Saturday, July 2, 2011

Muliakan Negara, Abaikan Agama !!

Assalamualaikum wbt..



Time korang sekolah-sekolah dulu kan, bila time perhimpunan, mesti ada nyanyi lagu Negaraku kan ?? Time nyanyi lagu negaraku tu, sure semua kene diri tegak.MESTI berdiri tegak, menyanyikan lagu negaraku.Sampai ada setengah kes, lebam budak kene rotan dengan guru sebab tak berdiri tegak bila menyanyikan lagu Negaraku."Hormat lagu negara,"kata mereka.

TETAPI , mengapa perkara yg sama, tidak diaplikasikan apabila membacakan doa ?? Atau ketika mendengar azan ?? 

Time sekolah rendah aku dulu, sebelum nyanyi lagu negaraku, ada bacaan doa majlis perhimpunan.So, apa yg dapat dilihat, time bacaan doa majlis, pelajar atau guru, ada yg selamber je tadah tangan sambil berjalan, sambil berbual dgn kawan pun ada, sambil angkat kerusi, dan pelbagai adegan lagi.

WhY ?? Kenapa benda yg lebih patut dihormati, berbanding nyanyian lagu negaraku, diperlakukan sedemikian rupa ?? 

Kita berdoa kepada Allah SWT, sebab kita nak minta 'sesuatu' dari-Nya.. Tapi, sambil kita minta tu, kita buat perkara lain.Tidakkah perbuatan tu nampak macam tak beradab.

Aku bagi satu contoh.Korang tengah study.Tiba-tiba ada kawan korang datang, minta tolong ajarkan satu soalan yg dia tak dapat selesaikan.Bila korang dah analyze soalan tu, and mula ajar dia camne nak jawab, dia dengar korang ajar tu, sambil mata memandang skrin handphone dia, sambil tangan sibuk SMS dgn kawan atau gf/bf die, mulut dia je jawab korang tengah ajar tu.Korang rasa nak penampar dia ke, atau rasa nak belanja dia makan ?? Pandai-pandai korang lah jawab soalan aku tu.

Macam tu jugak dengan Allah SWT.Kita nak minta tolong dari Dia,so kena la dengan adab dan perilaku yg betul.Ini tak, lagu Negaraku, bleh plak korang terhegeh-hegeh, kelam kabut nak diri tegak, kononnya HORMAT, tapi bila dengar azan, atau tengah baca doa, selamber badak je kan, buat kerja lain.Makan la, main game la, bersembang la.Korang secara tak langsung dah hina agama Islam.

So, fikir-fikir kanlah, ape yg aku sampaikan ni.Mungkin ada baiknya kita lebih menghormati AGAMA ISLAM kita , berbanding kita fanatik sangat nak hormat benda yg kurang penting.Hormat negara juga penting, sayang negara separuh dari Iman jugak, tapi kita semua belajar agama, jangan sampai perilaku kita tak menunjukkan kita ni agama Islam.

Sekian,Assalamualaikum.