Sunday, July 31, 2011

Berani Buat Entry Offensive, Berani Tanggung La Maa...

Assalamualaikum wbt.. 



Firstly, sebelum aku melalut ke peringkat paksi tigabelas planet Sinetron ini adalah mengarut , rasanya bek aku definisi dulu apa benda maksud entry 'offensive' neh.Kang ada org ingat sejenis kuih raya plak kan.Al maklum lah, orang Melayu, biasa la, puasa belum tentu penuh, otak dah ingat raya. bukan aku ye .

Kalau korang gi selak kamus Oxford Al-Marbawi , halaman ke -921 , mukasurat sebelah kanan , perenggan second last, perkataan 'offensive' didefinisikan sebagai 

"An attitude or position of attack , causing anger or displeasure"

Atau dalam bahasa kampung aku bermaksud , 

"Sejenis sikap atau perilaku, atau kedudukan untuk menyerang, yg menyebabkan kemarahan atau ketidaksenangan"  aku terjemah ikut sedap kepala aku je

So , entry yang offensive bermaksud , entry yang bernada seperti ingin menyerang sesuatu subjek, sama ada ianya satu topik atau kumpulan manusia yg tertentu , sama ada dengan niat ingin menegur, memerli, menghina, dan sebagainya, yang boleh menimbulkan kemarahan subjek tersebut ataupun orang lain yg membacanya. aku terjemah ikut sedap kepala aku sekali lagi 

So , selalunya korang boleh dapati entry sebegini di blog TintaPenaku kepunyaan blogger yg suka memberi nasihat , atau pandangan yg bernada agak sarkastik , dan ianya boleh mendatangkan marah.Contoh isu yg selalu dimainkan dan dibahaskan dalam entry offensive ni selalunya berkaitan hukum atau isu semasa atau mungkin juga gejala sosial , seperti pemakaian tudung bagi kaum hawa, pemakaian seluar pendek bagi kaum Adam, dan sebagainya.

Pandangan dan lontaran kata di dalam entry itu bernada seperti ingin menghukum subjek tersebut lantas boleh menyebabkan mereka yg membaca dan terkena batang hidung sendiri, boleh merasa marah.

TAPI kan, tapi kan, tapi kan, aku ulang 10x kali ni , kalau korang dah mula menulis entry berbentuk offensive, jangan sekali-kali korang ingat semua manusia yg membacanya dapat bersetuju dengan cara pemikiran korang.Jangan hanya mengharapkan pujian seperti "wah..terbaik la entry lu bro" atau "haha..makan dalam entry ni..guwa sokong lu" dan sebagainya dari semua pembaca, kerana MUNGKIN ada yg berpandangan sebaliknya atau mungkin memprotes semua idea dalam entry korang secara total.

DAN, jika diorang tak berpuas hati dengan isi kandungan entry korang, atau cara penyampaian korang , so korang ingat diorang nak duduk diam dan simpan je marah tu dalam hati ??? No..No..No.. korang 100% silap. Diorang akan menyerang balas.Mark my word !! Diorang akan menyerang balas.Mungkin dengan cara yg sama sarkastik ,atau mungkin lebih lembut , dan tak kurang jugak mungkin lebih kasar dari entry korang.

Maka wujudlah sang anonymous-anonymous pengecut yg akan menghiasi ruangan komen korang dengan caci maki dan tak kurang jugak ejekan dan hinaan sebagai feedback terhadap entry korang tu.

Apa yg aku nak highlightkan kat sini, KORANG HARUS BERSEDIA.Bak kata Pepatah Melayu, Berani Buat Berani Tanggung ye ke pepatah melayu ni =='' .Jangan bila diserang , terus menikus.Padahal time buat entry nak fire orang, sedap je kan bahasa tu.Kalau korang rasa apa yg korang tulis dalam entry tu betul , so korang kena pertahankan hujah korang tu.Jangan sebab si anonymous pengecut yg datang menyerang, terus korang jadi macam pondan.

Tapi bukan bermaksud aku suruh korang bergaduh dengan diorang.Maksud aku, korang kena bersedia dengan hujah korang apabila diorang tu menyerang kembali dengan hujah.

Kalau diorang serang dengan caci maki dan kata kesat, tiada langsung hujah, so abaikan je makhluk-makhluk tu.Ini perbuatan tidak bermaruah sahaja.Apa guna berhujah kalau diorang mmg tak memahami apa yg kita cuba sampaikan ? Ini kata-kata Imam Shafie, "Aku mampu berhujah dengan 10 orang berilmu, tapi aku akan kalah jika berhujah dengan 1 orang yg jahil, kerana orang jahil tidak pernah memahami landasan ilmu"  

Ini bermaksud, diorang hanya tahu mengutuk dan memprotes sahaja, sedangkan diorang tidak mampu nak mematahkah hujan korang dalam entry tu.Kalau diorang balas balik dengan hujah dan ingin meminta korang ulas kembali, maka jangan takut, ulas kembali.Biar masing-masing capai kata sepakat dan persefahaman.Biar sama-sama untung, win-win situation.

Cuma, jangan la korang kasar sangat dalam penulisan entry tu.Aku pun dulu suka juga tulis kasar-kasar dalam entry, dan feedbacknya, macam yg aku cakap la, ada yg terima, ada yg tidak terima.Inilah hakikatnya.Akal manusia sama besar , tapi berbeza tahap dan cara pemikiran.Jangan bimbang, ini jugak satu proses menuntut ilmu.Cuma niat kena betul.Jangan buat entry offensive hanya kerana ingin dipuji kononnya penegak kebenaran la ,ape la.Pahala tak dapat, caci maki plak yg dapat.

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D