Monday, August 22, 2011

Pelakon/Berlakon Bukan Alasan Untuk Menidakkan Hukum Allah SWT !!

Assalamualaikum wbt.. 



Zaman sekarang ni, segala perkara mungkar , bebas dilakukan , dengan menggunakan pelbagai alasan , dan semuanya tidak munasabah.Si pelaku mempunyai seribu satu alasan untuk tetap menghalalkan perbuatannya yg melanggar syariat Allah SWT.

Kita amik contoh, pelakon filem/drama dan yg sama waktu dengannya.

Korang boleh tonton, dalam filem-filem , pelbagai aksi dan adegan yg sepatutnya tidak boleh dilakukan menurut syarak, selamber badak je diorang buat.Adegan peluk, pegang tangan, tidak memakai tudung, bertatu, mewarnakan rambut, antara laki dan perempuan yg bukan mahram,semuanya seolah-olah sudah menjadi asam garam dalam arena perfileman khususnya di negara kita.Apabila ditegur, senang saja jawapan mereka, "Ini lakonan semata-mata"

Semudah itukah hukum Allah SWT dipermainkan ??

Hanya dengan menggunakan alasan "ini lakonan semata-mata" , maka semua hukum Allah SWT dapat dilanggar macam tu je ? Benarkah ?

Kalau macam tu, kalau lepas ni , ada adegan yg melebih-lebih seperti adegan hubungan seks, maka bila ditanya, mereka akan jawab , "ini lakonan semata-mata", maka terlepaslah mereka dari hukuman.Kalau sampai melahirkan anak hasil aksi 'lakonan' tu pun, anak tu dikira 'anak lakonan semata-mata' ke ??

Ya, itulah masalahnya Melayu Muslim zaman sekarang.Bagi mereka, hukum Allah SWT tu ringan saja.Malah ada yg menggunakan hadis "Sesungguhnya setiap perbuatan tu disertai dengan niat" sebagai alasan.Maka kalau diorang buat aksi-aksi yg menyalahi syarak Islam, tapi niat mereka bukanlah sebenarnya hendak melakukan, hanya kerana lakonan, maka perbuatan mereka tidak berdosa ? 

Tepuk dada, tanya iman.Jangan sampai sekali Allah SWT turunkan bala, habis satu Malaysia ni kena.Yang baik ke, yang jahat ke, semua kena.Semuanya kerana , tidak ada pihak yg berani menentang semua ini secara terang-terangan.Hanya mampu berbisik-bisik sesama sendiri sahaja.Di mana pihak berkuasa agama ? Mengapa adegan-adegan maksiat seperti ni dibiarkan sehingga menjadi satu fenomena yg normal dalam arena perfileman negara kita ? Apakah kalian tidak gentar ketikamana disoal di Mahsyar nanti berkenaan tanggungjawab kalian sebagai penguatkuasa agama ?

Malah , ada yg lebih menyedihkan, ada seorang pelakon tu , ketika ditemuramah, mengatakan, dia meminta emaknya yg juga seorang guru agama supaya mengajarkannya membaca Al-Quran dengan baik, kerana ingin menjiwai watak ustazah dalam sebuah filem.Semuanya kerana LAKONAN !!! Dah la tak pakai tudung , pakaian plak macam orang tak cukup kain, tetapi diberikan watak seorang Muslimah yg alim ?? Pastu mendalami ilmu agama hanya kerana komitmen lakonan semata-mata ??? Na'uzubillahi min zalik..

Ntah la, ape nak jadi orang Melayu Islam ni.Semakin lama aku tengok nak jadi lebih teruk dari orang Kafir sendiri dah..Berdoalah supaya suatu hari nanti, ada pihak yg berani bangun menentang semua ini.Sepatutnya kitalah yg menjadi pihak itu ! Pemuda dan Pemudi Islam !

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D