Wednesday, August 3, 2011

[Edisi Panas!!] Inilah Dia Golongan Yang Merosakkan Nama Wanita Bertudung/Berpurdah !!

Assalamualaikum wbt.. 



Entry ini bernada sama dengan entry aku yang ini > Ini Perempuan Banyak Jahil Ma..

Ok, disebabkan ni bulan yg mulia,penuh barakah , so aku tak nak terlalu sarkastik.Tapi, apa yg baru aku dan seorang kawan aku temui ketika pergi membeli juadah berbuka kat bazar tadi, amatlah membuatkan hati ini terasa begitu sakit hati dan geram mahupun sedih.

Ketika berjalan sambil usha-usha makanan tadi, aku ternampak seorang Muslimah ni.Time aku nampak tu, sure la tgok muka dulu.Alhamdulillah..bagus..pakai purdah..warna pink lagi..aku pun sekali imbas je, tak pe la , tak kan nak tgok lame-lame plak kan, TETAPI , bila aku nak alihkan pandangan aku , aku terimbas ke bawah plak.Astaghfirullahalazim.. baju kurung KETAT plak.. hope pahala puasa aku tak kurang bila tulis perkataan ni, tapi kan..serius aku cakap.. NAMPAK JELAS BENDA TU.. dah la badan dia tu agak besar..ok semua dah faham.. Na'uzubillah..

So aku berfikir, adakah dia terlalu jahil dalam berpakaian sampai dia buat macam tu, atau dia baru nak berjinak-jinak untuk memakai seperti muslimah tapi nak cuba slow-slow dulu , atau dia kalut-kalut time nak kuar tadi ?? Apepun alasan dia , sangat tidak patut untuk dia pakai macam tu.Aku rasa korang pun setuju, antara salah satu faktor ramai wanita yg free hair memperlekehkan wanita bertudung dan berpurdah , SEBAB MANUSIA MACAM INI LA !!!!

Bila kita tegur suruh diorang pakai tudung , tahu ape jawapan paling femes yg diorang akan bagi ?

"Alah..nak suruh pakai tudung konon.. pakai tudung pun baju ketat buat ape, pakai tudung pun kuar dating gak buat ape, pakai tudung pun stil hilang dara nak buat ape, pakai tudung pun just sebab dalam kampus je nak buat ape" 

dan macam-macam lagi alasan lain.

So dalam hal ni adakah wajar kita marah dan salahkan diorang sahaja sebab bagi jawapan macam tu ?? 

Bagi aku, bukan 100% salah wanita yg free hair tu.Ada orang lain yg bersalah jugak.Dia cakap macam tu sebab apa yg dia nampak berlaku zaman sekarang ni.Salah satunya adalah golongan yg macam aku cerita kat atas la.Konon nak tutup aurat tapi tak sempurna.Alasan untuk mencuba berubah slow-slow tu aku tak terima.Kalau ye pun nak cuba slow-slow , tak kan dia tak tahu adab nak berpakaian ? Sejahil mana pun dia, tak kan dia tak tahu bahawa pakai baju ketat sampai nampak habis semua khazanah tu adalah salah dan berdosa ? Malah hukumnya sama macam tak berpakaian langsung.

Aku hope budak yg aku nampak tadi bukan dari UIA.. mungkin dari IPT yg lain yg berdekatan.Tapi aku tak nak tuduh sesiapa.Just nak cakap yg aku and kawan aku sedih sgt nampak kejadian yg macam tu.Kepada kaum Hawa, kalau betul pun nak berubah, belajar dari org yang lebih alim dan tahu mengenai adab berpakaian.Jangan pakai ikut sedap hati je pakai.Purdah tu sinonim dengan wanita solehah.Jangan cemarkan nama wanita berpurdah hanya kerana korang nak cuba-cuba je jadi baik.

Sekian,No Offence,  May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D