Sunday, July 17, 2011

Betulkah Mereka Ini PANDAI ?? Atau Sebaliknya ??

Assalamualaikum wbt..



Sampai sekarang ni..setelah banyak risalah-risalah dan nasihat yg diberikan , masih ramai yg tidak langsung berasa malu untuk melakukan dosa dan maksiat.Yang menjadi satu tanda tanya, diorang ni kebanyakkannya manusia yg pandai-pandai.Belajar di IPTS atau IPTA yang terkemuka.Result selalu mengalahkan orang yg rajin puasa dan solat sunat, tapi kenapa mereka tetap bertindak seperti orang DUNGU ???

Antara beberapa kemusykilan yg sering bermain dalam kepala otak aku yg jahil ilmu agama ni :

1) Diorang tahu dan sedar dan belajar, hukum menutup aurat tu WAJIB, tapi kenapa dengan beraninya , mereka tetap mengabaikan hukum tersebut , malah ada sesetengah dari mereka, dengan berani mencabar Allah SWT dengan memberikan hujah-hujah bodoh untuk menafikan tuntutan WAJIB tersebut ???

2) Diorang tahu solat 5 waktu tu WAJIB, malah Islam dah bagi keringanan solat dalam keadaan yg tertentu, tapi kenapa diorang stil memberi alasan dan selalu mengabaikan solat ??? Malah dengan beraninya menonton bola sepak, berdating, main games, mendengar muzik melalaikan , semasa berkumandangnya azan ??

3) Diorang tahu, belajar, hafal, perkara-perkara yg merosakkan akidah.Tapi kenapa , walaupun dah belajar semua tu, diorang stil buat perkara yg boleh rosakkan akidah ? Minum arak, dating, bertaruh, dan lain-lain.Tanpa segan silu...

4) Time sekolah rendah dulu, bila ustaz dan ustazah tanya , sape nak jadi orang baik ? Aku berani yakin yg semua angkat tangan.Kan ??????? Tapi kenapa bila semakin besar, semua tindakan diorang tu tidak selari dengan perbuatan diorang yg angkat tangan time ustaz dan ustazah tanya dulu ?? Kenapa tindakan diorang tu ke arah untuk menjadi orang yg tidak baik ?

Dan banyak lagi persoalan yg bermain di benak pemikiran aku yg lemah dan cetek ilmu ni.Itulah yg menjadi tanda tanya bagi aku.Kenapa ? Kenapa ? Kenapa orang yg belajar tinggi-tinggi, capai pelbagai kejayaan, dapat ijazah sana - sini, tapi still buat semua maksiat dan dosa ni ??

Malah, yg menyedihkan, apabila perbuatan maksiat diorang ditegur, diorang menjawab balik menggunakan ilmu yg diorang belajar, tapi dipesongkan agar selari dan 'membenarkan' perbuatan diorang tu.Contohnya, bila diorang couple yg mendatangkan maksiat, keluar dating sana-sini,dan apabila ditegur, diorang keluarkan ayat al-Quran yg menyatakan tujuan manusia dicipta adalah untuk berkenal-kenalan.Korang nampak tak betapa ceteknya pemikiran diorang ? Memesongkan ayat al-Quran untuk menghalalkan perbuatan maksiat diorang ?? Bukankah perbuatan ni menyamai perbuatan paderi-paderi Kristian yg memesongkan isi kandungan Kitab Injil supaya selari dengan kehendak nafsu manusia mereka ??

Entahlah..walaupun aku ni pun bukanlah manusia yg baik sangat, selalu gak buat dosa, tapi persoalan-persoalan di atas seringkali bermain di fikiran aku.Aku pun ego.Bila orang tegur, aku rasa malu dan ingin membalas, tapi aku tak sangka ada orang yg balas menggunakan ayat al-Quran yg dipesongkan isi dan maknanya.Na'uzubillah..

Aku ada menulis satu status Facebook tadi, berbunyi seperti ni 

" Bila org tegur kita je, mula la keluar ayat "eleh..ko pun buat bla..bla.. nak tegur aku konon..cermin diri tu dulu sebelum nak tegur" ...maknanya, kita dah menafikan tuntutan Islam untuk saling menegur.. Semua manusia buat dosa dan kesalahan..jangan tengok org yg tegur, tapi tengok apa yg ditegur olehnya..Kalau korang nak manusia yg langsung tak buat dosa untuk tegur korang, HANYA Rasulullah SAW saja yg MAKSUM... "

Salam muhasabah.Assalamualaikum..