Wednesday, October 12, 2011

Ko Ingat Ko Ade Blog, Ko Dah Cukup Hebat Ke ??

Assalamualaikum wbt.. 



Wah, tajuk..kemain lagi garangnya..haha.. tak de lah..saje kasik gempak sket.Macam biasa.Tajuk mesti mau eye catchy , bukan eye sore tau. * Ntah-ntah satu pun korang tak faham =='' * .Tajuk entry kali ni pasal kuasa seorang blogger.Bukan kuasa keluar api-api cam Naruto tu, tapi kuasa sebagai seorang blogger, yang boleh tulis macam-macam dalam blognya, apatah lagi kalau blog dia tu agak pemes sket, * bukan macam blog aku neh *

Okeh, aku tau korang stil tak dapat faham sepenuhnya apa yg aku nak sampaikan.Macam biasa, aku jelaskan dengan memberi dialog.

Ahmad Albab : Weh Man, ko jangan cari pasal ! Aku kate jangan kacau si Liya tu, jangan kacau la ! Ko   jangan sampai aku naik darah !

Man Laksa : Alah..kalau aku kacau jugak, ape ko boleh buat ? Ko nak belasah aku ? Ha ??

Ahmad Albab : Owh..ko cabar ek.. Takpe.. Tapi kalau esok ko baca entry blog aku, jangan marah plak ye.Aku ada masa seluar ko terlondeh dalam kelas minggu lepas.Siap tangkap gambar lagi.Dengan segala hormatnye dipersilakan untuk ko kacau si Liya tu, tapi lepas ni gambar ko tu akan tersebar luas.Muahahaha..

Man Laksa : Erk ??!! Hurm..yela-yela..

Err..mungkin aku agak keterlaluan dalam drama di atas, tapi aku rasa korang boleh faham kan apa yg aku nak ketengahkan dalam dialog di atas ?

Ya, penyalahgunaan blog, pencemaran nama blogger, dan segala yg sama waktu dengannya.Tujuan berblog bukanlah untuk menjatuhkan maruah sesiapa, apatah lagi dilakukan untuk kepentingan peribadi.Mereka yg melakukan perkara seperti ini tidak layak digelar blogger, atau kalau nak digelar blogger pun, layak dengan gelaran 'blogger jahat'.

Sebab ? Sebab kita tak sepatutnya menggunakan blog untuk menakut-nakutkan orang lain.Lebih kurang macam reporter la.Kalau dia nak ugut sesaper, VIP mane-mane ke , dia buat macam ni la.Dia akan ugut untuk siarkan perkara yg memalukan VIP tersebut, untuk mendapatkan wang atau perkara lain yg bersifat peribadi.

Korang jangan ingat perkara macam ni tak wujud.Ianya WUJUD.Sila percaya.Jangan sampai orang lain semakin benci dengan golongan blogger, hanya kerana beberapa kerat blogger yang tak matang neh.Korang ingat bila korang ada blog, korang ada pengaruh sikit, korang boleh nak ugut sesape ? Typical human being.Jijik sangat-sangat perbuatan korang tu.Sedarlah diri tu sikit ye.

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D