Saturday, September 10, 2011

Boleh Sebut **** Tu Kira Cool Habis La ??

Assalamualaikum wbt.. 



Fuh..lama dah kan blog ni bersarang ? Terbiar cam tu je dek kerana si tuan empunya blog ni lupa bawak balik router wimax ke kampus beliau selepas cuti raya tempoh hari.Seminggu tak dapat o9 ibarat 100 tahun lamanya.. Wah..berkias beb..hee

Hari ni kita terus masuk tajuk panas - Mencarut.So tajuk kat atas tu sengaja aku 'censored'kan.

Aku tak nak la define erti mencarut tu, pepandai la korang faham-faham sendiri.Sape tak faham lagi tu mmg saje la kan.Bergurau senda di bulan Syawal.hehe.

Zaman sekarang ni kan, aku tengok , and aku rasa korang pun perasan, sikap suka mengeluarkan kata-kata kesat dan mencarut ni dah jadi macam trend.Sana sini orang mencarut, tidak kira tua atau muda, sama saja.Malah ada di kawasan kampung-kampung ,aku tengok , tokwan-tokwan yg lepak kat kedai kopi tu pun mencarut selamber je.

Kalau golongan emas macam tu pun selamber je,apatah lagi golongan muda.Malu aku tengok.Kawan-kawan sendiri pun ramai macam tu.Ada apa tak kena sikit , mencarut, sikit-sikit mencarut.Kalau dulu mencarut ni selalu muncul time orang marah, sekarang time melawak pun ade gak mencarut.Pelik kan ?

Cuba korang bagitau aku sikit, nampak 'cool' dan 'matured' ke dapat mencarut ni ? Bila mencarut ni , nampak macam korang tu hebat ke ? Kira otai la bila carutan ni jadi 'zikir' harian ?? Ha ? Macam tu ke ?

Bagi aku la, orang yg suka mencarut ni , dia dahagakan perhatian.Kalau cakap biasa-biasa saja, orang tak suka kawan dgn dia.Nampak macam biasa je la, not cool man.So kena la mencarut , keluar sket carut-carut dari Barat sana, tiru habis scene filem Barat tu, fuck sana , fuck sini.Baru la orang ambil buat kawan.Baru sama-sama nampak 'cool' .Tak gitu ?

C'mon la anak-anak muda , teman-teman , use ur brain man.Actually bila korang mencarut tu, manusia yg ada otak akan anggap korang tu kurang ajar, tak berpelajaran , kurang iman, dan macam-macam lagi la.Habis semua benda dalam selimut pun korang nak sebut di khalayak ramai , korang tak malu ke ???!!

Orang yg hebat adalah orang yg menjaga pertuturannya , setiap pertuturannya berlandaskan ilmiah.Semuanya masuk akal.Kalau bergurau pun , gurauan yg ilmiah.Yang ada membawa kebaikan.Bukannya mempertaruhkan maruah diri, mencarut sana-sini , just sekadar nak buat kelakar , nak bagi kawan-kawan ketawa.Not matured man, really not matured.

p/s : orang tua-tua cakap, "cili je mulut tu". :D

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D