Sunday, October 9, 2011

[Mesti Baca!!] Spesis Baru Unta Ditemui !! Ada Bangsa Plak Tuh !!

Assalamualaikum wbt.. 



Masya' Allah, zaman sekarang ni , macam-macam benda pelik ditemui kan ? Manusia berkepala 3 lah , ikan bergigi manusia lah , dan macam-macam.Ini pun ada satu lagi spesis baru yang ditemui.Serius ini yang paling pelik pernah aku temui.

Aku tak sanggup paparkan gambarnya di sini, korang gi la tengok kat link ni >


Macam mana ? Ngeri kan ?

Yang peliknya, unta-unta spesis ni bertambah bilangannya , dan yang paling pelik, dia ada bangsa.Kebanyakkannya macam bangsa Melayu je aku tengok.Cuba korang pulak tengok.Ada macam Melayu tak ? Kan ? Macam Melayu kan ?

Sebelum ada sesape nak naik melenting macam orang takde agama , meh kita hayati hadis Rasulullah SAW ni dulu ek :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا yang bermaksud :
Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.


So , dengan segala hormatnya dipersilakan untuk melenting wahai tuan-tuan dan puan-puan sekalian !!

Korang try la hayati maksud hadis tu, tak cium bau syurga beb ! Na'uzubillahi min zalik.Apalah gunanya dipandang hebat di mata manusia kerana pandai berfesyen andai di akhirat kelak, kita langsung tak dibenarkan mencium bau syurga, apatah lagi memasukinya.Aku bukan menjatuhkan hukum, hanya menyampaikan pesanan, atas dasar sesama saudara seagama Islam.

Dan terpulang kepada akidah korang untuk menilai sama ada ingin berubah atau terus menerus menjadi ahli VIP dalam group yang tak akan mencium bau syurga ni.Jangan sebab korang takut tak de kawan sbb tak pandai berfesyen, sehingga korang memperjudikan kehidupan korang dan mengambil jalan yang serong.


Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D