besar da...* .

3 hari sebelum tu, aku dah hantar dia ke sekolah tu, untuk sesi pendaftaran dan suai kenal.2 minit je beb dia dalam kelas, dah jadi perhatian.Dah sembang sana-sini dah dengan kawan-kawan, maklumlah kawan satu tadika dulu.Ceh..patutlah mesra sangat.haha..

Ini gambar yang mak aku ambil semasa hari persekolahan yg pertama, kelmarin, so let's roll bebeyh !!

Pagi-pagi lagi dah ade photoshoot bebudak ni..see, betapa semangatnya adik aku ni, bersebelahan dgn kakak dia yang baru masuk darjah 3

Suasana dalam kelas di awal pagi..tengok la wajah dia yang segar bugar, wakakaka, di kala ada budak lain yang masih tidur, kat belakang tu..hehe

"Yeah, I'm ready for lesson..bring it on !!"

Muka lapar..tapi digagahkan untuk menguntum senyuman..nasib baik mak aku sampai awal kat kantin..dia dah merah mata, tak pandai nak beli nasi..

Yeah...dah nak balik..hehe..muka still energetic..

Akhirnya tewas jua..haha..kesian adik abang ni, penat ya..

So itulah wajah adik aku di hari pertama persekolahan beliau.Dialah permata dalam keluarga kami, tak lekang dengan lawak-lawak pandai yang menyebabkan semua orang kelu lidah nak menjawab pertanyaan beliau, termasuk aku..hehehe..

Semoga adik abang ni jadi orang yg berguna di masa depan kelak.Make us proud , Faris@Ayish !!

p/s - hari ni turn aku la pulak jalankan semua tugas tu..warghh..ngantuknya.. ==''

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D