Monday, July 4, 2011

Betul Ke Aku Ni Minat Blogging ??

Assalamualaikum wbt..



Sejak dua tiga menjak ni, sure korang perasan kan, aku jarang update blog.Bagi yg perasan la.Lagipun aku bukannye blogger femes untuk korang perasankan.hehe..Bermula dari time demam, dah sembuh pun, sampai sekarang, aku jarang update.Malah, aku baru update satu entry je sejak sembuh demam panas hari tu.

Aku rasa, minat aku terhadap blog,semakin lama semakin pudar.Kalau dulu, tiap-tiap hari sure update, pastu boleh kata setiap 3 jam, aku check analytic blog aku, tengok berapa UV, pastu tengok earnings Churp-Churp and Says.my.Pastu buka Adobe Photoshop, design-design something for blog.

Tapi, sekarang, setiap kali aku 09, jarang ada tab untuk blog aku.Yang ada cuma tab Facebook,dan beberapa tab site yg aku buka.Tak terasa pun nak buka blog aku.Malah, chatroom BCR yg aku war-warkan sebelum ni pun, aku sudah jarang masuk.

Then sekarang, aku tertanya-tanya, betul ke aku ni minat berblogging ?? Aku memang ada habit sejak kecik, iaitu mudah bosan dengan sesuatu perkara.Korang namakan saja, boleh kata semua perkara aku dah bosan.Kecik-kecik dulu,minat reka cipta, masuk sekolah menengah,dah tinggal.Dulu minat bowling,sampai ratus-ratus ringgit habis untuk bowling saja,skunk dah jarang.

Aku tertanya, adakah blogging akan menerima nasib yg serupa jugak.Aku harap tak.Sebab aku dapat ramai kawan melalui blog, dan aku rasa something 'passion' melalui blogging.Atas alasan apa harus aku berhenti sampai di sini saja.Kan ??

Walaupun sekarang ni aku tak boleh dah share entry aku kat semua page FB malah kat page FB aku sendiri, sebab ada bangsat mana tah, report abuse flag spamming blog aku, so FB block content dari blog aku.Tapi  tu bukan alasan mengapa aku dah muak dengan blogging ni.Ntahla..blogging seems to have lack of fun..for me..

Maybe aku hanya perlukan rehat..kumpul kembali semangat berblogging..that's all.Hope korang doakan aku semangat balik nak berblogging.InsyaAllah..sekian Assalamualaikum :D